,
Personaliti

Kaya Tanpa ADAB Umpama Belajar Tanpa Guru – Selamanya BODOH Tapi Perasan BAGUS!

Afiza Kamarulzaman
28/07/2021
14:57 MYT
Entahlah, semakin hari semakin ramai manusia menunjukkan ‘kebodohan’ di laman sosial. Kenapa ya? Kenapa suka membuka aib sendiri? Yang menyedihkan ia dilakukan oleh kebanyakan mereka yang lagaknya nampak berakal, kaya dan punya segala-galanya.
Adakah kerana memilik semuanya menjadikan kamu berhak untuk berbuat apa saja yang dirasakan dapat memuaskan hati kamu itu? Trend membantu sambil memuatnaik di laman sosial sudah menjadi kebiasaan sesiapa saja.
Adakah isu kemiskinan orang menjadi sumber content buat instafamous, para aktivis, selebriti atau sesiapa saja yang ketagih view, like dan komen semata-mata? Ini satu trend yang sangat menakutkan dan tidak digalakkan dalam Islam sebenarnya.
Walaupun ada yang kata sekadar menyuntik inspirasi dan menggalakkan orang lain turut melakukannya, tapi caranya tidak tepat. Sekuat mana iman kita untuk memastikan hati kita benar-benar ikhlas ketika melakukan kebajikan? Seteguh mana iman kita untuk tidak terlintas melakukan riak?
Kredit foto: Google
Ada pula yang memberi sambil menghina, membantu kemudian mengaibkan dengan kata-kata kononnya nasihat. Hakikatnya, berbaur hinaan dan kecaman. Menunjuk lagak dan kuasa kepada orang yang dirasakan lebih rendah daripadanya, satu perbuatan bacul. Adakah di situ tidak cukup melihatkan perasaan sombong dan riak? Inilah sebabnya kenapa Allah larang kita bersedekah sambil menunjuk!
Menurut Rasulullah SAW, ada tiga penyakit yang akan menghancurkan amalan seseorang, antaranya ialah riak atau sombong. Imam al-Ghazali dalam kitab Ihya Ulumuddin berkata, sifat takbur akan menjadi batas pemisah antara seseorang dengan kemuliaan akhlak. Orang takbur akan selalu mendustakan kebenaran, menganggap rendah orang lain dan meninggikan dirinya.
Sedarlah sebelum terlambat. Jangan sampai Tuhan tarik balik segala nikmat, waktu itu baru kamu tahu langit itu tinggi atau rendah. Sehebat mana kekayaan yang dimiliki? Sekekal mana kehebatan yang ada? Sudah-sudahlah. Ujian bukan datang dalam bentuk kemiskinan atau kesusahan saja. Kaya berharta juga ujian, melihat sejauh mana otak kamu bodoh atau cerdik menggunakannya ke arah kebaikan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Hiburan

Sarimah Ibrahim Pesan Bakat Baharu Perlu Disiplin, Jangan Terlalu Merendah Diri Hingga Dibuli - “Maruah Kita Patut Tinggi & Mahal Dari Mana-Mana Gaji”

gempak
22/11/2024
05:50 MYT
Pelakon dan pengacara, Che Puan Sarimah Ibrahim berkongsi tips bagaimana dia mampu bertahan dalam industri seni tanah air hampir tiga dekad.
Viral

Pempengaruh Lelaki Tiada Adab, Pakai Jubah Tunai Umrah

gempak
20/11/2024
08:00 MYT
Seorang pempengaruh Indonesia yang juga transgender menimbulkan kemarahan khalayak menerusi perlakuan biadabnya baru-baru ini.
Hiburan

Adira Suhaimi Kongsi Ciri-Ciri Suami Harapan, Tak Kisah Soal Sekufu – “Tak Semesti Dua-Dua Kaya, Yang Penting…”

gempak
19/11/2024
21:50 MYT
Pelakon dan penyanyi, Adira berkongsi ciri-ciri suami yang diharapkannya sekiranya kembali berumah tangga.
Viral

Fesyen Nenek 80 Tahun Curi Perhatian, Digelar Legendary Glamma

gempak
17/11/2024
15:24 MYT
Bermula dengan kreativiti cucu menggayakan dirinya dengan pelbagai fesyen, merakam gambar lalu berkongsi di media sosial, seorang nenek kini menjadi terkenal.
Unitar