Hiburan
Manis Dan Segar — Solekan Minimal Glam Bangkitkan Seri Pengantin NADIA BRIAN. Ini Sentuhan Magis Jurusolek SURYA ZAINUL!
Konsep solekan yang di ketengahkan untuk look ratu sehari?
Saya tampilkan konsep makeup minimal glam untuk serlahkan aura glamor pada wajah dan secara tidak langsung membangkitkan seri pengantin.
Ton warna yang diaplikasi?
Kali ini saya gunakan tona merah jambu supaya tampak manis dan segar lebih-lebih lagi untuk upacara ijab kabul.
Ada makeup reference daripada pengantin atau Nadia serahkan semuanya pada Surya?
Bagi solekan dan dandanan, Nadia serahkan sepenuh kepercayaan pada saya.
Kredit foto: Surya Zainul
Boleh kongsikan perasaan Surya kala menyolek Nadia, khabarnya kalian punya hubungan istimewa selama ini?
Entah kenapa, rasa sebak pula. Apatah lagi saya anggap Nadia macam adik sendiri. Kami banyak bercerita, kolaborasi, gelak tawa semuanya kami kongsi bersama. Hinggalah sampai ke hari ini, apabila Nadia nak berkahwin.
Saya mengenalinya sejak Nadia berumur 18 tahun lagi. Dan kali pertama kami berjumpa ketika sesi fotografi InTrend. Waktu tu, saya diberi tanggungjawab untuk solekkan Nadia bagi sesi makeover. Ha…InTrend lah pencetus segalanya!
Lepas Nadia tamat belajar, dia mesej saya di Facebook. Nadia tanya, “Akak ingat Nadia lagi tak?” Dan bermula dari situlah, saya semakin rapat dengan Nadia hingga hari ini. Akak doakan moga ikatan perkahwinan Nadia dan suami berkekalan hingga ke akhir hayat.
Kredit foto: Surya Zainul
Kredit foto: Surya Zainul
Must-Watch Video