gaya hidup

Menyantuni Emosi, Psikologi Kanak-Kanak Pasca Banjir – Mereka Juga Perlukan Sokongan, Perhatian Kita.

gempak
Huda Hussain
29/12/2021
01:06 MYT
Sponsor Banner
Menyantuni Emosi, Psikologi Kanak-Kanak Pasca Banjir – Mereka Juga Perlukan Sokongan, Perhatian Kita.
Sungguh, ‘healing process’ pasca banjir atau bencana sebenarnya memakan masa. Jika kita lihat secara fizikal rumah perlu dicuci, dibersihkan, banyak harta benda sudah tidak boleh digunakan lagi, kereta ‘total lost’ dan banyak lagi; semua itu menuntut satu jangka masa yang panjang untuk melunaskannya.
Itu belum lagi dikira bagaimana dan apa yang perlu disiapkan bagi proses dokumentasi untuk membuat tuntutan insurans itu dan ini. Semuanya memakan masa. Mana lagi perlu persiapkan mental dan fizikal menghadapi trauma, memikirkan banyak perkara yang perlu dilalui selepas ini sungguh menyentak emosi.
Kredit Foto: Google
Jika kita yang dewasa ini pun mengambil masa, apatah lagi kanak-kanak yang begitu rapuh emosinya. Mungkin disebalik ceria dan tawa mereka tersimpan duka bahawa apa yang menjadi kesayangan mereka sebelum ini mungkin tidak sempurna sifatnya selepas ini.
Menurut Pakar Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Dr. Putri Afzan Maria Zulkifli ‘Grieving Process’ bagi kanak-kanak, mungkin tidak sama ‘level’ dengan dewasa. Terutamanya apa yang dilihatnya sendiri apabila menyantuni kanak-kanak di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di beberapa lokasi baru-baru ini. Kongsinya ketika memuat naik di Facebook:
Antara yang ‘team volunteers’ dengar tempoh hari sewaktu aktiviti Read Aloud, adalah perkara yang sama. Apabila mereka teringatkan barang permainan yang mereka sayangi, dan menyedari itu semua mungkin sudah tiada sekembalinya mereka. Menghadapi itu, menerima itu, akan mengambil masa.
Kredit Foto: Google
Bagaimana Menyantuni Perasaan Itu? Bersembang dan berborak dengan mereka, bantu mereka keluarkan perasaan itu (acknowledgement), bantu mereka menerima hakikat ia mungkin sudah tiada atau rosak (acceptance), dan menyatakan kita juga turut merasai kesedihan itu, akan membantu mereka melihat satu ROLE MODEL bagaimana kita kawal perasaan kita, dan bagaimana mereka boleh ikuti.
Pada waktu kritikal begini, menurut saya sekecil-kecil bantuan yang boleh kita hulurkan adalah memberikan sedikit kelegaan dan senyuman pada riak wajah anak-anak ini.
Cukuplah dengan ujian berlaku, jangan kita tambah pula dengan bebanan yang tidak sewajarnya mereka pikul di usia sekecil mereka. Sokongan EMOSI & PSIKOLOGI adalah "makanan" utama juga buat anak-anak ini. Berbekalkan tips-tips ringkas ini, adalah diharapkan serba sedikit dapat membantu AyahBunda dan anak-anak yang terkesan daripada bencana alam yang berlaku baru-baru ini.
Kredit Video: Facebook Dr Putri Afzan Maria Zulkifli
  1. Bersembang dengan Anak
Berikan jawapan yang mudah dan tepat kepada setiap pertanyaan si anak.
  1. Pegang, Peluk Anak
Berikan keselesaan kepadanya. Sokongan fizikal adalah penting untuk mereka pada waktu ini. Pelukan dan pegangan tangan adalah perlu dan dapat meyakinkan mereka. Ini sekali gus memberitahu mereka yang anda akan sentiasa bersama mereka dan tidak akan mengabaikan mereka.
  1. Beri Masa Mereka Bermain
Sediakan kondisi dan peluang bermain supaya anak-anak lebih merasa lega dan tidak dibebani dengan stress dan emosi berat yang lain.
  1. Bisikkan Kata-Kata Semangat
Sentiasa bisikkan kata-kata ini kepada anak, “Kita bersama-sama waktu ini. Kita akan jaga dan sentiasa terus menjagamu anak”
Kredit Foto: Facebook Dr Putri Afzan Maria Zulkifli
  1. Benarkan Mereka Bersedih dan Berdukacita
Sekiranya anak-anak kehilangan barang kegemaran mereka seperti mainan atau selimut, benarkan mereka untuk bersedih dan berdukacita. Ini sebahagian usaha membantu mereka berdepan dengan perasaan akibat daripada bencana alam yang berlaku. Sekiranya berpeluang, objek yang hilang boleh diganti bila sesuai masanya.
Semoga setiap usaha kita semua untuk membantu mangsa banjir, tak kiralah dari sudut kewangan, tenaga, barang keperluan dan psikologi dapat meringankan beban dan dukacita mereka.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024