,
Highlights

Kabut Serangkai Mawar, MAFARIKHA Beri Nafas Baru – “Penjiwaan Daripada Pengalaman Hidup”

Afiza Kamarulzaman
09/06/2021
02:22 MYT
Buat kolaborasi pertama antara Luncai Emas dan Mafarikha, lagu Kabut Serangkai Mawar, sebuah lagu klasik nyanyian Zaiton Sameon dan ciptaan Datoʼ M. Nasir, telah dipilih untuk digubah semula dan dijadikan sebagai sebuah ʻremakeʼ.
Dengan lontaran suaranya yang lantang dan kebolehannya untuk menyampaikan emosi dan jiwa yang merinding dengan nyanyiannya, dipersetujui bahawa Mafarikha adalah calon yang terbaik untuk kolaborasi ini.
Untuk mencapai kualiti lagu yang diinginkan, produser berkaliber Ashraf Aasimudin telah dipilih khas oleh Mafarikha untuk menjadi produser kepada lagu Kabut Serangkai Mawar 2021. Dengan kerjasama ahli-ahli Luncai Emas yang penuh bakat dan tunjuk ajar sifu Dato M Nasir, gubahan baru ini telah berjaya dijadikan sebuah ʻmasterpieceʼ.
Penggubahan semula lagu Kabut Serangkai Mawar adalah usaha dan kerjasama pelbagai pihak dan bakat, di mana hasilnya merupakan satu penyampaian yang indah. Mafarikha telah berjaya menyalurkan suara lantangnya ke dalam lagu ini dengan penuh emosi dan penghayatan, serupa dengan Zaiton Sameon namun dengan keunikan dan ʻcharacterʼ tersendiri.
Luncai Emas merupakan sebuah syarikat rakaman yang terkenal dengan mempunyai keunikan tersendiri, yang boleh dilihat dalam pemilihan artis - artis mereka yang mengikuti dasar bakat dan identiti, yang lain daripada yang lain, berbeza dengan bakat tempatan yang ada sekarang dan mepunyai seni yang tersendiri. Mafarikha telah dipilih kerana kebolehannya yang unik, sekaligus menjadi satu-satunya artis wanita di dalam Luncai Emas.
Apa Kata Mafarikha dan Dato’ M.Nasir?
MAFARIKHA
1. Cabaran menyanyikan kembali lagu Kabut Serangkai Mawar
Antara perkara yang saya paling risau ialah untuk menyanyikan lagu ini secara live sampai habis. Selain daripada itu, saya mengambil tempoh yang lebih panjang untuk rakam lagu ini berbanding lagu yang pernah saya nyanyi sebelum ini untuk mendapatkan notes & phrase yang terbaik.
2. Bagaimana mendapatkan penjiwaan bagi lagu ini
Penjiwaan datang daripada pengalaman hidup yang saya jarang berkongsi. Bila kita gembira kita akan enjoy the song, tapi bila kita sedih kita akan fahamkan lirik. Saya fahamkan lirik dan buat sedikit research tentang lagu ini, kebetulan lebih kurang dengan situasi yang saya pernah lalui.
3. Adakah Mafarikha peminat Zaiton Sameon dan pernah tak berjumpa?
Kalau nak cakap minat, mak saya lagi minat dengan Zaiton Sameon. Menaruh Harapan memang antara lagu paling favorite mak-mak kita. Daripada situ saya tahu tentang Zaiton Sameon. Belum pernah jumpa tapi cerita Zaiton Ceritaku adalah antara cerita yang saya paling suka. She’s definitely a legend.
4. Harapan melalui lagu cover ini
Dapat mengingatkan generasi baru tentang kegemilangan karya-karya lama yang puitis dan banyak menyentuh perasaan sambil menerima susunan yang lebih modern. Kalau boleh tak usah banding2 kan, biar kedua versi pun boleh di ingati.
5. Part mana yang paling susah nyanyi
Kalau nak ikutkan, ini antara lagu paling susah saya pernah nyanyi kerana bila tempo sudah di turun kan, kita kena sustain note tu lebih lama. Mungkin part climax dan korus yang terakhir kerana dia back to back high notes.
6. Next project?
Next project, untuk muzik, InsyaAllah new single. Dan bakal menceburi dalam bidang perniagaan. Support tau hehe
DATO’ M.NASIR
1.Apa komen tentang rendisi baru lagu Kabut Serangkai Mawar nyanyian semula Mafarikha?
Mafarikha telah membawa lagu itu ke tahap yang tersendiri
2. Melihat potensi mafarikha sebagai penyanyi
Saya melihat suaranya sedap dan unik.
3. Kenangan sewaktu menulis lagu tersebut dulu Saya teringat waktu bekerja dengan Zaiton Sameon tak lama sebelum dia ditimpa kemalangan ketika lagu ini ditulis.
4. Ada perancangan buat lagu baru untuk mafarikha tak?
Ada. Saya akan cuba membuat lagu-lagu baru yang sesuai untuk dia.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Meganya! Konsert 5 Jam Malam Bulan Bintang Memang Next Level - "Harga Rahmah, Experience Mewah"

gempak
06/03/2023
06:55 MYT
Luar biasa!
Laman Utama

Selepas 17 Tahun, M. Nasir Kembali Cipta Lagu Untuk OST Filem Imam! - "Munajat Bawa Maksud ..."

gempak
10/02/2023
11:25 MYT
Munajat adalah single terbaru Datuk M.Nasir yang dinanti- nantikan setelah sekian lama sejak album terakhir beliau ‘Sang Pencinta’.
Laman Utama

[VIDEO] "Masih Cuba Sesuaikan Hidup Menyanyi Dengan 1 Setengah Paru-Paru"- Mafarikha Covid-19 Survival

gempak
09/12/2022
01:00 MYT
Semoga cepat sembuh
Laman Utama

Bebas Covid-19 Tapi Mafarikha Masih Ditahan Wad- “Demam, Platelet Turun, Masuk Darah Orang…”

gempak
09/11/2022
06:21 MYT
Mafarikha dimasukkan darah meskipun dah bebas Covid-19
Laman Utama

“Hospital Suggest Untuk Tebuk Tulang Rusuk Kanan…” - Mafarikha Mohon Doa, Prosedur Mungkin Petang Ini

gempak
27/10/2022
03:43 MYT
Doakan semoga dipermudahkan urusan Mafarikha.