,
gaya hidup

Cabaran Bersalin Waktu Pandemik – Para Ibu Harus Kuat Mental Dan Spiritual. Jihad Bertarung Nyawa, Moga Dipermudahkan-Nya.

Huda Hussain
14/08/2021
06:04 MYT
Rentetan pemergian Allahyarhamah Siti Sarah Isnin lalu, pasti ramai para ibu atau bakal ibu khususnya yang sedang sarat hamil dilanda gundah. Risau, bimbang memikirkan pelbagai perkara. Apatah lagi dengan peningkatan kes kematian dalam kalangan wanita hamil menambahkan lagi kerisauan.
SOP Ketat Berdasarkan pengalaman penulis sewaktu melalui detik melahirkan anak ketika PKP 2.0 awal Januari lalu jujur diakui banyak ujian dan cabarannya. Jika sebelum ini suami dibenarkan menemani isteri di bilik bersalin, tetapi dek kerana Covid-19, kebenaran itu tidak lagi diizinkan. Kecuali jika ibu mahu melahirkan anak secara pembedahan dan itupun suami perlu menjalani swab test. Ini berdasarkan apa yang penulis maklum mengenai prosedur yang ditetapkan oleh pengurusan Hospital Canselor Tuanku Muhriz Pusat Perubatan UKM. Sementelah terpaksa melahirkan secara Emergency Cesarean delivery (C-section), dek kerana lebih 15 jam berada di bilik bersalin, lalu ditakdirkan penulis mengalami demam panas.
Kredit Foto: Huda Hussain
Dan kurang 24 jam selepas bersalin, swab test perlu dilakukan bagi memastikan penulis tidak dijangkiti Covid-19. Lantas selagi keputusan makmal belum diperoleh, penulis ‘dilayan’ seperti pesakit yang positif Covid-19. Dalam pada kesakitan dek kerana melahirkan, penulis perlu gagahkan diri bergerak mengambil makanan yang diletakkan di atas troli makanan berhampiran pintu.
“Maaf ya puan, result belum keluar lagi. Jadi saya tak boleh kerap keluar masuk bilik puan,” ujar jururawat yang lengkap menyarung sut PPE sambil melakukan sanitasi pada kedua belah tangan. Memahami kondisi ketika itu, mahu atau tidak perlu gagahkan juga diri untuk bergerak perlahan-lahan. Mana lagi sakit pada bahagian perut, sakit belakang kesan pengambilan epidural, sungguh menguji.
Kredit Foto: Huda Hussain
Itu pengalaman yang penulis lalui sendiri. Tidak pasti pula jika para ibu melalui episod sama. Mungkin lain hospital, lain prosedurnya. Tetapi secara tidak langsung ia mengajar kita supaya lebih kuat, cekal dan tabah. Dan usai keputusan ujian makmal diterima, syukur kerana ia bukanlah petanda positif Covid-19. Sebaliknya cuma Maternal Pyrexia. Demam yang lazimnya dialami wanita ketika dibilik bersalin dek kerana perubahan suhu bilik dan suhu badan, lebih-lebih lagi apabila terlalu lama melalui proses kontraksi.
Tiada Istilah Waktu Melawat Pelawat tidak dibenarkan memasuki wad bersalin walaupun pada waktu melawat susulan pandemik Covid-19 sejak tahun lalu. Malah suami atau hanya seorang pelawat dibenarkan untuk menghantar, mengambil barang ataupun urusan tertentu. Jika melebihi seorang dibenarkan sekalipun, ia mengikut budi bicara pengawal keselamatan yang bertugas.
Kredit Foto: Google
Itulah kekangan yang dihadapi di mana-mana hospital pada waktu pandemik ini. Tiada lagi kemeriahan menerima kunjungan pelawat yang silih berganti seperti dahulu. Apakan daya, bagi mengelakkan risiko dijangkiti virus berbahaya ini semua itu perlu dipatuhi.
Apa-apapun para ibu perlu siapkan mental dan spiritual untuk melalui proses kelahiran waktu pandemik ini. Walaupun sukar, payah dan sulit yakinilah ada hikmah disebaliknya. Inilah jihad kita yang dijanjikan syurga andai ditakdirkan menyahut seruan Ilahi kala bertarung nyawa melahirkan hamba-Nya. Luangkan waktu yang ada dengan memperbanyakkan zikir dan doa mohon agar semuanya dipermudahkan. Insya-Allah, Dia sentiasa ada bersama.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Dr Say Triggered Lelaki Cetek Akal Ugut Kahwin Lain Sebab Bersalin Ceaser - “Hang Patut Bersyukur Isteri & Anak Hang Masih Hidup Bro, Dungu"

gempak
29/08/2024
02:50 MYT
Doktor selebriti dan personaliti media sosial, Dr Say meluahkan rasa kesal dengan kisah tular seorang lelaki yang bertindak mengugut untuk berkahwin lain hanya kerana isterinya memilih untuk bersalin menggunakan kaedah pembedahan (czer).
Viral

Bersalin Cara Czer, Suami Ugut Isteri Nak Kahwin Lain - "Tak Nak I Dapat Wife Rosak"

gempak
27/08/2024
11:55 MYT
Tidak semua suami mampu menghargai pengorbanan seorang isteri.
Viral

Dah Ada 44 Orang Anak, Wanita Ini Disarankan Terus Bersalin Lagi Jika Tidak ...

gempak
18/08/2024
14:55 MYT
Mariam, wanita berasal dari Uganda yang kini sedang mencuri perhatian warganet seluruh dunia.
Gaya Hidup

#FOODIESLIFE: Ibu Hamil Boleh Makan Udang? Ini Penjelasannya

gempak
11/08/2024
13:55 MYT
Adakah wanita yang sedang mengandung boleh menikmati makanan laut itu? Ini penjelasannya:
Hiburan

Dua Kali Bersalin Secara Ceaser, Shila Amzah Tak Mungkin Hamil Lagi – “Ia Agak Berisiko, Usia Saya Juga Akan Mencecah…”

gempak
07/08/2024
21:55 MYT
“Cukup lah, dah sepasang” demikian kata penyanyi Shila Amzah apabila ditanya mengapa berhasrat untuk tidak mahu menambah cahaya mata lagi.