,
Highlights

Duduk Rumah Diam-Diam Tu Dah Okey, Tapi Nafsu Makan... Alahai, Susahnya Nak Halang! Macam Mana Nak Buat Ni?

Huda Hussain
24/03/2020
15:35 MYT
Makin rancak di media sosial apabila ramai dalam kalangan netizen rajin berkongsi resipi. Almaklum sajalah, dah banyak masa yang terluang. Baik minuman viral seperti kopi dalgona, makanan pelbagai tekstur semuanya pasti menangkap mata dan menambat selera. Hinggakan kalau ada yang buntu memikirkan apa yang nak dimasak, tak perlu risau. Buka sahaja media sosial, pelbagai jenis menu dan resipi sedia menanti untuk dicuba. Tetapi apa yang menjadi kebimbangan adalah corak pemakanan yang diambil segenap lapisan masyarakat. Jika makan secara berlebihan pasti akan memudaratkan kesihatan. Maklum sajalah dah duduk di rumah, kerja apa lagi yang nak dibuat kalau tak makan kan?
Hinggakan kecoh diperkatakan netizen apabila saban hari ada sahaja menu yang dikongsi. Ada yang menyifatkan makan mewah sampai tiga ke empat lauk. Bukan itu sahaja, lengkap dengan kek, kuih-muih dan hidangan pemanis mulut yang lain. Tidak ketinggalan ada yang berpendapat makan perlu berpada-pada sementelahan kita sudahpun diingatkan berkali-kali untuk kekal berada di rumah. Malah jika mahu keluar membeli barang keperluan harian sekalipun, tidak digalakkan untuk kerap keluar bagi memutuskan rantaian jangkitan Covid-19.
Ada yang berjenaka apabila tamat tempoh PKP ini, majoriti masyarakat Malaysia akan mengalami masalah kenaikan berat badan. Dan sejujurnya saya juga seperti anda. Hanya ulang rutin yang hampir sama setiap hari. Malah tidak keterlaluan jika dikatakan nafsu makan adalah antara dorongan yang sukar dikawal. Mencabar kan? Lebih-lebih lagi kalau makanan kegemaran terbentang dihadapan mata. Sungguh mencabar keimanan dan kesabaran. Tetapi, selama mana kita semua harus bersikap begini? Apa solusi yang ada? Perkongsian Cikgu Fitness Malaysia, Kevin Zahri melalui Instagramnya ada butiran lanjut mengenai 10 jenis snek yang sihat bagi menggantikan pengambilan kalori berlebihan.
Kredit Foto: Google
  1. Granola Bars
Mengandungi kekacang, gula natural dan madu. Kaya dengan fiber, ia adalah antara sumber penting untuk mengawal nafsu makan.
  1. Potato Chips
Memang bukan pilihan snek yang sihat tetapi saya bukanlah mahu menipu asyik makan makanan yang sihat sahaja. Kerana ada masanya, jujur saya akui ada juga memakan sumber makanan yang kurang sihat. Bukan kerap tetapi pengambilannya saya kawal. Seronok juga sesekali mengunyah kepingan potato chips ni!
Kredit Foto: Google
  1. Kacang
Kaya dengan sumber protein yang fiber yang tinggi, kacang adalah antara pilihan snek sihat. Tetapi perlu diingat, kacang juga banyak mengandungi kalori. Misalnya sebutir gajus mengandungi 10 kalori. Maka dengan itu disarankan mengambil 10 biji kekacang untuk sekali makan.
  1. Kurma
Kaya dengan khasiat fiber yang membantu mengenyangkan, tetapi pengambilannya juga perlu dikawal. Kurma mengandungi 40 hingga 60 kalori dan disarankan untuk mengambilnya dalam dua ke tiga biji untuk sekali makan.
Kredit Foto: Google
  1. Buah-Buahan
Semua tahu mengenai khasiat buah-buahan. Kaya dengan vitamin, ia juga boleh dimakan bersama bijirin atau boleh dijadikan sebagai minuman seperti smoothies.
  1. Whey Protein
Salah satu snek sihat yang mengenyangkan kerana ia kaya dengan protein. Dan saya selalu mengambilnya sebelum mula bersenam.
Kredit Foto: Google
  1. Lobak Merah
Bukan sahaja baik untuk mata, lobak merah adalah antara sumber makanan yang rendah kalori dan kaya dengan fiber.
  1. Epal
Seperti lobak merah, ia juga mengandungi fiber. Tetapi bezanya adalah, epal mengandungi sumber gula semula jadi dan dalam masa sama ia juga membekalkan tenaga pada badan.
Kredit Foto: Google
  1. Biskut
Walaupun tak sihat mana, tetapi biskut mengandungi fiber yang membantu mengenyangkan perut. Tetapi bagi biskut yang berkrim dan manis, disarankan hanya mengambil dua keping untuk sekali makan.
  1. Probiotik
Minuman probiotik juga bagus untuk merangsang sistem imunisasi.
Kredit Foto: Google
  1. Aneka Bijirin
Ada bijirin yang sihat dan ada yang kurang sihat. Tetapi kebanyakkan bijirin mengandungi fiber dan juga rendah kalori.
  1. Ais Krim Sihat
Saya gemar ais krim dark chocolate kerana ia kurang gula dan pengambilannya harus berpada-pada. Cukup sekadar mahu merasa tekstur ais krim yang sejuk.
Kredit Foto: Google
  1. Madu Organik
Banyak khasiat daripada pengambilan madu. Madu organik misalnya membantu untuk stimulasi imunisasi pada tubuh. Lebih-lebih lagi dalam keadaan sekarang, bukan sahaja kita mahu mengelak daripada dijangkiti virus Covid-19 tetapi sekurang-kurangnya kita persiapkan tubuh untuk mengekangnya dengan tingkatkan imunisasi badan.
  1. Air
Pengambilan air secukupnya amat penting untuk mengelakkan kita daripada memakan atau meminum sumber yang berkalori.
Kredit Foto: Google
  1. Jus Buah-Buahan
Perahan jus daripada buah-buahan tanpa kandungan gula kerana secara semula jadinya buah-buahan sememangnya manis.
Walau apa jua yang anda makan atau minum, kawal pengambilan kalori dan cuba bersenam semampu yang mungkin untuk membakar semula kalori yang diambil. Tidaklah nanti berat badan naik mendadak dan akhirnya memberi mudarat kepada kesihatan anda.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Jarang Makan ‘Dessert’, Azizulhasni Awang Terpaksa Jamah Sebab Sambut Hari Lahir Isteri - “Saya Juga Dah Retired, So...”

gempak
09/10/2024
07:25 MYT
Legenda berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang berkongsi tidak akan menjamah pencuci mulut atau manisan sepanjang 20 tahun bergelar atlet.
Hiburan

Jaga Pemakanan & Buat Aktiviti Fizikal,  Dina Nadzir Berjaya Hilang 17 Kilogram! - “Saya Sekarang Sangat Suka…”

gempak
05/10/2024
02:55 MYT
Menurut Dina, dia tidak melakukan sebarang diet khusus namun hanya menjaga pemakanan dan banyak melakukan aktiviti fizikal.
Hiburan

"Saya Harap Dia Istiqamah" - Norman Hakim Tumpang Gembira Abby Abadi Makin Kurus, Sempat Kongsi Tips 'Eat Clean'!

gempak
18/07/2024
05:55 MYT
Aktor Norman Hakim meluahkan rasa bangga terhadap bekas isterinya yang juga pelakon, Abby Abadi berhubung imej terkini Abby yang semakin kurus.
Viral

Kahwin Dengan Aslam Ketika Masih Belajar, Misya; "Dapat Anak Pertama, Berpantang Masa Internship"

gempak
03/03/2024
14:55 MYT
Umisya Mazlan mendedahkan dirinya pernah belajar di sekolah tahfiz.
Laman Utama

“Kau Manusia Bukan Kambing,” - Kak KM Tegur Nak Diet Jangan Terlalu Cut Gula, Nanti Mulut Busuk & Rasa Lesu

gempak
30/07/2023
15:00 MYT
Jangan cut gula lebih-lebih nanti mulut busuk Kak KM kata.
Unitar