,
gaya hidup

Muka Dah 'Flawless', Badan Dah Sado Tapi Takut Kena Suntik? Mungkin Trypanophobia Puncanya.

Huda Hussain
31/07/2021
07:48 MYT
Pernahkah anda berhadapan atau berada dalam situasi apabila ada seseorang yang terlalu takut untuk disuntik? Pertamanya mungkin ada yang berpendapat ia sesuatu yang remeh. ‘Mengadalah, apa nak takut? Jarum tu kecil je kot’ – Itu tafsiran kita yang sememangnya tak takut dengan jarum. Tetapi ketahuilah dalam kalangan kita pasti ada yang punya masalah ini.
Perkongsian Dr Ahmad Samhan ada butiran lanjut mengenai salah satu jenis fobia yang mungkin dialami segelintir daripada kita. Trypanophobia adalah keadaan di mana seseorang mengalami ketakutan yang berlebihan akan tindakan yang melibatkan suntikan dan tindakan yang berhubungan dengan jarum suntik. Secara zahirnya semua orang takut jarum suntikan tetapi trypanophobia adalah ketakutan yang melampau.
Kredit Foto: Google
Apa Tandanya? Seseorang itu didiagnos sebagai menghidap trypanophobia apabila individu itu cepat menunjukkan rasa takut apabila melihat jarum suntikan. Tahap rasa takut ni sampai pengsan, berasa pening, loya, muntah, berpeluh dan berdebar-debar.
Rasa takut ini boleh berterusan sekurang-kurangnya selama enam bulan dan seboleh-bolehnya mereka ini akan mengelakkan diri daripada melihat jarum suntikan.
Individu yang menghidap fobia ini diketahui akan mengelakkan diri daripada pergi ke klinik atau hospital meskipun mempunyai penyakit yang memerlukan rawatan. Malahan, individu ini juga akan enggan mendapatkan suntikan vaksin Covid-19. Mereka bukan antivaksin tapi fobia dengan suntikan jarum.
Kredit Foto: Google
Bagaimana Nak Tangani? Pada mereka yang takut jarum, 1. Boleh latih diri untuk relaks dan melakukan senaman pernafasan. Tarik nafas dalam masa lima saat, tahan nafas lima saat dan hembus dalam masa lima saat.
2. Alih perhatian semasa suntikan seperti bercakap dengan rakan atau ahli keluarga, atau bercakap dengan mereka menerusi telefon.
3. Alih rasa sakit dengan letakkan pek ais di tempat suntikan sebelum disuntik untuk kurangkan rasa sakit.
4. Beritahu doktor yang kalian ada masalah takut jarum. Mereka akan beri bantuan yang sepatutnya.
Hindari rasa takut dan cuba bertenang. Malah penting bagi mereka yang punya trypanophobia untuk atasi fobia ini sekali gus mendapatkan vaksin Covid-19. Insya-Allah pasti okey semuanya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

30 Artis Terima Sumbangan PEKEMA Prihatin, Momen Penuh Emosi, Pilu & Linangan Air Mata

gempak
24/11/2024
09:55 MYT
Suasana di majlis Sumbangan PEKEMA Prihatin bertukar pilu dan bersulam linangan air mata melihat penggiat seni yang pernah menghiburkan orang ramai kini tidak seceria dahulu.
Hiburan

Idzham Ismail Tengah ‘Tunggu Bidadari Baru’, Netizen Rancak Beratur Tawarkan Diri Nak Jadi Teman Hidup - “Saya Dah Lupakan Fattah Amin”

gempak
24/11/2024
08:55 MYT
Sejak kes penceraian, nama pelakon, Idzham Ismail sering mencuri perhatian netizen.
Berita

Tiada Lagi Khemah Biru, Aktiviti Berkelah Kembali Seronok Di Port Dickson

gempak
24/11/2024
08:25 MYT
Ia selepas Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) mengarahkan semua pengusaha khemah biru di pantai terbabit menghentikan aktiviti perniagaan sewaan khemah mulai 18 November lalu.
Hiburan

Zul Ariffin Tersasul Minta 4 Isteri Ketika Berdoa, Netizen Terhibur - “Satu Pun Belum Ada…”

gempak
24/11/2024
07:55 MYT
Menerusi video yang dimuat naik di laman TikTok, pelakon filem Sheriff itu secara berseloroh mahu dipertemukan jodoh bersama empat orang wanita ketika berdoa.
gegar-vaganza-11

GV 11: Takut Naik Pesawat, The Lima Sanggup Tak Balik Indonesia - “ Kami Pulang Bila…”

gempak
24/11/2024
06:55 MYT
Meskipun merindui kampung halaman, namun kerana takut untuk menaiki pesawat mereka membuat keputusan untuk terus tinggal di Malaysia.
Unitar