,
gaya hidup

Memiliki SUAMI Romantik dan Tidur Berpelukan Setiap Hari Meningkatkan Kesihatan Jantung dan Kekebalan Imun

Penulis Jemputan
16/01/2021
02:26 MYT
Teks: Nor Hatina Shuib
Banyak lagi kajian jelas menunjukkan hubungan kesihatan dan kehidupan bahagia bersama pasangan memberi rangsangan kepada kesihatan tubuh badan seperti gerakan jantung selain emosi lebih terkawal.
Satu kajian oleh Pengkaji di Universiti North Carolina, Amerika Syarikat juga mendapati satu pelukan dapat meningkatkan kesihatan jantung.
Ia kerana tekanan darah akan menurun ketika berpelukan atau memegang tangan selain dapat meningkatkan kekebalan imun tubuh.
Melakukan sentuhan fizikal dengan pasangan seperti berpelukan misalnya, adalah salah satu ungkapan dan terjemahan cinta terhadap suami atau isteri.
Tetapi sebenarnya sentuhan antara suami isteri itu memberi banyak manfaat kepada kesihatan kita.
Apa manfaatnya? Berapa ramai lelaki yang suka memeluk pasangan tidak kira masa dan bukan hanya ketika melakukan hubungan intim.
Kredit foto: Nor Hatina Shuib
Sentuhan Seperti Pelukan Hilangkan Stres
Saranan pakar, peluklah pasangan sekurang-kurangnya empat kali sehari untuk meningkatkan kesihatan anda dan pada masa sama menghilangkan stres.
Dalam satu kajian yang dilakukan oleh Universiti California terhadap 20 pasangan mendapati, sentuhan mampu menurunkan tahap tekanan seseorang.
Dalam kajian itu, peserta wanita menjalani imbasan otak sementara pasangan mereka diberikan kejutan elektrik dan mereka yang saling memegang tangan pasangan ketika mengalami rasa sakit memiliki aras aktiviti lebih tinggi di ventral striatum.
Ventrial stratium merupakan bahagian otak yang berkait dengan perilaku wanita dan dalam kajian itu mereka mengalami penurunan aktiviti di otak berkaitan tekanan.
Manakala kajian yang diterbitkan dalam jurnal Psychological Sciene menunjukkan kaji selidik terhadap 404 peserta dewasa hasil temubual menerusi telefon selama 14 malam berturut-turut.
Selain itu peserta didedahkan kepada virus selesema dan dikuarantin untuk menilai tahap kesihatan mereka.
Pelukan bersama pasangan ketika dikuarantin mendapati peserta pulih lebih cepat. Jadi, kepada lelaki bukan kalangan romantik, mungkin boleh sifat anda jika mahu memiliki kesihatan unggul dan pada masa membahagiakan pasangan masing-masing.
Tidak sukar membahagiakan pasangan. Hanya dengan satu panggilan telefon bertanyakan khabar atau sekurang-kurangnya mesej bertanya anda sudah menjamah makanan atau belum antara perkara yang amat dinanti-nantikan golongan wanita daripada pasangan mereka setiap hari.
Kredit Foto: Google
Anda sudah dimilikinya
Ya, boleh dikatakan ini antara alasannya. Hati dan fizikal anda sudah dimiliki. Tidak perlu lagi mengejar anda atau berebut dengan calon lelaki lain.
Secara dasarnya, orang lelaki layak dilabel sebagai pemburu ketika zaman bujang mereka.
Biasanya sifat pemburu akan menggunakan apa saja umpan untuk memburu mangsanya. Jadi, bunga dan coklat yang anda terima ketika zaman bercinta itu adalah umpan istimewa memiliki anda.
Malah lelaki suka cabaran.
Apabila seseorang lelaki itu sudah membuat keputusan untuk menyayangi anda, maka mereka sanggup membuat apa sahaja untuk menarik perhatian Hawa.
Jadi, apa kata anda usaha sedikit untuk jadikan si suami pemburu dalam alam perkahwinan. Romantisnya.
Kredit foto: Google
Sifat lelaki tidak suka menunjuk-nunjuk
Lelaki memang semulajadi lahir dengan sikap tidak suka menunjuk –nunjuk berbanding wanita. Bagi mereka perhatian bukan asas utama dalam mencorak sesuatu hubungan.
Berbanding wanita, mereka lebih gemar diberi perhatian. Walaupun pasangan membeli coklat untuk dibawa pulang ke rumah, ia sudah cukup membuatkan hari-hari wanita terasa begitu indah.
Berbeza dengan lelaki yang hanya melakukan sesuatu perkara apabila dia benar-bena berniat untuk melakukan. Tanpa paksaan tanpa permintaan. Itulah sifat pelik lelaki.
Kehidupan ini realiti dan bukan berada dalam filem Nampak agak kejam jika suami mengatakan kenapa mahu membanding-bandingkan pelakon kacak yang melakonkan adegan romantik di skrin televisyen dengan dirinya.
Realiti dengan filem akan membuatkan anda kecewa seolah-olah anda membayangkan anda adalah Cinderella yang sentiasa hangat dalam pelukan sang putera raja .
Jadi, seeloknya ubah persepsi supaya hati kita akan tidak terus rasa disakiti dan terhiris sedangkan pasangan benar-benar tidak tahu kita sedang dilukainya.
Rendah sedikit jangkaan lelaki akan sentiasa perlu ada sifat romantik untuk bersama anda. Ini kerana lelaki anggap dunia ini adalah realiti berbeza dengan kehidupan wanita yang impikan suntikan fantasi dalam realiti percintaan mereka.
Untuk lelaki, harap lebih memahami kehendak wanita. Tidak rugi sesekali kembali menghangatkan kisah cinta anda.
Mungkinkah Salah “Wanita” ? Bukan senang untuk wanita untuk menurunkan ‘bendera’ kalah. Tetapi dalam sesuatu perhubungan mesti ada kekuranganya. Jika tidak daripada suami, tentu daripada isteri.
Jadi perbaiki segala kekurangan. Tidak salah untuk berbincang kelemahan pasangan untuk diperbaiki. Lagipun lelaki memang sejenis makhluk yang anda kena beritahu apa yang anda tidak.
Ada yang lebih indah di matanya. Perkara ini lebih mudah dikesan bagi lelaki yang mempunyai ciri-ciri lelaki romantik. Jika hilangnya romantik si dia, mungkin ada yang tidak kena.
Perhatikan tingkah lakunya, bimbang ciri-ciri romantik yang dimiliki sebelum ini sudah diberikan kepada wanita lain. Sebagai wanita pula, kita jangan pernah berhenti untuk menunjukkan sikap kasih sayang kepada pasangan.
Sekeras-keras kerak nasi, satu hari akan lembut juga dengan penangan cinta dari anda.
Anggap tanggungjawab itu sifat romantik sebenar
Boleh terkesima seketika apabila rengekan untuk memiliki suami romantik dibalas dengan kata –kata seperti itu.
“Saya keluar kerja dari pagi hingga larut malam, semuanya untuk awak sayang. Kalau saya tiada nanti, semua kerja keras dan hasilnya ini untuk awak dan anak-anak kita”
Ya ada benarnya. Cara lelaki memperlihatkan romantik mereka tidak sama dengan wanita. Walaupun nampak klise ia adalah realiti yang perlu dihadam wanita yang tidak memiliki suami romantik.
Kesimpulannya, jika hati berasa gundah dan rajuk, imbas kembali pengorbanan suami yang berusaha siang dan malam melengkapkan kehidupan berumah tangga.
Mencari rezeki, sama-sama membantu dalam urusan rumah tangga dan melindungi anda daripada bahaya dan ancaman dunia luar.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Viral

Fesyen Nenek 80 Tahun Curi Perhatian, Digelar Legendary Glamma

gempak
17/11/2024
15:24 MYT
Bermula dengan kreativiti cucu menggayakan dirinya dengan pelbagai fesyen, merakam gambar lalu berkongsi di media sosial, seorang nenek kini menjadi terkenal.
Gaya Hidup

23 Tahun Tak Sentuh Nasi, Pengantin Lelaki Minta Isteri Masak Western Hari-Hari - “Jangan Paksa Makan Nanti…”

gempak
12/11/2024
18:55 MYT
Menurut Ammar, dia tidak boleh dipaksa memakan nasi dan kali terakhir dia menjamah makanan ruji itu adalah pada usia lima tahun.
Hiburan

Rumah Lengkap Tasik Buatan & Padang Golf, Momo Geisha Ada 20 Pembantu

gempak
12/11/2024
06:56 MYT
Vokalis kumpulan Geisha, Momo diketahui berkahwin dengan seorang usahawan kaya pada 2017.
Gaya Hidup

Kempen Beli Barangan Malaysia Cipta Rekod di MGM 2024

gempak
08/11/2024
13:59 MYT
Kempen 'Beli Barangan Malaysia' dalam program tahunan 'My Gaya Month' (MGM) 2024 telah mencatatkan jualan bernilai RM1 juta sepanjang sebulan, melangkaui sasaran awal.
Unitar