,
gaya hidup

KISAH BENAR – Suami Minta Isteri Pilih Antara Dia dan Ibunya Yang Uzur, Disuruh Hantar ke Rumah Orang Tua!

Afiza Kamarulzaman
11/12/2021
01:58 MYT
Ini kisah yang penulis baca daripada perkongsian seorang isteri malang di laman sosial Facebook baru-baru ini. Wanita yang cukuplah dikenali sebagai S memohon pandangan orang ramai mengenai dilema yang sedang dihadapinya sekarang ini.
S sudah berkahwin dengan suaminya 10 tahun lalu dan dikurniakan dua orang anak. Sepanjang tempoh itu, kehidupan rumahtangga mereka berlangsung aman dan cukup semuanya. Suaminya juga okey-okey saja.
Sehinggalah setahun yang lalu apabila ibu S di kampung semakin uzur dan kesihatannya kian merosot. S merupakan anak tunggal dan tiada sesiapa yang boleh diharapkan untuk bantu menjaga ibu di kampung.
Akhirnya, S membuat keputusan membawa ibunya tinggal bersama mereka di kota. S ingin menjaga ibunya sehingga akhir hayatnya. Siapa lagi yang boleh diharapkan selain dia satu-satunya anak yang ada.
Walaupun pada awalnya, suami agak keberatan, namun S berjaya memujuknya dengan berjanji tidak akan menyusahkan suminya itu. Malah semua keperluan ibu juga akan ditanggung oleh S sendiri tanpa mengharapkan suaminya.
Sepanjang tempoh ibu berada di rumah S, dapat dilihat sikap dingin suami apabila berdepan dengan ibu mertuanya. Suami S tidak pernah menunjukkan kemesraan kepada ibu, apa lagi mahu bantu menguruskan keperluan ibu tua itu.
Ada kala, suami S sengaja menunjukkan sikap dingin itu dengan bergaduh dengan S di depan ibu mertuanya. Selalu juga anak-anak dimarah di depan neneknya dengan kata-kata yang menyakitkan hati.
Apabila S menegur, suaminya mula naik suara dan mengungkit perihal ibunya yang menyusahkan mereka. Suami langsung tidak pernah menjaga hati ibu S. Perkara ini membuatkan S makan hati.
Lebih membuatnya remuk apabila pernah melihat ibunya menangis seorang diri di bilik. Apabila ditanya, katanya rindu rumah di kampung. Tapi S tahu hati ibu hancur apabila menantu sendiri bekelakuan begitu terhadapnya.
Sehinggalah pada satu malam, ibunya batuk berdarah dan S merayu kepada suami untuk membawa mereka ke hospital. Suami dalam keadaan terpaksa menghantar ibu mertuanya ke hospital denga wajah ketat.
Ketika di hospital, akhirnya suami S membuka mulut. Dia meminta S membuat pililhan sama ada dia atau ibunya. Suami sudah tidak mahu ibu berada di rumah mereka. Jika S mahu kekal bersama suami, S harus menghantar ibu baik ke kamoung atau rumah penjagaan orang tua saja!
Mendengarkan ucapan suami itu, buat air mata S gugur berderai, hatinya hancur berkecai. Wajarkah seorang suami menyuruh isteri membuat pilihan sebegitu rupa?
Kalau Anda Bagaimana?
Cerita S berakhir di situ sahaja. Penulis pun tidak tahu apa kesudahan rintihannya itu. Rata-rata netizen yang meninggalkan komen menyatakan perasaan marah kepada suaminya yag dianggap langsung tak berperikemanusiaan.
Adakah adil untuk seorang suami yang sudah memiliki anaknya, mahu membuang ibu yang melahirka isterinya itu? Zalim!
Kalau penulis sendiri, sudah jelas siapa yang harus dipilih? Mungkin suami begini harus diberi pengajaran supaya lebih sedar diri dan tahu diuntung. Egonya harus dipatahkan denga keputusan yang tegas daripada isteri.
Bukan soal derhaka tetapi ini soal tanggungjawan dan belas ehsan seoranganak terhadap ibunya juga. Adakah memang Islam tidak mengizinkan anak perempuan untuk berbakti kepada ibunya?
Kalau begitu, ramailah ibu bapa tidak menginginkan anak perempuan kerana apabial sudah dewasa nanti akan pergi diambil orang dan langsung tak boleh berbudi kepada ibu dan ayah.
Lagi pula, suami itu boleh dicari pengganti tapi ibu? Hanya satu itulah. Kalau sudah pergi, tiadalah lagi. Ibu mertua? Pastilah tak sama.
Namun, ini pendapat peribadi penulis bukan mewakili semua dan bersandarkan mana-mana hukum. Apa pun, jika S memilih untuk bersama ibu, berdoalah kepada Tuhan agar hati suami dilembutkan dan mereka boleh kekal sebagai suami isteri dan menerima ibu seikhlas hati.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Ummi Nazeera Sibuk Di Set ‘Andai Tiada Dia’, Hargai Suami Ambil Alih Tugas Jaga Anak Selama 3 Bulan – “It Makes Me So Happy”

gempak
22/11/2024
15:50 MYT
Pelakon Ummi Nazeera mencuri tumpuan warga maya apabila menzahirkan rasa terima kasih buat suami tercinta Dr Izzar Anwari.
Hiburan

“Kami Cuba Perbaiki Tapi…”- Emma Maembong Nafi Cerai Disebabkan Orang Ketiga

gempak
20/11/2024
08:30 MYT
Pelakon Emma Maembong menjelaskan punca keretakan rumah tangganya bukanlah disebabkan kehadiran orang ketiga tetapi ia adalah atas persetujuan bersama semua pihak.
Hiburan

“Tak Letak Syarat, Asalkan Tahu Jaga Batas…” - Suami Beri Keizinan, Zulin Aziz Buat Comeback

gempak
20/11/2024
03:55 MYT
Suami kepada pelakon, Zulin Aziz iaitu Farhan Norzaini memberi keizinan dan sokongan penuh kepada isterinya untuk kembali bergiat aktif dalam dunia komedi selepas sekian lama berehat.
Hiburan

Adira Suhaimi Kongsi Ciri-Ciri Suami Harapan, Tak Kisah Soal Sekufu – “Tak Semesti Dua-Dua Kaya, Yang Penting…”

gempak
19/11/2024
21:50 MYT
Pelakon dan penyanyi, Adira berkongsi ciri-ciri suami yang diharapkannya sekiranya kembali berumah tangga.
Hiburan

Michelle Yeoh Sedih Tiada Anak, Sedar Tidak Boleh Hamil Sejak 1988

gempak
19/11/2024
14:50 MYT
Kehidupan Tan Sri Michelle Yeoh yang menjadi pesohor Hollywood mungkin dilihat penuh glamor.
Unitar