,
gaya hidup

Jenaka Malam Pertama, “Cepatlah Yang, Flight Nak Mendarat” – Kisah Lucu Malam Pertama (Untuk Bacaan 18SX)!

Huda Hussain
03/12/2019
11:52 MYT
Kala menyiapkan nukilan ini, teringat Raden kala teman-teman rapat dan tidak kurang juga saudara-mara yang berkongsi kisah coretan malam pertama mereka. Benar tidak molek dan haram membuka kisah dalam kelambu.
Namun intipati yang mereka kongsikan itu sekadar jenaka yang bukan mengaibkan sesiapa. Ia lebih kepada pengalaman lucu yang terpahat segar dalam memori lantas dijadikan kenangan yang tidak akan dilupakan sampai bila-bila.

Kredit foto: Google

Bilik Air Rumah Mentua Di Luar Rumah, Memang Masak! – Zairil
Berisiterikan orang kampung banyak kelebihan dan kekurangannya. Kelebihannya sudah tentu dapat mengenali dan memahami budaya dan rutin baru. Manakala kekurangannya berbalik kepada setiap individu.
Bagi Zairil selepas 15 tahun mendirikan rumah tangga bersama pilihan hati yang bergelar anak jati Kampung Mata Ayer, tiada satu pun kekurangan yang ingin disenaraikannya.
Sepertinya masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak. Begitulah perumpamaan sesuai menggambarkan kesungguhan Zairil menyesuaikan diri dengan cara hidup orang kampung.
Zairil atau lebih mesra dikenali dengan Ajil dan Maisarah adalah kenalan rapat Raden ketika zaman universiti lagi. Detik perkenalan mereka bermula daripada aksi sakat menyakat kami sebagai rakan sekuliah.
Usik-usik nakal kemudiannya bertukar hingga menjalin persahabatan. Lantas pabila hati sudah berkenan, Zairil menghantar rombongan masuk meminang. Sudah dikhabarkan Mai adalah gadis kampung nun di utara semenanjung, Perlis.
Manakala Zairil berasal dari golongan berada menghuni sebuah rumah agam di Bukit Tunku, Petaling Jaya. Dan umpama langit dengan bumi perbezaan demografik mereka. Namun syukur kerana kedua-dua keluarga tidak mempunyai kekangan malah merestui hubungan mereka berdua.
Usai segala perancangan diatur, maka lafaz ijab dan kabul mejadi halal ikatan cinta mereka. Dan seperti pengantin baru yang lain, debaran tetap ada untuk menempuh malam pertama. Peristiwa ini diceritakan sendiri oleh Zairil kepada Raden selepas 15 tahun usia perkahwinan mereka.
“Teringat aku masa mula-mula kahwin dulu. Si Bob tanya aku tandas kat mana. Aku pelik kenapa dia sibuk tanyakan pasal tandas. Aku blur tak dapat tangkap apa yang dia cuba sampaikan.
Kemudian aku beritahu dia tandas di luar rumah. Dan dia kata pada aku masaklah kau Ajil kalau tandas di luar rumah,” terangnya sambil mengingati peristiwa 20 tahun lalu. Sambungnya lagi, “Hinggalah malam pertama. Barulah aku faham maksud Bob.
Memang parah dibuatnya tandas di luar rumah. Kena bawa lampu suluh pula tu. Nak memerut kena fikir tiga ke empat kali. Apatah lagi nak buat official launching malam pertama, memang tak dapatlah jawabnya.
Zaman tu belum ada lagi wet tissue, kalau adapun mungkin penggunaannya tak menyeluruh macam sekarang,” terang Zairil bersungguh diselangi dengan ketawa kami.
Rentetan itu, selepas tiga tahun berkahwin dan ekonomi keluarga kecilnya semakin kukuh, Zairil memperuntukkan sejumlah wang lalu diberikannya kepada kedua mentuanya agar membina tandas dan menambah bilik agar rumah lebih selesa.

Kredit foto: Google

Alkisah Kapal Terbang Mendarat dan Kapal Terbang Rosak! – Melati & Mior
Tersebutlah kisah sepasang merpati dua sejoli yang baru berkahwin, Melati dan Mior. Mereka adalah sahabat baik kakak Raden, Dewi. Lebih dikenali dengan M&M, Melati juga punya hubungan yang akrab dengan Raden kerana sejak sekolah lagi dia sering menghabiskan masa dengan menelaah di rumah Raden.
Begitu juga dengan Mior, sahabat baik kepada suami Dewi, Kamal. Akrabnya mereka seperti adik-beradik. Perkahwinan mereka dirai sahabat handai dan semua kenalan jauh mahupun dekat sanggup turun semata-mata tidak mahu ketinggalan meraikan hari bahagia mereka.
Kata Mior kepada Kamal dan diceritakan semula kepada Dewi lantas Dewi memanjangkan kisah ini untuk Raden nukilkan. Bapa Mior ada berpesan kepadanya beberapa hari sebelum acara akad nikah berlangsung.
Kata bapanya, "Mior, kalau kamu nak menggauli dan saat kamu nak menghampiri isteri malam pertama nanti, katakan padanya kapal terbang nak mendarat". Sekadar mendengar sekali lalu, Mior cuma mengangguk laju kerana dia lebih gemuruh menghafal skrip untuk lafaz ijab kabul. Maka kiasan peringatan bapanya diketepikan begitu sahaja.
Begitu juga dengan emak Melati. Amat mementingkan tatasusila dan budaya Melayu yang penuh dengan adat. Serba-serbi perlu teliti dan berlapik. Seperti dikatakan Melati kepada Dewi, “Aku ingat lagi hampir 20 tahun lalu.
Emak aku nasihatkan aku Melati apabila suami kau cakap kapal terbang nak mendarat, kau jawab lapangan terbang sudah sedia. Bila aku tanya kenapa, Mak aku cakap nanti kau akan faham,” terang Melati kepada Dewi.

Kredit foto: Google

Dan tibalah hari yang ditunggu-tunggu. Hanya dengan sekali lafaz, maka sahlah hubungan Mior dan Melati disisi agama. Selesai acara membasuh periuk belanga dan kawah, diikuti dengan acara membuka hadiah hati Mior berdebar-debar saat malam semakin larut.
Hatinya berdebar-debar. Lebih hebat degupan jantungnya persis saat menanti dikhatankan. Usai solat berjemaah buat julung kalinya bersama isteri tercinta tiba-tiba dia teringat akan pesan bapanya mengenai istilah kapal terbang itu.
Lantas apabila Melati merapikan diri dan bersiap-siap mahu tidur, Mior mendekati isterinya sambil berkata, "Ada kapal terbang nak mendarat". Disambut dengan wajah terpinga-pinga dan jelas Melati tidak faham dengan kiasan suaminya.
Sambung Melati, "Ati penatlah bang. Apa kata kita tidur. Abang pun mesti penat dah tolong macam-macam tadi" jelasnya sambil menepuk-nepuk bantal isyarat mahu tidur. Terbukti hati Mior hampa bersulam kecewa.
“Tak dapatlah aku malam ni,” desis hatinya. Namun dia yakin dan cuba berlagak positif sambil bermonolog “Tak apa Mior, esok masih ada. Mungkin juga isteri aku malu. Itu sebabnya dia tak beri respond” pujuk hatinya.
Masuk hari kedua di rumah keluarga mentua Mior, semuanya masih seperti biasa. Tidak kekok dia membiasakan diri kerana Mior terkenal dengan sifatnya yang peramah dan mudah mesra.
Apabila tirai malam menjelma, Mior nekad meneruskan misi kapal terbangnya. Seperti malam sebelumnya, dia menunaikan solat Isyak dan solat sunat berjemaah bersama Melati. Mahu mengikut sunnah katanya.
Dia lihat sahaja kelibat Melati melipat kain telekung dan menyikat rambut di hadapan cermin. Lantas pabila dirasakan masa yang sesuai, dia bersuara kepada Melati, "Kapal terbang nak mendarat ni," sambil membelek kotak-kotak berisi hadiah perkahwinan mereka.
Namun, malangnya Melati tidak faham dan bersikap tak endah dengan kata-kata suaminya. Lantas dia menyambung, “Kita ada dapat hadiah kapal terbang ke abang dalam kotak tu?” soalnya kepada Mior.
Dan belum sempat Mior membuka mulut, Melati menyambung, “Kalau adapun, tak apa bang. Nanti balik KL kita susun kemas dalam almari,” ngomelnya sambil beria membayangkan mana mahu diletak hadiah yang kononnya kapal terbang itu.
Terpancar wajah kecewa di muka Mior. “Tak jadi lagi malam ni. Kenapalah isteri aku ni, takkan tak faham atau pura-pura tak faham,” dia berperang dalam hati. Namun dipujuknya hati itu sambil berkata, “Tak apa Mior, beri dia masa. Insya-Allah esok mendaratlah kau,” desis hati kecilnya.

Kredit foto: Google

Hari bersilih ganti, sudah tiga hari Mior berkampung di rumah keluarga Melati. Dan malam ketiga diharungi dengan penuh harapan selain menitipkan doa agar perjalanannya dipermudahkan. Rutin malamnya dilalui dengan ritma biasa.
Tiada gerak laju mahupun perlahan. Mior mahu ia berlalu dengan begitu sahaja. Biarlah dia berlagak macho, slow and steady. Sekali lagi dia menghampiri Melati dan berkata, “Ada kapal terbang nak mendaratlah Ati,” tuturnya singkat. Sambil berjalan menuju tingkap dan menyelak langsir, Ati berkata, “Tak adapun” sambil menggelengkan kepala.
Sambungnya lagi, “Lagipun rumah Ati jauh dengan lapangan terbang” jawabnya penuh yakin. Melihatkan isterinya menggelengkan kepala, harapan Mior hancur berkecai begitu sahaja.
Dalam hatinya berkata-kata, “Kejamnya isteriku duhai bunga Melati. Sampai hati kau biarkan abang menunggu tiga malam berturut-turut dan masih enggan memberikannya pada abang” namun tidak terluah kata-kata itu. Mior bimbang akan membuatkan Melati kecewa. Lantas dia tidur dan berlalulah malam ketiga tanpa apa-apa yang berlaku.
Keesokan paginya, saat Melati sibuk membantu ibunya menyiapkan hidangan untuk sarapan, dia bertanyakan kepada ibunya, “Ati peliklah dengan sikap Abang Mior tu Mak.
Malam-malam asyik cakap ada kapal terbang nak mendarat,” ngomelnya seakan tidak puas hati. Dan ibunya bertanya, “Habis tu kau cakap apa?” soal ibunya mahukan kepastian.
Sambil menuang kopi ke dalam cawan, Melati menjawab, “Ati tak cakap apa-apapun,” terangnya jujur. Dengan mata melihat sekeliling seakan mahu memastikan hanya mereka dua beranak di dapur, ibunya bersuara separa berbisik.
“Kau lupa apa yang Mak nasihatkan tentang malam pertama tu? Sepatutnya kau jawab lapangan lerbang sudah sedia, sebagai tanda bersetuju,” kata ibunya sambil menepuk-nepuk bahu anak sulungnya itu.
Kembali mencuci tangan di sinki seraya menepuk dahi, “Alamak, Ati terlupalah Mak. Tak apa malam ini Ati pasti akan jawab dengan betul,” tuturnya penuh yakin sambil tersenyum melihat Mior dan bapanya yang baru muncul di dapur.

Kredit foto: Google

Tiba malam keempat, Mior tidak menunjukkan sebarang reaksi yang dia akan bertanya soalan yang sama. Masih meneruskan rutin biasa, solat berjemaah, tingkah Melati seakan tidak kena.
Dia ternanti-nanti bilakah agaknya Mior akan bertanya. Dalam hatinya menyusun kata, “Kenapa pula aku perlu tunggu lagi.
Sudah tiga malam dia berkias, apa salahnya aku sendiri tawarkan diri?” Melati berteka-teki dalam hatinya. Lantas dia menghampiri Mior dan berkata, “Abang… Lapangan terbang sudah sedia”, sambil tersipu menahan malu.
Dek kerana terlalu geram sudah lama menanti dan dengan wajah yang serius Mior menjawab, “Kapal terbang rosak!” dan mereka terus tidur.
Nostalgia 15 tahun perkahwinan itu disifatkan antara peristiwa lucu yang meninggalkan kesan. Raden sendiri lucu mendengar cerita tersebut. Betapa orang dulu-dulu mementingkan adab dan adat.
Hingga mahukan ‘yang itu’ pun diberikan dengan pelbagai kiasan dan maksud tersembunyi. Generasi hari ini bagaimana? Adakah kiasannya ataupun main redah aje? Cubalah cara orang lama, baru berbekas sampai bila-bila. Hehehe

Kredit foto: Google

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Viral

Fesyen Nenek 80 Tahun Curi Perhatian, Digelar Legendary Glamma

gempak
17/11/2024
15:24 MYT
Bermula dengan kreativiti cucu menggayakan dirinya dengan pelbagai fesyen, merakam gambar lalu berkongsi di media sosial, seorang nenek kini menjadi terkenal.
Hiburan

Rumah Lengkap Tasik Buatan & Padang Golf, Momo Geisha Ada 20 Pembantu

gempak
12/11/2024
06:56 MYT
Vokalis kumpulan Geisha, Momo diketahui berkahwin dengan seorang usahawan kaya pada 2017.
Gaya Hidup

Kempen Beli Barangan Malaysia Cipta Rekod di MGM 2024

gempak
08/11/2024
13:59 MYT
Kempen 'Beli Barangan Malaysia' dalam program tahunan 'My Gaya Month' (MGM) 2024 telah mencatatkan jualan bernilai RM1 juta sepanjang sebulan, melangkaui sasaran awal.
Gaya Hidup

Gunting Rambut Online, Roger Anytime! Aplikasi Baharu myBarber Mudahkan Bro-Bro Nak Kekal Handsome & Kemas Tak Perlu Keluar Rumah

gempak
04/11/2024
19:04 MYT
Jika sebelum ini adanya aplikasi yang memudahkan makanan dihantar ke depan pintu rumah, kini muncul pula aplikasi baharu myBarber yang membolehkan korang menempah servis memotong rambut secara atas talian.
Unitar