,
Read

“Dah Lah Muka Terbakar, Jahat Pula Tu” — BRONT PALARAE Dedah Sisi Gelap Watak Jahatnya dalam GUNDALA

Athirah Zulkifli
23/12/2019
11:19 MYT
Sebuah cerita superhero Indonesia bakal menemui penonton di Malaysia pada 26 Disember ini. Filem adiwira ini diarahkan oleh pengarah terkemuka Joko Anwar, yang sebelum ini terkenal dengan filem blokbuster, Pengabdi Setan dan Janji Joni.
Gundala ialah adaptasi daripada karakter komik pertama dari Indonesia, karya Harya “Hasmi” Suraminata yang diterbitkan oleh Jagat Sinema pada tahun 1969. Komik ini mendapat sambutan hebat daripada para pencinta komik di Indonesia dan telah diterbitkan sebanyak 23 edisi sehingga tahun terakhirnya pada 1982.
Filem edaran Legacy Pictures dari Indonesia ini merupakan terbitan bersama Screenplay Films dan BumiLangit Studios.

Kredit foto: ECHOLALIAPICTURES

Filem ini dibintangi pelakon hebat seperti Abimana Aryasatya, Tara Basro, Ario Bayu, Cecep Arif Rahman, Rio Dewanto dan Muzakki Ramdhan. Tidak ketinggalan, pelakon berbakat besar dari Malaysia, Bront Palarae yang turut membintangi filem ini dan memegang watak antagonis utama.
Menarik tentang penghasilan kostum filem ini, mereka bekerja sama dengan pereka kostum dari Amerika Syarikat iaitu Quantum Creations FX yang telah menghasilkan kostum bagi filem-filem terkenal seperti Dare Devil, Supergirl, The Hunger Games, Star Trek dan Iron Man. Bagi, efek visual filem ini, ia dihasilkan oleh Anibrain VFX, India yang terlibat dalam pembikinan filem Doctor Strange, Guardians of Galaxy Vol 2, Fantastic Beast dan banyak lagi.

Kredit foto: ECHOLALIAPICTURES

Gundala digambarkan sebagai watak adiwira yang mampu mengalahkan musuh dengan kekuasaan istimewa yang diperoleh daripada sumber petir. Buku komik Gundala akan berada di pasaran bermula 26 Disember 2019 di kedai buku MPH yang terpilih.
Sinopsis:
Filem ini mengisahkan mengenai Sancaka yang hidup di jalanan sejak kecil setelah ditinggalkan oleh ibu-bapanya. Kesulitan hidup membuatkan Sancaka sering memikirkan bagaimana dia harus bertahan untuk meneruskan kehidupan.
Ketika keadaan semakin buruk, Sancaka perlu memilih untuk hanya melindungi dirinya sendiri atau bangkit menjadi pahlawan membantu mereka yang ditindas.
Kredit foto: ECHOLALIAPICTURES
Bront Palarae Bagi Sebab - Sebab Anda Perlu Tonton Filem GUNDALA:
“Ini adalah cerita superhero yang bercerita rasa kita Nusantara iaitu Melayu. Filem ini disulami aksi, ada kelakar, sedih dan segala macam elemen tapi masih sebuah filem yang memberi makna dan memberi sesuatu yang unik.
Jadi, anda boleh membawa keluarga untuk menonton Gundala. Di samping itu, filem Gundala boleh dijadikan sumber inspirasi bagi pembuat filem tempatan untuk menghasilkan filem komersial yang mempunyai pengisian pengajaran yang baik di samping menghiburkan penonton dengan penggunaan lawak jenaka.
Bukan hanya filem itu dinilai, malah pelakon hebat yang menjayakan watak dalam filem GUNDALA juga turut menjadi perhatian. Ini adalah sesuatu yang sangat saya banggakan kerana diberi peluang untuk membawa peranan sebagai PENGKOR dalam filem ini.
Bagi rakyat Indonesia, GUNDALA ialah hero ikonik dan PENGKOR villain ikonik. Semoga penonton Malaysia boleh menerima baik filem ini.”
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Terkini

Muaz Zabir Sifatkan Pakaian Sedondon Dengan Bella Astillah Sebagai 'Kebetulan' - "Kami Tak Pernah Merancang"

gempak
19/09/2024
07:25 MYT
Pelakon, Muaz Zabir menerangkan bahawa pakaian warna sedondon yang sering digayakannya bersama Bella Astillah hanyalah satu kebetulan.
Hiburan

Ammar Alfian Tak Suka 'Fatfluencer', Selar Pempengaruh Cuba Terapkan Penerimaan Badan Gemuk - "Cakap Sahaja Awak Tu Malas"

gempak
19/09/2024
05:55 MYT
Pelakon Ammar Alfian menzahirkan rasa kurang senang dengan pempengaruh berbadan gemuk.
Filem

Paling Seram Dan Mendebarkan, Ini Filem-Filem Berkisarkan Dukun Yang Pernah Menghantui Penonton

gempak
18/09/2024
18:55 MYT
Tidak dinafikan filem genre seram seperti syirik menarik untuk ditonton kerana sering memaparkan babak-bakak di luar kotak.
Filem

Baik Punya Ah Long: Chew Kin Wah Syukur Ditawarkan ‘Job’ Sewaktu Pandemik - “Shoot Filem Ini Bukan Mudah..”

gempak
18/09/2024
12:25 MYT
Umum mengetahui, sewaktu pandemik, para pemain industri seni hiburan tempatan tidak kira sama ada pelakon, penyanyi, pengarah sehinggalah kru belakang tabir ‘diharamkan’ bekerja mencari rezeki.
Hiburan

Yayan Ruhian Tak Kejar Bayaran Tinggi, Akui Selesa Bekerja Di Malaysia Sebab Beto Kusyairy - "Persahabatan Lebih Besar Daripada Nilai Wang"

gempak
18/09/2024
09:55 MYT
Pelakon dan jaguh persilatan kelahiran Indonesia, Yayan Ruhian menjelaskan bahawa dirinya sanggup bekerja di Malaysia sekiranya disuruh bergandingan bersama Beto Kusyairy.