,
gaya hidup

Kawan Dah Nikah, Sepupu Nak Kahwin, Dan Aku ‘Single Forever’ – Sedih Ke Tu? Plan Cepat Tarikh 20.01.2021

Afiza Kamarulzaman
21/12/2020
02:15 MYT
Sana sini dapat perkhabaran orang kahwin, maklumlah dah hujung-hujung tahun, musim orang tamatkan zaman bujang untuk berdua di tahun baru. Dan yang masih solo, usah khuatir, doa akan ada jodoh di tahun 2021 nanti. Dan, kamu masih sendiri? Jangankan bakal suami atau isteri, calon pun belum nampak bayang.
Apa yang meresahkan kamu sebenarnya? Umur semakin meningkat atau kerana ramai kawan seusia sudah pun meninggalkan kelab solo? Sesungguhnya, soal jodoh bukanlah kuasa kita menentukan. Jika kamu pegang perihal ini, pasti jiwamu kekal tenang dan percaya apa saja yang telah diatur oleh Allah itulah yang terbaik buatmu.
Jangan Putus Harapan, Biar Lambat, Janji Terbaik
Soal cepat atau lambat bukanlah penentu kebahagian dalam sesebuah perkahwinan itu. Usah dibimbangkan tentang bila menamatkan zaman bujang? Tetapi risaukanlah adakah usia perkahwinan itu mampu bertahan selama-lamanya? Kadang-kadang, yang lewat itulah yang terbaik.
Allah simpan lebih lama doamu itu untuk membiarkan kamu sentiasa dalam pahala sabar dan reda dengan ujian yang diberikan ini. Dalam masa yang sama kamu boleh mengambil iktibar dan menguasai lebih kematangan daripada pengalaman teman-teman lain yang terlebih dulu sudah berkahwin.
Buat masa ini teruslah nikmati kehidupan solo yang ada kerana selepas sudah bergelar milik orang, banyak batas dan limitasi yang harus dijaga. Waktu itu nanti, jangan pula kamu terindu-rindu zaman bujanglah, ‘me time’ lah, zaman boleh ke sana ke sini tanpa komitmen. Semua itu tak mungkin dapat diputar semula jika sudah berkeluarga.
Pada masa yang sama, jangan pernah berhenti memanjatkan doa kepada Yang Maha Esa agar ditemukan jodoh yang baik yang dapat menjadi pasanganmu dunia akhirat. Serahkan semua urusan itu kepada kuasa Allah. Banyakkan solat sunat, zikir dan amalan-amalan sunah Rasulullah SAW. Insya-Allah, pada satu masa yang tepat pasti ada yang datang menemanimu.
Kredit Foto: Google
Doa Yang Boleh Diamalkan:
  1. Surat al-Anbiya ayat 89:
رَبِّ لَا تَذَرْنِيْ فَرْدًا وَ أَنْتَ خَيْرُ الْوَارِثِيْنَ
Rabbi laa tazarnii fardaw wa anta khoirul-waarisiin
Ertinya: “Ya Tuhanku, janganlah Engkau biarkan aku hidup seorang diri (tanpa keturunan) dan Engkaulah ahli waris yang terbaik."
  1. Surat al-Furqan ayat 74:
رَبَّنَا هَبْلَنَا مِنْ أَزْوَاجِنِا وَ ذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ
Rabbanaa hab lanaa min azwaajinaa wa zurriyyatinaa qurrota a’yun
Ertinya: “Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan dan keturunan daripada kalangan kami sebagai penenang hati.”
  1. Surat al-Qasas ayat 24:
رَبِّ إِنِّيْ لِمَا أَنْزَلْتَ إِلَيَّ مِنْ خَيْرِ فَقِيْرٌ
Rabbi innii limaa anzalta ilayya min khoirin faqiir
Ertinya: “Ya Tuhanku, sesungguhnya aku sangat memerlukan suatu kebaikan yang Engkau turunkan kepadaku.”
  1. Doa cepat dapat jodoh untuk lelaki:
Untuk lelaki, inilah doa yang boleh diamalkan untuk mendapatkan isteri terbaik sebagai pendamping hidupmu.
رَبِّ هَبْ لِي مِنْ لَدُنْكَ زَوْجَةً طَيِّبَةً أَخْطُبُهَا وَأَتَزَوَّجُ بِهَا وَتَكُوْنُ صَاحِبَةً لِى فِى الدِّيْنِ وَالدُنْيَا وَالْأَخِرَةِ
Robbi hablii milladunka zaujatan thoyyibah akhtubuhaa wa atazawwaju biha watakunu shoohibatan lii fiddiini waddunyaa wal aakhiroh.
Artinya: "Ya Robb, berikanlah kepadaku istri yang terbaik dari sisi-Mu, istri yang aku lamar dan nikahi dan istri yang menjadi sahabatku dalam urusan agama, urusan dunia dan akhirat".
  1. Doa mencari jodoh untuk perempuan:
Sementara untuk perempuan, inilah doa yang boleh diamalkan supaya mendapatkan suami soleh dan menjadi imam terbaik dalam rumahtanggamu kelak.
رَبِّ هَبْ لِي مِنْ لَدُنْكَ زَوْجًا طَيِّبًا وَيَكُوْنُ صَاحِبًا لِى فِى الدِّيْنِ وَالدُنْيَا وَالْأَخِرَة
Robbi hablii milladunka zaujan thoyyiban, wayakuuna shoohiban, lii fiddiini waddunyaa wal aakhiroh.
Ertinya: "Ya Robb, berikanlah kepadaku suami yang terbaik daripada sisi-Mu, suami yang juga menjadi sahabatku dalam urusan agama, urusan dunia & akhirat".
Kredit Foto: Google
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

40 Hari Berkahwin, Wanita Minta Cerai Sebab Suami Mandi Sekali Sebulan

gempak
19/09/2024
00:55 MYT
Seorang isteri memfailkan perceraian selepas 40 hari berkahwin kerana suaminya jarang mandi dalam kejadian di bandar Agra, India.
Hollywood

Charlie Puth Kahwin Kekasih Zaman Sekolah, Majlis Ringkas Di Rumah Keluarga

gempak
18/09/2024
06:55 MYT
Penerbit, penyanyi dan penulis lirik terkenal Charlie Puth berkongsi berita gembira apabila berkongsi butiran dan foto serta video perkahwinan bersama kekasihnya, Brooke Sansone.
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: Ameerais Bangga, Anggap Pencapaian Paling Jauh Sepanjang 14 Tahun Dalam Karier Nyanyian – “Saya Tunjuk Pada Semua Saya Boleh Menyanyi”

gempak
17/09/2024
02:55 MYT
Penyanyi Ameerais menyifatkan perjalanannya di Gimme The Mic Malaysia adalah pencapaian tertinggi dalam kariernya sepanjang 14 tahun dalam industri seni.
Hiburan

Tenang Berdepan Kontroversi Melibatkan Perkahwinan Didakwa Tidak Sah, Angeline Tan Syukur Suami Beri Keyakinan - “Kami Menerima Banyak Panggilan & Mesej, Malah…”

gempak
12/09/2024
23:45 MYT
Dalam agama Islam, akad nikah adalah perkara yang wajib dilakukan untuk menjadi pasangan suami isteri. Namun, pernikahan antara Angeline Tan dan Sabri Yunus pernah menjadi isu suatu ketika dahulu.
Hiburan

Raline Shah Minta Ibu & Bapa Carikan Jodoh : “Saya Tinggal Pilih”

gempak
11/09/2024
14:50 MYT
Aktres Indonesia, Raline Shah terkenal bukan hanya kerana bakat lakonan tetapi kejelitaannya.