,
Highlights

Enam Tahun Berjuang, Kehilangan Empat Anak – Akhirnya Allah Hadirkan Putra Kelima, Yang Pertama Lahir Ke Dunia.

Huda Hussain
05/11/2020
14:45 MYT
Lumrah dan adat berkahwin pastinya mengimpikan kehadiran cahaya mata buat pengikat kasih dan penyambung keturunan antara suami dan isteri. Dan dalam meniti perjalanan itu, tidak semuanya indah dan mudah. Ada yang bunting pelamin, ada yang perlu menanti berbelas tahun lamanya untuk hamil dan menimang zuriat sendiri. Tidak kurang juga yang diuji dengan pelbagai dugaan. Melalui episod keguguran, kehilangan dan kematian malaikat kecil ini sememangnya sukar untuk digambarkan kesedihan dan kepiluannya. Dan bagi Inirah Syazwin Mohd Razally dan suaminya, penantian untuk menimang zuriat bukan kepalang hebat ujian daripada-Nya. Ini nukilan yang dikongsikannya di laman Facebooknya.
Kredit Foto: Facebook As-syahidah Dukturah Inirah
Kerana Takdir Allah Selalu Indah.
Alhamdulillah segala kesusahan dan kesulitan terasa ringan setelah melihat wajah yang tidak berdosa. 1. Wan Muhammad Asdaq, 17w, 240g 2. Wan Muhammad Ahmas, 19w, 270g 3. Thuwaibatul Aslamiah, 20w, 290g 4. Wan Muhammad Aman, 23w, 400g
#5. WAN AHMAD DIHYAH KHALIFAH BIN WAN MUHAMMAD SILMI, 12/10/20, 37w1d, 2.78kg, baby boy
We did it! Perkenalkan putera ke lima kami, tapi yang pertama di dunia. Permulaan pada perjuangan kami untuk anak sulung di dunia ini telah selesai. Setelah hampir enam tahun perjuangan namun masih jauh perjalanan di hadapan sana. Merancang untuk hamil pada bulan Mac setelah perbincangan dengan pakar. Alhamdulillah awal bulan Mac disahkan mengandung. Indahnya takdir.
Kredit Foto: Facebook As-syahidah Dukturah Inirah
Pada awal kandungan, saya bermimpi melihat bulan mengambang. Besar dan cerah, saiznya besar dari bulan yang kelihatan di dunia ini. Pada saat tu, saya yakin Allah akan beri peluang bagi kami kali ini. Warded di HUSM selama 16 minggu, dari umur kandungan 20 minggu sehingga 36 minggu. Sempat discaj seminggu dan selamat melahirkannya pada 37 minggu. Sempat menyambut hari lahir suami di wad korporat (20 minggu hingga 29 minggu tinggal di wad korporat).
29 minggu ke atas stay dalam wad biasa. Tanpa suami menemani di wad dan waktu bersalin kerana musim Covid. Seminggu sekali saja dapat jumpa suami dan mak. Kisah Saidatina Maryam menjadi penyuluh dan penguat semangat. Beliau menghadapi saat mengandung dan kelahiran seorang diri. Hanya kepada Allah tempat bergantung dan berserah diri. Kuasa Allah! Doa termakbul apabila kandungan dapat bertahan sehingga 37 minggu. Walaupun pada usia 33 minggu terpaksa buka ikatan cerclage kerana ada kontraksi pramatang. Alhamdulillah, baby bertahan cukup bulan!
Kredit Foto: Facebook As-syahidah Dukturah Inirah
Okey, Covid gelombang ketiga awak keluar Dihyah. Saat lahirnya Dihyah ke dunia, Allah sahaja yang tahu perasaan ketika itu. Syukurnya, tanpa ucapan yang mampu diungkapkan. Dan perkara pertama yang ku ingat, adalah wajah abang-abang dan kakaknya. Mirip sekali semuanya. "Dihyah, awak ada kakak dan abang-abang, mereka tunggu kita di sana"
Mama takkan lupakan anak-anak mama yang sentiasa menunggu kami di ‘sana’. Sekali lagi diuji, belum sempat balik ke rumah, Dihyah ditahan di wad kerana jaundice. Dan sekali lagi, mama seorang diri bersama Dihyah. Belum sempat rehat mental fizikal, kena kuatkan jiwa sendiri. Air mata tumpah memberi kekuatan untuk bertahan. Sehari bagaikan seminggu. Dan memang seminggu dalam wad. Alhamdulillah hari ketujuh Dihyah boleh balik rumahhh!! Terus tahnik.
Kredit Foto: Facebook As-syahidah Dukturah Inirah
Dihyah Khalifah merupakan seorang sahabat Nabi, antara yang terawal memeluk agama Islam merupakan sahabat yang paling tampan (paling mirip wajahnya dengan baginda nabi), malaikat Jibril menyerupai beliau ketika menyampaikan wahyu kepada Nabi. Semoga Dihyah juga menjadi seorang yang soleh. Aminnn..
Ingin saya kongsikan antara amalan harian kami lakukan sepanjang mengandung. Ikhtiar kami supaya dikurniakan rezeki anak di dunia. Namun, segalanya adalah kehendak Allah jua. . 1. Selawat 500 kali setiap hari 2. Qiamullail, tahajjud, taubat, hajat, witir 3. Baca quran sebelum subuh 4. Sedekah setiap hari dan jika jumpa dengan orang susah, minta mereka doakan kandungan kita selamat 5. Al-Fatihah 41 kali selepas solat maghrib beserta doanya 6. Solat hajat 100 kali qulhuallah 7. Istighfar sebanyak mungkin 8. Membaca Al-Quran sebanyak mungkin dan dengar Qurantime sebagai pengisian jiwa 9. Solat dhuha 12 rakaat (4/6/8/10 rakaat ikut kemampuan) 9. Doalah banyak-banyak, karang ayat yang baik untuk dibaca di hadapan Allah, minta kepadanya dengan bersungguh-sungguh.
Amalan-amalan ini semua daripada nasihat-nasihat orang dan ilmuwan sekeliling. Mungkin amalan-amalan ini boleh membantu kalian juga dalam mencapai hajat kalian (jodoh, anak, harta). Semoga ia juga menjadi saham pada kami.
Kredit Foto: Facebook As-syahidah Dukturah Inirah
Selamat datang ke dunia yang penuh pancaroba ini, malaikat kecil, Dihyah. Doakan anak kami jadi anak yang soleh, dipilih Allah menjadi penolong agamaNya. Amin.... اللهم فقهه في الدين وعلمه التأويل امين
Catatan ini sebagai nukilan mama untuk mama sendiri sebagai memori terindah perjalanan melahirkan Dihyah ke dunia. Terima kasih ya Allah atas takdirMu yang terindah ini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

"Macam Kakak & Adik” - Penampilan Vanida Imran & Anak Perempuan Raih Pujian Netizen

gempak
24/11/2024
03:50 MYT
Sepotong video memaparkan pelakon, Vanida Imran bersama anak perempuan, Maryam Rashika berjaya meraih perhatian netizen.
Hiburan

Ummi Nazeera Sibuk Di Set ‘Andai Tiada Dia’, Hargai Suami Ambil Alih Tugas Jaga Anak Selama 3 Bulan – “It Makes Me So Happy”

gempak
22/11/2024
15:50 MYT
Pelakon Ummi Nazeera mencuri tumpuan warga maya apabila menzahirkan rasa terima kasih buat suami tercinta Dr Izzar Anwari.
Viral

“Tak Ada Kawan, Takut Cepat Bosan Belajar Seorang” – Anak Luah Rasa Terharu, Ibu Sanggup Sambung Belajar Demi ‘Teman’ Dalam Kelas

gempak
21/11/2024
14:55 MYT
Nekad temani anak, seorang ibu sanggup menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Kewangan Perniagaan bersama-sama.
Hiburan

“Jangan Hidup Atas Kesusahan Orang Lain” - Idzham Ismail Pesan Ibu Bapa Kena Utamakan Tanggungjawab Pada Anak

gempak
21/11/2024
12:50 MYT
Pelakon Idzham Ismail mengingatkan setiap ibu bapa perlu meluangkan masa bersama anak-anak tanpa menyusahkan orang lain.
Viral

Demi Selamatkan Anak, Ibu Maut Dig*lis Keretapi

gempak
21/11/2024
06:03 MYT
Seorang wanita maut manakala anaknya putus kaki selepas dirempuh dan digilis kereta api dalam kejadian di Kampung Petagas, Sabah, pada Selasa.
Unitar