,
Highlights

Foto Raya Keluarga – Ada Yang Anggap Biasa Saja. Tapi Bagi Segelintir Daripada Kita, Ia Momen Paling Berharga.

Huda Hussain
04/06/2020
14:18 MYT
Kenangan sememangnya tidak boleh dibeli di mana-mana. Nilainya? Tidak terhitung dan lebih-lebih lagi bagi mereka yang punya sifat menyayangi dan menghargai terhadap sesuatu, pastilah ia sesuatu yang cukup bermakna. Tetapi apa yang boleh dibuat dengan kenangan? Mudah saja, ciptalah ia.
Dan bagaimana mahu mencipta kenangan dalam zaman serba canggih dan pantas ini? Pastilah tidak lain tidak bukan dengan berbekalkan sumber yang kita ada. Paling mudah dan cepat adalah merakam gambar menggunakan telefon pintar. Malah tidak susah mana untuk merakam momen dan saat indah kerana kebanyakan daripada kita kini memiliki telefon pintar yang canggih dan berteknologi.
Kredit Foto: Google
Tidak cukup dengan itu, bantuan aplikasi yang tersedia dalam peranti telefon pintar atau ada yang perlu dimuat naik pasti memudahkan kerja. Ya, begitu mudah kita mencipta kenangan zaman ini. Tidak seperti zaman ibu bapa dan nenek moyang terdahulu. Apabila ada suatu acara penting atau sambutan besar-besaran misalnya Hari Raya lihat sahaja usaha dan kegigihan mereka untuk mengabadikan kenangan waktu itu.
Ada yang sanggup mengayuh basikal, berjalan kaki semata-mata mahu ke pekan. Matlamatnya hanya satu, untuk bersiap cantik dan kemas demi memotretkan wajah bersama insan tersayang. Itu belum dikira lagi bagaimana kesungguhan si ibu menyiapkan baju khas untuk dipakai semasa Hari Raya. Dan ramai maklum, tema sedondon atau ‘boria’ sudah lama wujud dalam kalangan masyarakat dahulu. Tentang bagaimana gigihnya si ibu menggosok baju kebaya kota bharu yang cukup popular semasa era kegemilangan ibu bapa kita dahulu. Bagaimana ‘side’ dan ‘line’ yang digosok kemas lagi rapi terletak sajak membalut tubuh kedua ibu dan ayah.
Kredit Foto: Google
Begitu juga dengan dandanan dan solekan. Cukup sekadar mengoles gincu merah dan bedak asas yang tersedia di studio. Asalkan muka tidak kelihatan pucat lesi tak bermaya sudah memadai. Mood anak-anak spoil? Kalau berani, buatlah perangai. Baik si ayah atau ibu sudahpun memberi amaran keras terlebih dahulu agar menjaga adab dan tertib semasa sesi fotografi.
Dek kerana takut dengan ugutan, maka terhasillah foto kenangan yang masing-masing mukanya masam mencuka atau reaksi wajah yang seperti ketakutan belaka. Apatah lagi kalau si ayah sememangnya garang dan tegas, pendek kata memang tak berani angkat muka dan berlebih-lebih. Maklum sajalah, konsep menconteng arang di muka orang tua pada waktu masih tebal dan menjadi buah mulut orang. Sudahnya memang anak kecil tak berani berlagak lebih, memandai-mandai atau lebih sudu dari kuah lagaknya.
Kredit Foto: Google
Berbeza sama sekali senarionya kini. Ada yang menganggap sesi fotografi sempena Hari Raya asal ada sahaja. Atau lebih kepada mahu merakam gambar kenang-kenangan warna apa yang menjadi tema tahun itu. Bukan apa, senang untuk dirujuk semula untuk tahun akan datang. Tetapi bagi sesetengah yang lain, ia adalah momen yang penting untuk dirakam dan diabadikan. Sama ada dalam bentuk foto atau video, terpulang kepada cita rasa masing-masing.
Sejujurnya penulis kagum dengan mereka yang bersungguh-sungguh mengabadikan kenangan Hari Raya melalui sesi fotografi. Sama ada mengupah jurufoto profesional dan mencari lokasi tertentu atau masih lagi mengekalkan pendekatan sama iaitu ke studio. Pengalaman penulis sendiri, melihat berdedai-dedai orang ramai membanjiri kedai-kedai foto di bandar sewaktu beraya di kampung halaman beberapa tahun lalu.
Kredit Foto: Google
Semua keluarga menggayakan rona sedondon atau warna dari tona yang sama. Dan selain studio fotografi, lokasi tumpuan awam turut menjadi pilihan. Tidak kurang juga yang sekadar merakamkan foto dirumah kerana lebih menjimatkan masa dan kos. Masing-masing puny acara tersendiri untuk mencipta kenangan tatkala meraikan 1 Syawal. Dan pastinya, apabila diimbas semula koleksi foto raya, pasti bikin kita tersenyum gembira dan tidak kurang juga berduka kala melihat insan yang tiada.
Kredit Foto: Google
Itulah pentingnya mencipta kenangan yang akan tersemat rapi dalam ingatan sepanjang hayat. Sekeping foto bisa mengimbau memori yang mahal harganya bagi yang benar-benar menghargainya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Keluarga 6 Rakyat Malaysia Yang Ditahan Di Penjara Narathiwat Rancang Lantik Peguam

gempak
06/11/2024
11:05 MYT
Keluarga enam rakyat Malaysia yang ditahan atas dakwaan memiliki dadah di sebuah hotel di Golok, Thailand Jumaat lalu sedang mempertimbangkan untuk melantik peguam bagi membantu mereka dalam kes itu.
Hiburan

Tomok & Siti Nordiana Berkongsi Pentas, Janji Akan Imbau Kenangan Bersama Peminat - "Ini Kali Pertama Kami Berkolobarasi Demi..."

gempak
03/11/2024
21:55 MYT
Penyanyi, Tomok dan Siti Nordiana bakal bergabung pentas buat pertama kali menerusi konsert Memori Mungkin Berulang.
Filem

‘Bromance’ Yang Berjaya! Gandingan Zul Ariffin Dan Ropie Dalam Don Dukun Ketengahkan Filem Komedi Seram Bersifat Keluarga

gempak
02/11/2024
07:50 MYT
Penerbit Gayatri Su-lin Pillai menyifatkan filem terbitannya iaitu Don Dukun adalah filem komedi seram yang sesuai untuk ditonton seisi keluarga.
Viral

“Nenek Tua Ini Menyeramkan” - Aleeya Zailan Kongsi Pengalaman Keluarga Diekori Nenek di Pusat Beli-Belah

gempak
01/11/2024
07:55 MYT
Usahawan kosmestik Aleeya Zailan telah berkongsi detik cemas apabila keluarga diekori oleh seorang nenek tua ketika mereka sedang membeli-belah di sebuah pusat beli-belah di China.
Hiburan

Shuib Bawa Keluarga Tunai Umrah, Mohon Maaf Atas Kekhilafan - "Saya Hanya Manusia Biasa Yang Tidak Terlepas Dari Dosa"

gempak
28/10/2024
07:25 MYT
Pelawak, Shuib memaklumkan dia dalam perjalanan ke Tanah Suci untuk menunaikan ibadah umrah bersama keluarganya.
Unitar