,
Highlights

Jangan Lepaskan Peluang Rebut Masa Cipta ‘Magic Moments’ Bersama Anak. Kalau Tidak, Kita Yang Menyesal!

Huda Hussain
12/07/2020
15:21 MYT
Tidak dinafikan hidup dalam millennial ini sememangnya banyak memudahkan kita dalam pelbagai perkara. Mahu anak kecil duduk diam, buka sahaja televisyen atau beri sahaja ipad, tablet atau alat permainan sebagai ‘pengganti’ diri kita yang sentiasa menghambat masa melunaskan semua kerja. Kesudahannya apabila kita ‘selesa’ berbuat demikian, anak-anak tidak lagi melihat keberadaan kita sebagai satu kepentingan atau menjadi seseorang yang sering dinanti-nanti kehadirannya. Allahu, takut kan?
Kredit Foto: Google
Sama juga senarionya apabila Dr Redza Zainol berkongsi mengenai pentingnya kita menghargai ‘Magic Moments’ dalam muat naik di laman facebook. Kerana itulah yang kita sering terlepas pandang dan barangkali mengulanginya hingga tidak menyedari meninggalkan kesan dalam memori anak.
Setiap hari, kita diberi terlalu banyak peluang untuk cipta “Magic Moments” dengan anak kita. Magic Moments ini ialah detik yang anak kita akan sentiasa teringat tentang kita sampailah mereka dewasa nanti. Bayangkan anak kita baru lepas letak elok-elok pinggan dan cawan dalam sinki lepas makan. Dia pun dengan gembiranya panggil kita untuk tengok hasil kebaikan dia. Cepat-cepat kita pergi tengok, kita buat-buat terkejut, tepuk tangan siap peluk anak kita. “Wahhh, kakak dah besar. Pandai letak pinggan dalam sinki lepas makan.” Senyumlah anak kita sepanjang malam. Detik itu akan jadi satu Magic Moment untuk mereka. Kenapa magik? Sebab antara berjuta detik yang lain, detik itulah yang dia boleh ingat sampai bila-bila. Itulah magiknya.
Kredit Foto: Google
Lagi banyak Magic Moments tersimpan dalam memori anak kita, lagi bahagialah anak kita. Bayangkan zaman kanak-kanak anak kita dipenuhi dengan ribuan Magic Moments yang hebat. Tapi, saya sendiri banyak terlepas peluang untuk cipta “Magic Moments” dengan anak saya. Pernah anak saya teruja nak tunjukkan sejenis ikan berkaki yang baru dia belajar pagi tu. Saya pula sibuk dengan urusan lain. Berkali-kali dia cuba nak beritahu saya pasal ikan tu. Bila kerja saya dah selesai, anak saya pun dah tertidur. Saya fikir remeh aja cerita ikan tu. Terlintas dalam hati, esok mesti dia dah lupa pasal cerita ikan tu.
Itulah silap saya. Esok paginya, anak saya datang dan dengan suara perlahan dia kata lepas ni dia dah tak nak cerita apa-apa lagi bila dia belajar benda baru. Allahuakbar, saya menangis. Remuk hati ini. Terus saya minta maaf pada anak. Leka betul diri ni. Macam tu cara Allah bagi amaran pada saya. Sebenarnya, anak kita akan ketagih nak berkelakuan baik bila kita selalu “tangkap” dia betul-betul lepas dia buat perkara yang baik. Bila kita beri ganjaran selepas dia buat apa-apa kebaikan, Magic Moments itu lebih mudah tercipta.
Ganjaran macam duit, permainan dan coklat bukanlah tak baik tapi ia tak sehebat ganjaran yang saya nak kongsikan ni. Contoh ganjaran atau hadiah yang lebih hebat:
Kredit Foto: Google
Diberi Kasih Sayang Dalam bentuk pelukan, ciuman, high five, senyuman atau meletak tangan kita pada bahu anak.
Pujian Puji secara spesifik kelakuan anak yang kita suka. Contoh: “Baguslah abang senyap je masa mama bercakap melalui telefon dengan nenek.” “Kakaklah pembantu mama yang paling rajin sekali. Semua permainan kakak dah susun elok-elok dalam laci.”
Kredit Foto: Google
Diberi Perhatian Yang Lebih Atau Dapat Buat Aktiviti Khas Main game board dengan mak ayah, mak ayah baca buku cerita bersama, tolong mak ayah sediakan makan malam, dapat pergi ke zoo bersama mak ayah dan banyak lagi.
American Academy of Pediatrics dan American Association of Child and Adolescent Psychiatry pun menyokong jika kita beri ganjaran sosial begini. Sungguh kawan-kawan. Kita terlalu banyak “tangkap” anak ketika mereka buat salah sampai kita terlupa nak “tangkap” mereka kita mereka berbuat baik.
Apa kata sebagai ibu bapa, kita ambil masa untuk renungi kesilapan yang mungkin tidak disengajakan dalam melayani kerenah anak-anak. Kerana masa kecil mereka hanya sekali. Tahu-tahu saja apabila sampai masanya, mereka tidak lagi teruja menyambut kepulangan kita dari tempat kerja. Tahu-tahu saja mereka malu dilihat rakan sebaya apabila kita memeluk dan memberi kucupan kasih sayang. Dan paling menyentuh emosi kita, tahu-tahu sahaja mereka akan pergi meninggalkan kita dan hidup bersama si dia yang menjadi belahan jiwa mereka.
Kredit Foto: Google
Uruskanlah masa dengan sebaik mungkin. Ciptalah seberapa banyak magic moments yang akan mereka ingati dan simpan dalam kotak memori. Kerana ketika ini mereka hanya tagihkan perhatian kita. Dan jangan pula kita sia-siakan masa yang masih bersisa.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Sebagai Ibu Saya Kena Lindungi Anak Saya, Jenaka Seksual Bukan Perkara Main-Main” - Rozita Che Wan

gempak
20/09/2024
12:55 MYT
Pelakon, Rozita Che Wan meluahkan rasa kesal terhadap individu yang bertindak melemparkan kata-kata kesat terhadap anaknya, Aaisyah Dhia Rana.
Hiburan

Che Ta ‘Naik Hantu’ Anak Dihina Berpakaian Seperti Pelacur - “Surat Saman Bakal Menyusul, Saya Tuntut Video Permohonan Maaf!”

gempak
20/09/2024
04:58 MYT
Pelakon, Rozita Che Wan membuat laporan polis selepas ada individu bertindak meninggalkan komen jelik terhadap anaknya, Aaisyah Dhia Rana termasuk menyamakan kanak-kanak itu berpakaian seperti seorang pelacur.
Hiburan

Nikita Mirzani Lapor Kekasih Anak Ke Polis, Paksa 2 Kali Gugurkan Kandungan

gempak
19/09/2024
04:25 MYT
Selebriti sensasi Nikita Mirzani mengambil langkah tegas apabila melaporkan kekasih anak perempuannya, Vadel Badjideh kepada pihak polis.
Hiburan

Mawi Tak Halang Ceburi Bidang Seni, Anak Lebih Suka Hosting - “Muka Selamba, Gaya Bersahaja & Petah Bercakap”

gempak
19/09/2024
03:50 MYT
Penyanyi dan penyampai radio ZAYAN, Mawi tidak mempunyai halangan sekiranya anak perempuannya, Cahaya Malaika, ingin menceburi bidang seni.
Viral

Bapa Miss Switzerland Jumpa Kepala Anak Dalam Tong Sampah Di Bilik Dobi, Suami Dakwa Pertahankan Diri

gempak
17/09/2024
17:17 MYT
Kisah pembunuhan tragis bekas peserta Miss Switzerland, Kristina Joksimovic masih menjadi perhatian dunia.