,
gaya hidup

Kongsi ‘Password’ – Untunglah Kalau Pasangan Bagi. Yang Berahsia Tu, Haa… Nak Sorok Apa-Apa Ke Tu? Hiks…

Huda Hussain
02/04/2021
09:00 MYT
Hampir kebanyakan daripada kita sekarang menggunakan telefon pintar yang banyak memudahkan urusan seharian. Daripada perbankan mudah alih, aplikasi telekomunikasi, muat turun dan capaian aplikasi lain, emel dan sebagainya semuanya boleh dilakukan dihujung jari. Itulah antara kemudahan telefon pintar. Dan pastinya untuk mengakses semua itu memerlukan kata laluan yang kita cipta sendiri.
Kredit Foto: Google
Berbicara mengenai kata laluan, penulis yakin setiap pasangan suami isteri pasti punya pendekatan tersendiri dalam menyimpan sesuatu yang bersifat peribadi. Tidak kurang juga ada yang berpandangan, apabila berkahwin tiada apa yang perlu disembunyikan. Pendek kata tiada istilah rahsia, private and confidential (P and C) antara suami dan isteri. Segala perihal suami, isteri ketahui. Siapa rakan baik suami untuk dihubungi kalau berlaku kecemasan, apa kata laluan Maybank2u suami, emel dan lain-lain semua ditulis dan disimpan untuk rujukan isteri. Ya, mungkin itu yang dilakukan oleh sebilangan suami isteri.
Kredit Foto: Google
Atas Dasar Kecemasan Ada yang berpendapat tiada sebab mahu menyembunyikan kata laluan telefon bimbit terutamanya daripada pengetahuan pasangan. Hal ini kerana jika berlaku apa-apa kecemasan, telefon bimbit antara peranti penting yang diguna pakai untuk menghubungi sesiapa yang berkenaan. Maka dengan itu, pasangan perlu tahu kata laluan masing-masing.
Begitu juga perihalnya dengan akses perbankan internet, KWSP, Tabung Haji, akaun unit amanah, emel dan lain-lain yang mempunyai kata laluan. Ada keperluan untuk pasangan mengetahui semua kata laluan ini. Misalnya jika berlaku kematian, pasangan boleh rujuk untuk tindakan susulan. Segala hutang piutang umpamanya boleh diselenggara dan bagi memudahkan sebarang urusan dilakukan.
Kredit Foto: Google
Tapi Bila Dah Tahu ‘Password’ Lain Pula Jadinya Mungkin terdapat segelintir daripada kita yang curi-curi periksa telefon bimbit pasangan. Mungkin dengan sekadar meneka kata laluan, secara kebetulan ia boleh diakses. Dan usai itu berjaya dibolosi, maka terbongkarlah segala yang tersimpan rapi selama ini. Ada yang ‘kantoi’ curang dengan pasangan, ada yang rupanya jadi mangsa sindiket peminjam wang ‘Along’, ada yang simpan koleksi foto juga video lucah dan bermacam lagi. Yang semuanya bermula daripada kata laluan telefon bimbit. Hinggakan ada yang berkata lebih baik tak perlu tahu password pasangan daripada mengusutkan kepala memikirkan pelbagai perkara. Mahu fikiran lebih tenang tanpa perlu menambah masalah sedia ada. Ya, mungkin itu pandangan sebilangan daripada kita.
Ketelusan Dan Bersikap Terbuka Tetapi terpulang kepada setiap pasangan sama ada mahu atau tidak berkongsi kata laluan. Mungkin ada yang berpendapat ia terlalu peribadi untuk dikongsi. Masih ada batas privasi yang perlu dihormati dan difahami selain punya alasan tersendiri mengapa kata laluan tak perlu dikongsi. Waima apa sekalipun, ia berbalik kepada sejauh mana keterbukaan pasangan dalam soal ini. Adakah pasangan telus, jujur dan okey untuk mengetahui atau tidak kata laluan masing-masing. Kerana setiap perlakuan dan keputusan itu ada pro dan kontranya. Kalian sendiri lebih matang dalam membuat penilaian.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Terkini

Suami Buat 100 Panggilan Gangguan Sehari Kerana Cemburu

gempak
18/09/2024
11:55 MYT
Semuanya terbongkar selepas wanita yang berusia 31 tahun dari wilayah Hyoga,Jepun telah membuat satu laporan polis.
Berita

Diisytihar Musuh Selepas Keluar GISB, Bekas Jemaah Cerita Perit Hidup Tiga Tahun Dipisah Anak Isteri - "Fikiran Didoktrin, Mereka Ditempatkan Di Negara ..."

gempak
16/09/2024
04:25 MYT
Kisah syarikat GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) yang didakwa memanipulasi penghuni rumah amal mereka ternyata masih memberi kesan mendalam buat seorang bekas pengikut kumpulan berkenaan.
Hiburan

Ada Stalker Follow, Siti Saleha Pilih Tak Kongsi Rutin Peribadi - "Privasi Itu Penting, Wanita Jangan Keluar Malam, Jangan Kongsi ..."

gempak
22/08/2024
08:00 MYT
Pelakon, Siti Saleha memilih untuk kurang membuat siaran langsung di Instagram walaupun kehilangan pengikut di Instagram.
Hiburan

PU Riz Titip Pesanan Untuk Lelaki Bakal Berkahwin - “Perkara Ini Juga Ada Ulama Kata Wajib & Sunnah Kata Mesti Dibuat”

gempak
09/08/2024
06:55 MYT
Suami kepada selebriti Neelofa iaitu PU Riz atau Ustaz Haris Ismail menitipkan pesanan untuk golongan lelaki yang bakal mendirikan rumah tangga.
Hiburan

Datang Nak Bergambar, Sempat ‘Offer’ Mek Yun Jadi Madu - “Nak Jadi Bini Nombor Dua Suami Saya Tak?”

gempak
06/08/2024
08:55 MYT
Pempengaruh media sosial yang juga pelakon Mek Yun mendedahkan dia ditawarkan untuk menjadi isteri kedua kepada seorang wanita yang secara tiba-tiba datang untuk bergambar dengannya.