,
gaya hidup

Jangan Berkira Siapa Yang Beria-ia. Rebut Peluang, Masa Selagi Ada. Kalau Tak Sempat, Menyesal Tiada Gunanya.

Huda Hussain
07/11/2021
02:00 MYT
Menjalani kehidupan sebagai suami isteri menuntut banyak pengorbanan. Persefahaman, komunikasi, toleransi, kejujuran dan saling menyokong antara satu sama lain; adalah antara elemen yang perlu diterapkan. Sifat kedekut, terlalu berkira misalnya perlu dibuang jauh-jauh. Barulah berkat dan harmoni sesebuah rumahtangga.
Kalau dilihat, terdapat pelbagai cara untuk pamerkan atau tunjukkan rasa kasih dan sayang terhadap pasangan. Dan dua tarikh penting yakni sambutan ulang tahun perkahwinan dan hari lahir adalah agenda ataupun peristiwa yang sering kali menjadi tumpuan. Ada yang memberi hadiah meraikan hari lahir pasangan, menghulurkan duit sempena ulang tahun perkahwinan, pergi bercuti, meraikan sambutan ulang tahun perkahwinan dengan menganjurkan majlis tahlil atau makan malam serba mewah dan banyak lagi. Terpulang kepada kemampuan masing-masing sebagai perlambangan sejauh mana kita menghargai antara satu sama lain.
Kredit Foto: Google
Tetapi ada juga yang berpendapat, “Ah, suami aku pun tak beria-ia nak bagi itu ini, takkanlah aku pula yang terhegeh-hegeh nak bagi macam-macam kat dia?” Dan tidak mustahil ia timbul kerana salah seorang daripada suami isteri terlalu berkira untuk terjemahkan cara bagaimana menghargai keberadaan antara satu sama lain. Soal nafkah itu lain kerana ia sememangnya menjadi kewajipan dan tanggungjawab suami. Tetapi yang ekstra itulah menjadi ukurannya. Saat isteri sedang ‘scroll’ sosial media, tengok kawan-kawan bagaimana seronoknya mereka tatkala suami menghadiahkan itu ini, sedangkan diri sendiri hanya mampu menggigit jari.
Jika suami tidak berkemampuan, maka menjadi kewajaran bagi isteri untuk memahami kondisi itu. Sama ada beria-ia atau tidak lihat kepada kesungguhan masing-masing. Kadang-kadang tak perlu mahal-mahal pun nak beri atau hadiahkan buat pasangan. Tanda ingatan dan car akita menghargai itu jauh lebih penting. Kalau kita tak beria-ia tunjukkan kasih sayang, perhatian, bukti kita mengambil berat terhadap pasangan, maka siapa lagi? Takkan nak tunggu orang ketiga baru nak menggelabah?
Kredit Foto: Google
Mungkin ada yang mengeluh, “Asyik-asyik aku saja yang beria-ia buat itu ini. Dia tak ada pun. Langsung tak ada hati ke, inisiatif ke apa ke. Tak kuasalah aku!.” Ya, faham kalau ada sesiapa pernah merasai atau melalui itu semua. Tetapi yakin dan percayalah. Apabila kita yang mulakan terlebih dahulu, secara tidak langsung pasangan akan turut terdorong untuk melakukan perkara sama. Sama ada cepat atau lambat dan sedar atau tidak sahaja.
Pasti akan terdetik atau terlintas di fikiran, “Eh, tak boleh jadi ni. Wife aku dah buat macam-macam. Takkan aku nak buat ‘dek’ aje. Tak ‘gentleman’ lah macam ni”. Dan kita para isteri, manfaatkan kuasa doa untuk lembutkan hati pasangan yang mungkin terlalu keras untuk memulakan atau mengambil inisiatif itu dan ini. Berdoalah tanpa henti agar dengan izin dan kuasa-Nya hati suami bisa dilembutkan dan terdorong ke arah itu.
Bukan apa, ia secara tidak langsung akan mencerminkan sikap dan kesungguhan kita yang turut dilihat anak-anak. Mereka akan tengok dan ingat oh begini caranya nak tunjukkan kasih sayang, perhatian dan penghargaan kepada orang yang tersayang. Maka dengan itu, tak perlu berkira siapa yang lebih beria-ia. Apabila salah seorang yang mulakan, secara tak langsung seorang lagi akan terdetik untuk berbuat perkara sama. Bahkan mungkin lebih lagi. Berlumba-lumbalah sesama kalian buktikan kasih sayang, perhatian dan penghargaan. Kerana kita tidak tahu siapa yang akan dijemput-Nya terlebih dahulu. Selagi diberikan masa dan peluang, manfaatkanlah sebaiknya. Tak rugi pun kalau berlebih dengan pasangan, pasti dilipat gandakan rezeki dan habuan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Suami Gubahkan Lirik Lagu Buat Kieda Crepe - "Masya-Allah, Buatkan Saya Menangis"

gempak
18/11/2024
12:55 MYT
Usahawan Kieda Crepe kembali menjadi tumpuan warganet apabila suaminya, Amy, menghadiahkan sebuah lagu khas untuk isterinya dengan lirik yang diubah bagi menyuntik semangat.
Hiburan

Tapis Pamer Kebahagiaan Di Sosial Media, Musim Artis Bercerai Buat Hati Syamel Gusar - "Kita Dah Didedahkan Dengan..."

gempak
20/10/2024
03:55 MYT
Pelantun lagu Hidup Dalam Mati itu berkata dia dan isterinya yang juga penyanyi Ernie Zakri juga pernah berdepan cabaran dalam perkahwinan sama seperti pasangan suami isteri lain.
Viral

“Sengaja Atau Tidak Sengaja, Suami Wajib Bayar Hutang Nafkah Tertunggak” - Ustaz Azhar Idrus

gempak
10/10/2024
07:25 MYT
Pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus tampil menjelaskan hukum suami berhutang nafkah dengan isteri.
Viral

Usahawan Nur Amira Titip Pesanan Untuk Lelaki Berstatus Suami - “Hat Perempuan Pula Tak Payah Galak Dengan Laki Orang…”

gempak
03/10/2024
02:55 MYT
Perkongsian pempengaruh dan usahawan Nur Amira di platfrom Thread mengenai status suami dan isteri menarik perhatian netizen.
Terkini

Suami Buat 100 Panggilan Gangguan Sehari Kerana Cemburu

gempak
18/09/2024
11:55 MYT
Semuanya terbongkar selepas wanita yang berusia 31 tahun dari wilayah Hyoga,Jepun telah membuat satu laporan polis.
Unitar