,
gaya hidup

Modal Tak Sampai RM10, Ini Manfaat Guna Garam Kasar dan Lada Hitam Rawat Kesihatan Tubuh Badan.

Huda Hussain
20/10/2021
09:55 MYT
Rawatan menggunakan garam dan lada hitam sememangnya tidak asing bagi sebilangan daripada kita. Bahkan dalam perubatan Islam juga, dua bahan ini lazimnya digunakan untuk mengelak gangguan jin. Jika konsisten mengamalkannya, pasti dapat merasai kelainan juga perbezaan pada badan seperti apa yang dikongsikan pengguna Facebook, Muhamed Azizi Nan.
Kredit Foto: Google
Garam Kasar 2kg dan Lada Hitam 100g Saja aku nak kongsi. Panjang sikit hari ni, sapa rajin bacalah. Kalau malas abaikan je. Dah lebih seminggu aku cuba rawatan ni, jadi sambil buat rawatan ni aku tergerak nak kongsi apa yang aku rasa sepanjang aku amal rawatan ni. Ijazah rawatan ni aku dapat dari video Ustaz Hanafi, salah seorang 'cancer survivor'. Alhamdulilah terima kasih ustaz atas ilmunya.
Akak-akak aku dah lama buat, dah selalu cerita kebaikannya, tapi tulah. Aku punya malas nak buat. Baru ni aku buat haha. Okey ringkasnya ada beberapa kelainan yang aku dapat rasa, walaupun baru je buat secara konsisten dalam seminggu lebih ni.
  1. Angin Keluar Dari Badan
Sepanjang sesi rawatan ni memang sendawa je. Badan memang rasa ringan, memang rasa berbeza.
  1. Sistem Pencernaan Lebih Baik
Sistem pencernaan aku ada perubahan yang sangat ketara. Aku memang ada masalah kencing tak lawas, Alhamdulilah lepas buat ni dengan izin Allah memang rasa berbeza sangat. Lega dah takde rasa tak puas macam sebelumnya. Macam tu juga buang air besar,lawas. Kalau difikir macam tak logik je garam campur lada hitam ni ada kesan hebat macam ni. Hanya dengan izinNYA.
Kredit Foto: Google
  1. Sendi Makin Pulih
Okey yang ketiga, lutut kanan aku ni sejak selepas PKP memang susah sikit nak lipat. Tak tahu apa hal, memang kena paksa baru boleh lipat. Tapi sakit la woi. Tulah aku ni pulak kerja jenis banyak berjalan dan berdiri lama, jadi lutut kanan aku dan sendi-sendi lain kaki memang bisa-bisa. Hari kedua aku buat je Alhamdulilah aku dah boleh rasa perubahan. Aku pun dah boleh lipat lutut macam biasa, tak ada rasa sakit. Rasa bisa-bisa pada sendi terutama bila bangun pagi pun berkurangan sangat-sangat. Allahu, memang macam magik la.
  1. Tidur Lebih Nyenyak
Keempat, ni pun bagi aku best. Tidur memang nyenyak ‘gila’. Mmg 'anteng' la bak kata orang jawa. Awal-awal buat siap terlajak tidur, punya lah syok, hahaha. Memang berbeza sebab aku memang jenis tidur lambat dan susah nak tidur sebelum ni. Kadang nak dapat tidur tu sampai sejam lebih bergolek-golek baru tertidur. Tapi izin Allah, lepas seminggu aku amal rawatan ni memang tidur nyenyak dan nak tidur memang mudah. Letak kepala ke bantal sedar-sedar je dah pagi. Tulah bila tidur nyenyak kemudian tidur kita berkualiti. Walaupun kadang-kadang tidur lambat tapi bangun pagi mudah dan tak rasa macam sebelum-sebelum ni, lemah je nak bangun. Lagi satu, rawatan ni macam urus balik masa tidur kita. Aku biasa buat rawatan ni sebelah malam, lepas buat rawatan ni mata pun kelat-kelat terus nak tidur. Jadi otomatik aku tidur lebih awal, kalau tak memang lewat saja tidur. Orang yang susah tidur atau penghidap insomnia, aku galakkan cuba. Mudahmudahan ada manfaat.
Kredit Foto: Google
  1. Tak Mudah Letih
Kelima, sepanjang lebih seminggu amal rawatan ni aku perasan yang aku tak mudah letih. Sebelum ni kalau kerja dia punya penat memang semacam. Tapi seminggu ni memang sedap rasa badan. Rasa ringan, tak cepat letih.
Ikut kata Ustaz Hanafi, rawatan menggunakan garam dan lada hitam ni juga salah satu metode perubatan Islam terutama yang berkaitan gangguan jin atau sihir. Mengamalkan rawatan ni Insyallah dapat mengelakkan gangguan jin. Jadi sebelum buat tu aku mulai dengan bacaan Bismilah 5, Selawat atas junjungan Baginda Rasulallah Sollu Alann Nabiy, Ayatul kursi dan aku niatkan moga Allah sembuhkan penyakit dan gangguan yang ada dalam diri aku. Tapi tu aku la, itu saja yang aku tahu. Bagi mana-mana yang ada lebih ilmu bacalah ayat-ayat yang berkaitan dengan merawat gangguan, mudah-mudahan lebih mujarab.
Kredit Foto: Google
Aku galakkan bagi sesiapa nak cuba, bagi yang tak sakit pun boleh cuba. Lagipun modal tak sampai RM10. Jadi itulah serba sikit perkongsian aku. Sebelum terlupa, bagi yang nak cuba jangan lupa minum banyak air sekurang-kurangnya lapan gelas atau dua liter sehari. Lagi satu kesan rawatan bagi setiap orang pun mungkin berbeza-beza. Jadi sesiapa yang nak cuba tu nanti boleh tengok apa perubahan yang berlaku selepas amal rawatan ni. Adapun garam, lada hitam ni semua hanyalah asbab. Hanyalah sebahagian daripada usaha kita, kesembuhan hanya datang dengan keizinan Allah Azza Wa Jalla. Insyallah.
Kredit: Muhamed Azizi Nan
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Kate Middleton Selesai Jalani Rawatan Kemoterapi

gempak
10/09/2024
06:25 MYT
Puteri Wales, Kate Middleton berkongsi kelegaan beliau setelah menamatkan rawatan kemoterapinya dalam video yang sangat peribadi yang dikeluarkan oleh Istana Kensington, pada Isnin.
Berita

Mpox: “Masyarakat Juga Harus Bertindak, Tak Boleh Harapkan Kerajaan Sahaja,” - Pakar Epidemiologi

gempak
28/08/2024
11:55 MYT
Meskipun penularan Kes Mpox di Malaysia belum mencapai tahap serius, namun masyarakat Malaysia harus mengambil langkah berjaga-jaga demi keselamatan bersama.
Berita

Malaysia Pertimbang Tambah Bantuan Rawat Rakyat Palestin - PM Anwar

gempak
25/08/2024
11:55 MYT
Malaysia akan mempertimbangkan untuk menambah bantuan membantu merawat rakyat Palestin yang cedera, sekiranya terdapat keperluan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Hiburan

Amir Jahari Anggap Media Sosial Punca Banyak Kes Masalah Kesihatan Mental Libatkan Orang Muda - “Jika Rasa Pelik Dengan Diri Sendiri, Tolong Cari Bantuan”

gempak
22/08/2024
01:55 MYT
Penyanyi Amir Jahari menyifatkan media sosial adalah platform yang menjadi punca sesetengah individu mengalami masalah kesihatan mental sehingga berdepan tekanan perasaan.
Berita

Mpox Bukan Covid-19 Baharu - WHO

gempak
21/08/2024
12:55 MYT
Penularan mpox atau cacar monyet yang semakin membimbangkan bukanlah satu lagi Covid-19.