Highlights
“Bukan Nak Merungut, Tapi Memang Panas Cuaca Dua Tiga Hari Ni” – Allahu, Ini Baru Panas Dunia…
Negara kita memang terkenal dengan cuaca panas dan lembap sepanjang tahun. Kerana kedudukan geologi dan Ciri-ciri iklim Malaysia mempunyai suhu yang seragam, kelembapan yang tinggi dan hujan yang banyak. Sungguhpun demikian, ada ketikanya negara kita mengalami musim kemarau. Dan ia dirasai sejak beberapa hari ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan fenomena cuaca panas yang melanda Malaysia ketika ini akan berlanjutan sehingga bulan depan. Manakala suhu pula boleh mencecah sehingga 36 darjah Celsius di sesetengah negeri.
Kredit Foto: Google
Panas? Ya, hinggakan apabila malam pun panas. Malah, selepas mandi sekalipun, boleh berpeluh walaupun tidak melakukan kerja-kerja berat. Tekak pula rasa kering dan cepat haus. Penulis yakin, situasi hampir sama dialami semua.
Dan apabila berbicara mengenai cuaca panas, ada dalam kalangan kita yang berhadapan dengan situasi keletihan haba dan strok haba. Tetapi tahukah anda terdapat perbezaan antara kedua-duanya?
Strok Haba
Strok haba atau dikenali sebagai Heat Stroke berlaku apabila sistem tubuh tidak dapat mengawal secara normal. Badan akan mengalami kenaikan suhu mendadak selain turut mengalami kegagalan berpeluh. Suhu badan individu yang mengalami strok haba selalunya akan naik sehingga 41°C atau lebih dalam masa 10 hingga 15 minit. Malah, strok haba sekiranya tidak dikawal boleh menyebabkan kematian atau hilang keupayaan kekal. Berikut adalah tanda-tanda awal strok haba yang perlu anda ketahui:
- Kerap sakit kepala.
- Mudah hilang fokus.
- Lidah menjadi bengkak.
- Suhu badan melebihi 39°C.
- Nadi berdenyut laju.
- Kulit kering dan kemerah-merahan.
- Badan tidak berpeluh.
- Badan lesu dan kerap pengsan.
- Tekanan darah rendah.
Kredit Foto: Google
Langkah Pencegahan Strok Haba- Pastikan anda mengambil langkah pencegahan yang mencukupi.
- Banyakkan minum air atau minima 2.5 liter sehari.
- Kurangkan aktiviti luar jika cuaca terlalu panas.
- Pakai pakaian yang diperbuat daripada 100% kapas kerana bahan itu membenarkan penyejatan peluh yang maksimum.
- Pakai topi dari bahan kapas kerana lebih 40% daripada kehilangan haba berlaku di bahagian kepala.
- Elakkan berjalan atau lakukan aktiviti di atas permukaan panas seperti simen dan bitumen.
Kredit Foto: Facebook Public Health Malaysia
Must-Watch Video