,
gaya hidup

Allahu… Baru Sejam Lahir, Bayi 24 Minggu Jadi Korban Termuda Covid-19. Ibu Hamil, Amati Pesanan Doktor Ini.

Huda Hussain
26/07/2021
06:01 MYT
Saban hari ada sahaja kes kematian yang melibatkan bayi. Sama ada yang terpaksa dilahirkan kerana ibu positif Covid-19 (bayi pramatang) ataupun yang baru saja lahir melihat dunia. Tidak kurang juga banyak kes yang merekodkan kematian ibu sarat hamil juga ibu yang baru sahaja melahirkan bayi menjadi korban Covid-19.
Jika sebelum ini kita digemparkan dengan kes kematian bayi berusia 38minggu meninggal dunia akibat pandemik, baru-baru ini khabar lebih duka menghiris hati diterima. Berdasarkan perkongsian Dr Ahmad Samhan, dahulunya Pegawai Perubatan Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Kuala Lumpur yang aktif berkongsi kisah kehidupan masyarakat, perubatan dan isu-isu semasa menitipkan muat naik ini. Tulisnya:
Kredit Foto: Facebook Ahmad Samhan
Baru sejam melihat dunia. Bayi yang baru berusia 24 minggu hanya mampu bertahan sejam sebelum menghembuskan nafas terakhir akibat covid. Sayunya hati.
Anak kecil ini menjadi antara korban termuda sejak pandemik Covid-19 melanda negara. Ibunya masih dirawat di HTAR kerana positif covid-19 manakala lima anak mereka masih lagi dikuarantin di rumah. Jenazah anak Nur Firdaus diuruskan dan dikebumikan oleh sukarelawan Unit Khas Van Jenazah di Tanah Perkuburan Selat Klang di Sungai Sireh dekat Klang.
Sama-sama kita doakan supaya keluarganya tabah, diberi ganti yang lebih baik dan bayi tersebut dapat memberi syafaat kepada ibu bapanya di akhirat kelak.
Kredit Foto: Google
Pesan saya, ibu hamil jagalah kesihatan dan jangan benarkan sesiapa pun datang melawat di rumah. Jika perlu keluar bekerja, pastikan pakai pelitup muka berganda, kerap basuh tangan dan jaga penjarakkan sosial demi mengelakkan ibu dan anak dalam kandungan dari dijangkiti covid.
Benar, ajal dan maut bukan dalam genggaman kita. Waima cepat atau lewat, semuanya telah tertulis oleh-Nya. Tetapi melihat kepada corak peningkatan kes Covid-19 lebih-lebih lagi dengan penyebaran varian Delta, pasti ada sesuatu yang boleh kita lakukan sebagai ikhtiar untuk mencegah dan mengurangkan risiko daripada dijangkiti dengan izinNya. Moga apa yang kita telah amalkan, pengambilan vaksin dan kekal berada dirumah misalnya mampu membantu bagi mencegah daripada dijangkiti virus berbahaya ini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Individu Geram Dengan Sikap Ibu Bapa Pentingkan Diri Sendiri, Pilih Tempat Percutian Tanpa Fikir Keselesaan Anak - “Tak Faham Kenapa Mereka Bebal Macam Tak Ada Otak…”

gempak
19/09/2024
21:55 MYT
Tular di aplikasi X, seorang individu meluahkan rasa berang terhadap sikap segelintir ibu bapa zaman sekarang yang mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan tentang anak-anak.
Berita

Kematian Al Fateh: Pengasuh Menangis Teresak-Esak Di Kandang Tertuduh

gempak
13/09/2024
04:24 MYT
Seorang wanita yang didakwa membunuh bayi lapan bulan Muhamad Al Fateh Amri Mohd Fikry Amri di sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska) di Taman Kelemak Utama minggu lalu, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Alor Gajah hari ini.
Berita

Mahu Heret Pengusaha Taska Ke Muka Pengadilan - Bapa Al Fateh

gempak
11/09/2024
04:25 MYT
Ibu bapa bayi lelaki yang maut dalam jagaan pengasuh taman asuhan kanak-kanak (Taska) pada Jumaat lalu akan menuntut bela atas kematian anak syurga mereka.
Berita

Bayi 30 Hari Meninggal Dunia Di Pusat Jagaan Berpantang

gempak
10/09/2024
18:55 MYT
Seorang bayi lelaki berusia 30 hari meninggal dunia di sebuah pusat jagaan berpantang, di Kota Bharu, pada Isnin.
Berita

“Anak Saya Dibedung, Ditutup Dengan Kain…” - Bayi Lapan Bulan Mati Disumbat Botol Susu, Ditekup Bantal Oleh Pengasuh

gempak
06/09/2024
15:29 MYT
Apabila isterinya sampai di taska berkenaan, dia mendapati wajah anaknya Muhammad Al Fateh Amri sudah kebiruan selain bahagian mulutnya juga berdarah.