,
Highlights

Kenapa JACINDA ARDERN Perdana Menteri New Zealand Disayangi Rakyat? Kepimpinan Dengan Kesantunan.

Afiza Kamarulzaman
19/10/2020
14:14 MYT
Kemenangan besar Jacinda Ardern, 40 pada pilihan raya baru-baru ini sudah dijangka. Ini dapat dilihat menerusi kredibiliti yang ditunjukkan beliau kebelakangan ini. Ternyata wanita mengagumkan ini berjaya membuktikan yang beliau menyandang jawatan tertinggi itu demi khidmat buat negara dan bukan mengejar kuasa semata.
Kredit Foto: Google
Berikut antara tindakan beliau saat dunia dilanda isu semasa:
  • Ketika pandemik Covid-19 melanda, beliau dengan pantas melakukan tindakan berlaraskan pemikiran. Hasilnya, kes di negaranya semakin menurun dan hampir bebas daripada virus.
  • Beliau sanggup menerima potongan gaji 20 peratus sebagai tanda solidariti kepada mereka yang kehilangan pekerjaan atau terpaksa dipotong gaji.
  • Lihat bagaimana beliau bertindak balas terhadap kes tembakan di Christchurch pada 2019 yang dilakukan oleh pengganas terhadap komuniti Muslim sehingga mengorbankan 51 nyawa tak berdosa. Cara beliau menyantuni kaum Muslim selepas itu mendapat pujian ramai, malah beliau turut melaksanakan undang-undang ketat senjata di seluruh dunia.
Kredit Foto: Google
  • Beliau sangat prihatin terhadap perubahan iklim. Pada tahun 2018, beliau melarang penggunaan plastik pakai buang setelah mendapat begitu banyak surat daripada murid-murid sekolah berkenaan isu itu.
  • Mencapai kesetaraan jatina juga menjadi antara agenda utama beliau. Baru-baru ini, beliau mengumumkan bahawa produk sanitari wanita akan diberikan secara percuma kepada gadis-gadis di sekolah seluruh negeri dari 2021, dalam usaha membantu membasmi kemiskinan.
  • Tindakbalasnya yang luar biasa terhadap letusan gunung berapi yang mengorbankan 16 orang sebelum wabak Covid-19 turut menyentuh hati ramai pihak.
Kredit Foto: Google
Ternyata beliau seorang pemimpian wanita yang mengendalikan rakyat dan negaranya menerusi hati, empati dan ketelususan yang jarang dimiliki kebanyakan ahli politik hari ini. Siapa kata kasih-sayang dan kelembutan tidak mampu menerajui sebuah kepimpinan yang berkesan?
Sedarlah, dunia hari ini tidak memerlukan peperangan, kekasaran, kuku besi dan keegoan demi keutuhan sebuah kerajaan. Rakyat sudah boleh berfikir dan merasai sendiri kejujuran daripada kepimpinan yang benar-benar dizahirkan daripada keikhlasan dan atas nama kemanusiaan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Khairul Aming Dedah Kos Perbelanjaan Hasilkan Video Masak Di NZ - “Kalau Pergi Sendiri & Untuk Melancong Tidaklah Semahal Itu”

gempak
04/09/2024
03:25 MYT
Personaliti media sosial dan usahawan, Khairul Aming mendedahkan dia telah berhabis RM80,000 untuk perbelanjaan untuk tiga orang sepanjang menhasilkan video masakan di New Zealand.
Hiburan

M. Nasir Berbesar Hati Terima Kedatangan PM ke Konsert Cipta

gempak
22/08/2024
05:25 MYT
Penyanyi lagenda, Datuk M. Nasir berbesar hati menerima kedatangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke konsert Dato M. N45IR Cipta pada 10 Ogos lalu.
Berita

Rombakan Kabinet? Ini Jawapan Perdana Menteri

gempak
12/08/2024
15:25 MYT
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan akan berlaku sekali lagi rombakan Kabinet di bawah pentadbirannya.
Hiburan

PMX Kagum Dengar Kehebatan Suara Emas M Nasir, Terkesan Lagu Tribute Buat Palestin

gempak
11/08/2024
08:55 MYT
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa dengan menghadiri konsert penyanyi legenda tanah air, Datuk M. Nasir 45 Tahun Cipta di Axiata Arena, Bukit Jalil, semalam.
Berita

Meta Dipanggil Bertemu PM Hari Ini, Beri Penjelasan Hantaran Palestin Diturunkan Di Media Sosial

gempak
05/08/2024
06:25 MYT
Meta Platforms Inc (Meta) dipanggil ke Pejabat Perdana Menteri hari ini untuk memberi penjelasan berhubung tindakan menyekat beberapa hantaran di Facebook dan Instagram Datuk Seri Anwar Ibrahim.