,
gaya hidup

ANAK SULUNG Sentiasa Ada Tempat Istimewa di Hati Ibu – Awak Mengajar Banyak Perkara dan Pengalaman.

Afiza Kamarulzaman
08/01/2021
12:55 MYT
Kelahiran anak pertama pastinya dinanti penuh keterujaan buat ibu dan ayah. Inilah pengalaman pertama menimang cahayamata sendiri. Pasti banyak yang harus dibelajar untuk memberi yang terbaik kepada anak itu. Anak sulung akan memberi pengalaman menakjubkan sebagai ibu dan ayah baru.
Justeru, tidak hairanlah jika kebanyakan anak sulung akan kekal menjadi ‘anak emas’ ibu dan ayahnya. Bukan tidak sayang anak-anak yang lain tetapi kenangan yang ditinggalkan anak sulung adalah yang ‘istimewa’ dan ‘eksklusif’. Namun, kebanyakan anak sulung akan berasa sebaliknya apabila hadir adik baru.
Bagi anak sulung, kelahiran adiknya menjadikannya terpinggir. Ibu dan ayah mula beralih perhatian. Kalau dulu segala-galanya tentang dia, tidak perlu berkongsi kasih. Namun, setelah ibu melahirkan anak ke dua, tiga dan seterusnya, anak sulung berasakan dirinya sudah mula dipinggirkan. Apatah lagi, jika setiap perbuatannya ada saja mengundang kemarahan ibu ayah.
Kredit Foto: Google
Perhatikan Emosi Anak Sulung Selepas Mendapat Adik
Ingat ya ibu ayah, selepas memiliki anak kedua dan seterusnya, pastikan ditinjau juga perubahan diri dan emosi anak pertama. Jangan diabaikan si kakak atau abang itu hanya kerana berasakan mereka sudah cukup besar untuk menguruskan diri dan kerana sibuk menguruskan si kecil.
Terjadi banyak kes anak pertama mengalami depresi dan emosi tidak stabil (walaupun masih kanak-kanak) hanya kerana berasakan perhatian dan kasih-sayang dirampas serta-merta oleh si adik. Ini bukan salah anak pertama atau anak yang baru dilahirkan itu, tetapi ibu dan ayahlah yang harus bertanggungjawab atas semua itu.
Menjadi tugas ibu dan ayah untuk menerapkan emosi sihat dan positif kepada anak sulung dengan kehadiran ahli keluarga baru. Pastikan mereka tidak rasa terpinggir dan kesunyian dengan kesibukan kalian menguruskan kelahiran baru. Cari ilmu dan bersedialah sebaik mungkin sebelum menyambut kelahiran anak baru.
Kredit Foto: Google
Perkara Perlu Ambil Berat Jika Lahir Anak Ke dua:
  • Buat persediaan yang lengkap (fizikal dan mental) sebelum menyambut kelahiran anak baru supaya tidak kelam-kabut dan menjadikan kamu stres untuk menguruskan anak lebih seorang.
  • Keraplah memberitahu atau ‘udpate’ anak sulung akan kelahiran adiknya. Ketika masih mengandung lagi, terapkan rasa sayang anak itu kepada adiknya supaya dari awal sudah ada ‘ikatan’.
  • Ingatkan anak sulung akan tanggungjawabnya kepada adik secara perlahan-lahan.
  • Apabila anak ke dua lahir, ingatkan kepada diri untuk sentiasa bersikap adik dan seimbang kepada kesemua anak.
  • Libatkan anak pertama dalam apa saja aktiviti yang melibatkan anak ke dua itu seperti ketika dia mandi, menyusukan dan lain-lain.
  • Tunjukkan contoh bagaimana melahirkan rasa sayang dan tanggungjawab anak pertama kepada bayi seperti cara menyusukan, membelai dan mendodoikan adiknya.
  • Jangan marah melulu anak pertama jika berlaku pertelingkahan antara anak-anak. Tanyakan betul-betul apa yang berlaku sebelum bertindak. Tidak semua kesalahan harus diletakkan kepada anak sulung.
  • Jika perlu, minta bantuan orang luar untuk sama-sama menjaga anakmu, terutamanya mengisi kekosongan anak sulung itu seperti atuk neneknya atau pengasuh.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Tyra Kamaruzzaman Bakal Timang Anak Perempuan - “It’s A Girl..”

gempak
17/09/2024
07:25 MYT
Pempengaruh Tyra Kamaruzaman mengumumkan bakal menimang anak perempuan tidak lama lagi.
Hiburan

“Janganlah Sesuka Hati Pegang Anak Orang, Minta Izin Dulu” – Erra Fazira

gempak
14/09/2024
06:55 MYT
Pelakon dan pengacara jelita, Erra Fazira meluahkan rasa kurang senang apabila timbul isu berkaitan kanak-kanak menjadi mangsa amang seksual fizikal seperti yang tular baru-baru ini.
Hiburan

Syamsul Yusof Kembali Kepada Pangkuan Ibu Bapa

gempak
11/09/2024
15:45 MYT
Pengarah dan pelakon terkenal, Syamsul Yusof akhirnya kembali ke pangkuan keluarganya.
Hiburan

Da’i Syed Tidur Jam 7 Sebab Jaga Anak, Kongsi Pengalaman Tanam Uri - “Jaga Nour Punya Fasal”

gempak
18/08/2024
00:55 MYT
Umum mengetahui isteri kepada pendakwah bebas dan selebriti Da’i Syed iaitu pengacara Hana Ismail telah selamat melahirkan cahaya mata pertama mereka pada Rabu.
Hiburan

Syahrini Selamat Bersalin Pada Usia 44, Kongsi Tarikh Lahir Sama Dengan Anak

gempak
02/08/2024
03:55 MYT
Penyanyi Syahrini sedang berbahagia memegang status ibu selepas selamat melahirkan anak sulung hasil perkahwinan dengan Reino Barrack.