Highlights
Ibu Yang Ada Anak Lelaki BERDERET, Andalah WIRA Sebenar di Rumah – Ingat Senang Ke Nak Jaga HEROES!
Walaupun orang kata, anak lelaki ini penting dalam sesebuah keluarga, namun kalau berderet-deret, memang tunggang-terbalik jadinya! Syukurlah bagi mereka yang dikurniakan anak. Malah, berganda-ganda kesyukuran itu andai dianugerahkan anak lengkap ke dua jantina lelaki dan perempuan.
Namun, ada sesetengah ibu bapa hanya dianugerahkan anak lelaki semata, begitu juga sebaliknya. Apa lagi yang dilimpahkan rezeki dengan anak lelaki yang ramai seperti tiga, empat malah ada yang mempunyai sehingga enam ke tujuh orang anak lelaki. Dan, tidak dianugerahkan anak perempuan pula.
Maksudnya di sini – kebanyakan kerja orang-orang perempuan pastilah terpikul di bahu si ibu sahaja, bukan? Ya, ada yang kata kena latih anak-anak lelaki untuk sama-sama melakukan kerja-kerja perempuan, namun sesempurna manalah yang boleh mereka buat berbanding anak perempuan.
Sebagai contoh memasak. Paling hebat pun, anak lelaki hanya mampu membantu memasak nasi atau menggoreng mee segera. Kalau diminta menggulai atau merendang, entah apa pula jadinya. Pasti air tangan ibu juga yang dimahukan. Begitu juga jika hal mendekorasi rumah atau melipat baju, berapa ramailah anak lelaki yang mampu melakukannya dengan baik?
Kredit Foto: Google
Kelebihan Memiliki Anak lelaki
- Seperti lumrah selepas berumah tangga, anak perempuan selepas dinikahi, dia menjadi miliki suaminya. Anak lelaki, setelah bernikah, tetap menjadi milik ibunya. Dari lahir hingga habis riwayatnya, anak lelaki tetap berikat kasih dan tanggung jawab dengan si ibu. Dan, ibulah wanita pertama menjadi cinta hatinya. ebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. menceritakan bahwa datang seorang lelaki kepada Nabi Muhammad SAW, lalu bertanya tentang siapa yang lebih berhak atas perlakuan baiknya, Rasulullah menjawab “Ibumu”, ketika orang tersebut menanyakan setelah itu kepada siapa lagi, Nabi tetap menjawab “Ibumu”, sampai pertanyaan ketiga kali diulang lagi, nabi menjawab “Ibumu”. Nah, pada pertanyaan yang keempat “Siapa lagi?” baru nabi menjawab “Ayahmu”.
- Anak lelaki adalah bakal pemimpin tidak kira buat keluarga atau negara. Anak lelaki jugalah imam kita dan isterinya kelak. Amat penting didikan sempurna ibu dan ayah terhadap anak lelakinya bagi melahirkan seorang pemimpin yang berjasa kelak dan akan banyaklah juga pahala yang akan dimiliki ibu dan ayah yang berjaya membentuk anak lelaki mereka menjadi pemimpin cemerlang dunia akhirat.
- Anak lelaki juga pemegang amanah dan bertanggungjawab terhadap ibu dan adik-beradik perempuannya selepas ayahnya. Andai ditakdirkan, ayah pergi dulu, anak-anak lelakilah yang mesti mengambil-alih tanggungjawab si ayah. Kerana itu jugalah, apabila anak-anak perempuan berbuat dosa, dia akan mengheret abang-abangnya juga ke neraka. Nauzubillahminzalik.
- Ramai yang mahukan anak lelaki kerana anak lelaki dikatakan ‘kuat’ daripada segi hal dalam pembahagian harta faraid. Ini untuk mengelakkan harta pusaka yang ditinggalkan si ayah jatuh ke tangan keluarga si ayah. Namun, sebesar mana pun hak yang dimiliki anak lelaki, mereka harus diingatkan sama tentang tanggungjawab yang harus dipikul bersama hak faraid yang dimiliki itu.
Kredit Foto: Google
- Daripada kecil, para ibu harus memupuk sifat tanggungjawa dalam diri mereka. tidak boleh ada istilah kerja perempuan atau kerja lelaki. Anak lelaki harus diajar untuk mencuci, mengemas dan menyusun barangan mereka sendiri. Jika tidak diajar, ‘sakitlah’ para ibu nanti.
- Walaupun kebanyakan anak lelaki mempunyai personaliti yang keras, namun para ibu harus ada masa untuk membelai dan memanjakan mereka. Jangan malu untuk mengusap atau mencium mereka. Nasihati suami untuk melakukannya juga. Dengan cara ini dapat menyuburkan jiwa anak lelaki dengan kasih-sayang dan kelembutan.
- Ajar anak lelaki untuk menjadi imam sejak mereka kecil lagi kerana dari situlah mereka belajar untuk menjadi pemimpin. Juga mengetuai bacaan doa seperti doa makan.
- Memang benar anak lelaki harus diajar secara lebih lasak dan tegas berbanding anak perempuan. Namun, pandanglah juga zaman yang kamu lalui hari ini. Ada masa berkeras, ada masa gunalah kelembutan agar mereka juga tahu menyantuni kamu dengan kelembutan dan kemesraan.
- Selalulah berbincang hati ke hati dan berbual dengan anak lelaki walaupun pada topik yang kamu sendiri tidak minat dan tidak arif. Kenali pasti hobi dan kecenderungannya agar mereka rasa diambil berat.
- Selidik dan tapis kawan-kawan mereka. Ingat ya, kawan-kawan adalah pengaruh terbesar dalam kehidupan anak-anak yang sedang meningkat remaja. Apatah lagi bagi anak yang tidak punya banyak masa bersama ibu bapa mereka sendiri.
- Jangan malu untuk heret anak ke pasar atau kedai bersama-sama ibu. Bagi dia tahu serba-sedikit jenis-jenis ikan, sayur atau rempah-ratus. Ini juga proses pembelajaran luar sekolah yang bagus sebagai input ‘kemahiran hidup’.
- Pastikan juga anak-anak lelaki ambil tahu serba-sedikit perihal pertukangan. Setidak-tidaknya mereka boleh diharapkan untuk membaiki paip bocor atau menggantikan mentol yang terbakar. Jangan hanya tahu belek media sosial sahaja.
- Walau sudah sebesar mana pun anak lelakimu itu, jangan selalu biarkan mereka ‘skip’ daripada menghadiri majlis keluarga. Penulis tahu, kebanyakan anak lelaki apabila sudah meningkat usia remaja, sudah mula tidak berminat untuk mengikut ibu bapanya ke mana-mana majlis, hatta pergi bercuti sekali pun. Jangan dibiasakan.
Must-Watch Video