,
Read

Dari Suri Rumah Sepenuh Masa, Kini Dia Jurufoto Taraf DUNIA! Ini RAHSIA Suksesnya, Anda Perlu Baca

Public Anonymous User
15/09/2017
07:03 MYT
Oleh: Nazrah binti Mohamed

Kredit foto: Koleksi peribadi Siti Aminah

KALI pertama tulisan saya diterbitkan pada 22 Nov 2016 (Lelaki Ini Tinggalkan Gaji 5 Angka untuk Menjadi ‘Suri Rumah’, Rupanya Allah Gantikan Benda Lebih Baik), iaitu sejurus keputusan besar saya ambil demi keluarga.
Coretan saya kali ini juga masih lagi menjurus kepada pedoman kehidupan untuk perkongsian kepada umum; namun kali ini saya memilih seorang IBU dan juga wanita yang berkerjaya tetapi kehidupan berubah 180 darjah selepas kelahiran anak hasil perkahwinan kedua beliau.

Kredit foto: Koleksi peribadi Siti Aminah

Wanita yang dimaksudkan ialah Siti Aminah binti Mohamed Ramli, atau lebih dikenali sebagai Min Mohd. Beliau kini merupakan seorang suri rumahtangga sepenuh masa, tetapi dengan izin Allah, berkat kecekalan dan keikhlasan beliau dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai ibu dan isteri, diiringi dengan minat beliau yang amat mendalam dalam bidang fotografi, kini beliau sebaris dengan jurufoto terkemuka di dunia.
Paling membanggakan, beliau merupakan satu-satunya wanita Melayu yang pertama dan tunggal terpilih sebagai artis Offset by Shutterstock yang berpangkalan di New York, USA.
Portal ini bukan calang-calang portal, ia dipilih secara ketat sebelum menjadi artis mereka. Hasil dan mutu kerja adalah keutamaan. Kelebihannya, menjadi artis Offset ialah mendapat akses kepada organisasi besar yang melanggan 'digital print' dengan harga yang lumayan.

Bagaimana Segalanya Bermula?
Setiap kejadian dalam hidup pasti ada titik mula, bagi Min Mohd segalanya bermula apabila beliau mula memulakan kehidupan baru dengan perkahwinan keduanya dan menimang cahaya mata setelah hampir 10 tahun.
Titik tolak untuk melepaskan kerjaya yang dibina sejak tamat SPM, bukanlah perkara yang mudah. Setiap wanita berkerjaya mahukan wang dan kehidupan mewah sendiri. Taraf hidup yang semakin menekan membuatkan beliau sering kali serba salah untuk meninggalkan alam pekerjaan.
Hebatnya naluri seorang ibu tidak dapat dibendung seperti dibentak-bentak agar meninggalkan kerjaya ini. Hati kecil ibu sering sayu menatap bayi yang baru mengenali dunia dan masih menyusu badan membuatkan Min Mohd bertanya kepada dirinya sendiri; apa sebenarnya yang ingin beliau cari?
Ditambahi lagi dengan pelbagai berita kelalaian yang menyebabkan kematian dalam kalangan bayi, menambahkan lagi maha hebat rasa untuk berhenti kerja dan menjaga anak dengan tangan sendiri.

Kredit foto: Koleksi peribadi Siti Aminah

Apabila Fikiran Jadi Tidak Keruan…
Anak kecil ini sering kali dahagakan kasih sayang ibunya, lirikan mata anak kecil sering terimbas ketika beliau di pejabat. Syukur, Min Mohd mendapat perhatian daripada Ketua Jabatannya. Namun, bagi seorang ibu yang bekerja antara lapan jam hingga 10 jam sehari di pejabat, mana mungkin beliau dapat berikan sepenuh perhatian 100% kepada bayi ini.
Badan akan menjadi lemau setelah seharian di pejabat. Serta keadaan trafik di Kuala Lumpur yang tidak dijangka memeritkan lagi kesulitan yang sedia ada. Kadangkala beliau pernah tertidur bersama bayinya hingga pagi; tika bangun pagi untuk bekerja semula hati pasti sayu kerana terpaksa ditinggalkan kepada penjaga.

Kredit foto: Koleksi peribadi Siti Aminah

Sesungguhnya inilah dilema bagi setiap wanita dan ibu berkerjaya, mujur suami Min Mohd tangkas mengatur rutin rumah. Tapi sampai bila?
Masa terus berdetik, hingga satu ketika beliau bulat hati memilih untuk menjadi suri rumah sepenuh masa. Skeptikal masyarakat kita, memang layak ibu dan isteri berada di rumah. Tapi peralihan zaman, tidak boleh menidakkan sumbangan wanita dalam pembangunan negara hari ini.

Kredit foto: Koleksi peribadi Siti Aminah

Kusangka Panas Hingga ke Petang…
Keputusan ini amat besar, memandangkan segala keperluan rumahtangga semakin mahal, anak-anak lain masih bersekolah dan terus meningkat usia. Tetapi Min Mohd amat yakin bahawa rezeki Allah SWT itu amat luas.
Segala kesenangan dan kemewahan yang pernah dititip takala berstatus wanita kerjaya kini mula meninggalkan dirinya. Segala aturan perbelanjaan terpaksa dicatu dan dibeli mengikut kemampuan. Kereta kesayangan juga terpaksa dilepaskan demi menampung kelangsungan hidup. Bagi Min Mohd, ini adalah ujian bagi mereka yang sabar.

Kredit foto: Koleksi peribadi Siti Aminah

Minat Min Mohd dalam bidang fotografi yang selama ini suam-suam kuku kini mula diperkemaskan. Maka tercetuslah idea untuk merakam setiap momen bayinya. Setiap hari beliau memperkemas tetapan kamera DSLRnya dan mula melihat dari mata seninya.
Semua ini tidak datang dengan sendiri, beliau mula merujuk kepada YouTube, blogger fotografi dan majalah fotografi bagi memantapkan lagi kemahiran beliau. Terutamanya, teknik-teknik membaca cahaya dan masa ketika mengendali kamera DSLR.

Kredit foto: Koleksi peribadi Siti Aminah

Berhabis Wang Simpanan Untuk Belajar Fotografi, Dia Nekad!

Semakin beliau membuka mata mata kepada teknik dan pengolahan fotografi yang baik semakin beliau merasa tidak puas. Justeru, beliau mengeluarkan sebahagian wang simpanannya untuk menghadiri beberapa kursus fotografi secara ‘online’ daripada jurufoto terkenal antaranya Summer Murdock di mana kursus fotografi ‘online’nya terjual habis dalam masa 36 saat! Yuran yang amat mahal dan peluang yang terhad membuatkan Min Mohd lebih bersungguh untuk mendalami teknik fotografi dan suntingan fotografi.

Kredit foto: Koleksi peribadi Siti Aminah

Mujur, suami mempunyai minat yang sama. Berbalik kepada Projek 365 ini, ternyata segala penat jerih dan pengorbanan daripada segi wang ringgit membibitkan hasilnya. Salah satu ‘capture digital’ beliau telah mendapat perhatian daripada Offset yang berpangkalan di New York. Mereka meminta Min Mohd untuk menghasilkan lebih banyak lagi tema kekeluargaan dan jarang dilakukan (rare) untuk dimasukkan pada katalog mereka.

Kredit foto: Koleksi peribadi Siti Aminah

Ini merupakan peluang keemasan, tekad beliau menghabiskan Projek 365 telah mendatangkan satu durian runtuh apabila nama beliau kini terpilih untuk menjadi artis kepada Offset, iaitu Jurufoto Profesional Bebas yang mana setiap pembelian digital akan dibayar.

Percaya atau tidak, jumlahnya adalah dalam USD!

Syukur beliau kepada Allah SWT kerana diberikan kepadanya, suami dan keluarga yang amat menyokong minatnya.
Ayuh Lihat Hasil Kerjanya di Sini:
Link: https://www.instagram.com/minmohd/
Link: https://www.offset.com/artist/Min+Mohd
Link: https://www.facebook.com/pg/minmohdphotography/posts/?ref=page_internal#

Kredit foto: Koleksi peribadi Siti Aminah

Hasil digital beliau menerima pengiktirafan daripada jurufoto terkenal dunia dan mula dimuatnaik dalam blog-blog dan majalah di serata dunia; antaranya:
Link: https://projectluminance.com/2017/01/31/january-2017/
Kejayaan demi kejayaan mula mendatang menjengah hidup Min Mohd, hasil digitalnya kita mula menarik minat beberapa syarikat termuka dunia antaranya yang terkini Abbot Malaysia. Ini memberikan satu suntikan kepada beliau untuk menghasilkan hasil kerja yang lebih kualiti namun mengekalkan mesej utamanya iaitu KEKELUARGAAN.
Ini Satu Cabaran Buat Jurufoto Wanita
Setiap bidang yang diceburi pastinya akan ada cabarannya terutama bidang yang memang didominasi oleh kaum Adam. Namun beliau cekal untuk menyampaikan mesej dan hasil seninya kepada umum kerana fotografi ini juga seni. Tiada erti kata seksis, yang mana lelaki adalah pengendali terbaik dalam menggunakan gajet kamera digital.

Kredit foto: Koleksi peribadi Siti Aminah

Itulah cabaran buat Min Mohd dalam memperjuang nilai seni yang mengalir dari lensa DSLRnya. Kini, ramai wanita berazam tinggi untuk memecah dominasi lelaki, kelebihan wanita adalah mereka mempunyai JIWA dan dari JIWA ini zahirnya EMOSI yang menggerakkan setiap NALURI manusia untuk menghayati hasil SENI FOTOGRAFI.
Masyarakat umumnya, hanya memandang fotografi ini hanyalah PERNIAGAAN, tidak kepada MOMEN SENI. Lihat sahaja kini, ramai jurufoto yang mementingkan aspek komersil dan tidak mendidik orang awam akan pentingnya hasil seni sesuatu kerja FOTOGRAFI. Lantaran, sering kedengaran jumlah bayaran yang MAHAL atau tidak SETIMPAL dengan HASIL KERJA.

Kredit foto: Koleksi peribadi Siti Aminah

Kenapa Wanita Ini Nekad Memilih Seni Fotografi?
Bagi Min Mohd, SENI itu adalah JIWANYA, MUTU KERJA adalah KEPUASANNYA; maka beliau akan memastikan setiap hasil kerjanya menjadi momen-momen ISTIMEWA buat klien-kliennya. Justeru Min Mohd amat selektif dalam memilih skop dan kerja dengan klien-kliennya.
Beliau teliti kerana semua itu memerlukan beliau mengorbankan masa untuk bersama anak-anak dan suami. Maka pengorbanan itu dibayar dengan harga. Bagi Min Mohd, rezeki adalah datang daripada Allah SWT dan beliau tidak kisah jika prospek beliau menolak dengan tawaran beliau. Kerana bagi dirinya, KERJA itu AMANAH, dan AMANAH amat tinggi NILAINYA. Malah tiada harga yang mungkin dinilai dengan WANG RINGGIT.
Apabila disebut KUALITI, fahamilah sesungguhnya untuk menghasilkan sesuatu yang terbaik ia memerlukan PENGALAMAN dan PENDEDAHAN yang luas, maka di situ wang dan masa telah banyak dilaburkan oleh Min Mohd bagi memastikan MUTU dan hasil kerja yang berKUALITI.

Ini Nasihat Beliau Kepada Semua Peminat Fotografi
Nasihat Min Mohd kepada pembaca dan peminat bidang fotografi, usah lihat bidang ini sebagai lubuk emas untuk membuat duit sahaja. Anggap ia sebagai satu IBADAH dan TANGGUNGJAWAB, kerana dengan itu minat dan kesungguhan akan melahirkan mutu kerja yang kita sendiri tidak terjangka.
Percaya kepada ALLAH SWT, minta kepada-Nya jika mengalami kesulitan kerana sesungguhnya kepada Allah sahaja kita dapat mencari jalan keluar. Dunia fotografi ini luas, betul kita memahami konsep teknikal namun umumnya cabang seni itu luas. FOTOGRAFI KEKELUARGAAN masih kurang diminati, tetapi ia merupakan konsep yang paling MOMEN dalam hidup seseorang!
Bagi wanita bekerjaya dan suri rumahtangga, perlu ingat, usah menganggap terlewat untuk memulakan sesuatu yang terbaik untuk diri kita. Ramai jutawan dan kenamaan di dunia bermula pada lewat usia dan usah menganggap tiada pencapaian pendidikan tinggi bererti kita gagal dan tidak berjaya. Kita adalah WIRAWAN buat diri kita sendiri, jika kita tidak mengenal pasti dan berusaha untuk berubah kita akan terus di takuk lama.

PERCAYALAH, JANJI ALLAH ITU PASTI KEPADA YANG BERUSAHA UNTUK BERUBAH!

Kredit foto: Koleksi peribadi Siti Aminah

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Unitar