,
Read

Foto EKSKLUSIF FFM30! — ‘One Two Jaga’ Menang Besar, Datin Umie Aida Cemerlang dengan ‘DUKUN’, Dah diduga!

Public Anonymous User
31/03/2019
00:50 MYT
TEKA-TEKI filem yang bakal mengungguli anugerah perfileman tertinggi Malaysia akhirnya terjawab. Filem kritikan rakyat, ‘One Two Jaga’ diangkat sebagai Filem Terbaik pada Festival Filem Malaysia ke-30 (FFM30) yang berlangsung di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), malam tadi.
‘One Two Jaga’ turut menyapu bersih lima lagi anugerah lain, sekali gus memuktamadkan kemenangan selesa dengan menumpaskan empat filem hebat iaitu 'Dukun', 'Paskal The Movie', 'Guang' dan 'Vedigundu Passange'.
Filem arahan sutradara Namron yang membentangkan naratif hari ini — tentang isu jenayah, ketirisan wang dan kebejatan rasuah yang dilakukan oleh anggota polis yang tidak jujur ini telah berjaya menumpaskan filem-filem lain apabila teraju utamanya, Rosdeen Suboh, dinobatkan sebagai Pelakon Lelaki Terbaik. Lebih signifikan kemenangan ini kerana Namron sendiri mengukir kejayaan manis apabila trofi Pengarah Terbaik menjadi miliknya.

Sumber foto: Instagram @officialffm30

Filem ‘One Two Jaga’ turut menjuarai kategori Lakon Layar Terbaik, Cerita Asal Terbaik dan Poster Terbaik. Anugerah kemenangan telah disampaikan oleh Menteri Komunikasi Dan Multimedia, Gobind Singh Deo dengan kehadiran Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Eddin Syazlee Shith; Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS), Datuk Samsuni Mohd Nor serta Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, Ahmad Idham Ahmad Nadzri.
Siapa Lagi Pemenang Festival Filem Malaysia ke-30?
Semenjak filem ‘Dukun’ berjaya lolos menemui para pemanas kerusi sinema, ramai meramalkan teraju utamanya, Datin Seri Umie Aida berpotensi besar untuk menggondol anugerah perfileman. Ternyata telahan pemerhati industri tidak kesasar kerana Datin Seri Umie Aida akhirnya dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik.

Sumber foto: Instagram @officialffm30

Aktres berkarakter filem ‘Makrifat Cinta’ pula, Nabila Huda, berjaya menambat hati para juri lantas meraih kemenangan sebagai Pelakon Pembantu Wanita Terbaik dan manakala Hasnul Rahmat dengan lakonan mantap dalam ‘Polis Evo 2’ pula diumumkan sebagai Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik.
Anugerah Pelakon Lelaki Harapan menjadi milik Kyo Chen hasil persembahannya menerusi ‘Guang’, manakala trofi kategori Pelakon Wanita Harapan berjaya dibawa pulang oleh Jaya Ganason menerusi ‘The Farm En Veettu Thottathil’. Si cilik Eng Wei Jie pula dipilih sebagai Pelakon Kanak-kanak Terbaik menerusi ‘Rise Of The Legend: Lee Chong Wei’.
Apakah Filem Kesukaan Ramai, 'Paskal The Movie' Menang Sebarang Anugerah?
Ya, selain daripada ‘Vedigundu Pasangge’ dan ‘Busker’, Paskal The Movie turut membawa pulang Anugerah Khas Juri. Dan seperti kelazimannya, anugerah karyawan perfileman ini pasti akan mentakzimkan satu individu penting untuk diraikan sebagai tokoh istimewa. Tahun ini menyaksikan sutradara senior aka pelakon komedi, AR Badul, diraikan sebagai penerima Anugerah Karyawan Sepanjang Zaman.
Dan Inilah Bintang-bintang Karpet Merah FFM30...

DATIN DIANA DANIELLE DAN DATO' FARID KAMIL

FATTAH AMIN & NUR FAZURA

CIK PUAN JULIANA EVANS

MAYA KARIN

PUAN SERI TIARA JACQUELINA

ASHRAF MUSLIM

HAFIZUL KAMAL DAN HAIRUL AZREEN

PUTERI AISHAH

ZIZAN RAZAK

NUR SAJAT

NINA HARIZAL

MIRA FILZAH

AZREIL ISMAIL

LARISSA PING (MISS UNIVERSE 2018)

MOHD IZWAN JOHAR DAN KEISHA

KEISHA (ANAKANDA NABILA HUDA)

SUHAILA SULAIMAN DAN FAIZAL HUSSEIN

FAUZIAH DATO' AHMAD DAUD

JASMINE SURAYA CHIN

EZZATY ABDULLAH

ALYA IMAN AZMIL MUSTAPHA

BILLY ZULKARNAIN

NORMAH DAMANHURI DAN LIANA ROSLI

FURYNA AZMEER

AZIZAH MAHZAN

HASNOL RAHMAT

Berikut adalah keputusan penuh bagi kesemua anugerah yang telah dipertandingkan. Syabas buat semua!
Filem Terbaik
'One Two Jaga' (Pixel Play Entertainment)
Pengarah Terbaik
Namron ('One Two Jaga')
Pelakon Lelaki Terbaik
Rosdeen Suboh ('One Two Jaga')
Pelakon Wanita Terbaik
Datin Seri Umie Aida ('Dukun')
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik
Hasnul Rahmat ('Polis Evo 2')
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik
Nabila Huda ('Makrifat Cinta')
Pengarah Harapan
Quek Shio Chuan ('Guang')
Pelakon Kanak-Kanak Terbaik
Eng Wei Jie ('Rise Of The Legend: Lee Chong Wei')
Pelakon Wanita Harapan
Jaya Ganason ('The Farm En Veettu Thottathil')
Pelakon Lelaki Harapan
Kyo Chen ('Guang')
Anugerah Khas Juri 1
'Paskal The Movie' (Asia Tropical Films Sdn Bhd)
Anugerah Khas Juri 2
'Vedigundu Pasangge' (Veedu Production Sdn Bhd)
Anugerah Khas Juri 3
'Busker' (Astro Shaw Sdn Bhd)
Anugerah Karyawan Sepanjang Zaman
Seniman AR Badul
Anugerah Penggiat Belakang Tabir
Habsah Hassan
Filem Box Office
'Munafik 2' (Skop Productions Sdn Bhd)
Lakon Layar Terbaik
Amri Rohaiyat, Fared Ayam & Namron ('One Two Jaga')
Sinematografi Terbaik
Yeong Tuck Wei ('Guang')
Cerita Asal Terbaik
Pitt Haniff, Muhammad Syafiq & Namron ('One Two Jaga')
Kostum & Busana Terbaik
Andy Sulaiman ('Dukun')
Penataan Bunyi Terbaik
Imaginex Studio Sdn Bhd ('Pulang')
Penataan Seni Terbaik
Chan Hsien Yu ('Guang')
Kesan Khas Terbaik
Pixelpost ('Dukun')
Penyunting Terbaik
Raja Affandi Raja Jamaludin ('Dukun')
Skor Muzik Asal Terbaik :
Nick Davis ('Two Sisters')
Poster Terbaik
Jazzy Pictures ('One Two Jaga')
Lagu Tema Terbaik
Atma Jiwa, Monoloque ('Busker')
Topic Berkaitan
Must-Watch Video