,
gaya hidup

Akak CLEANER Ni Akan Sedekah Makan Kepada Staf Setiap Jumaat, Murah Hati Dia Melebihi CEO Syarikat.

Afiza Kamarulzaman
12/03/2021
02:32 MYT
Betullah orang kata, sikap suka bersedekah ini bukan bergantung pada kaya atau tidak seseorang itu. Namun, bersandarkan pada hati yanng mahu memberi. Ada saja orang yang kaya-raya, berkira-kira untuk menghulur derma.
Sebaliknya, ada orang yang tidak berapa ada, hidup serba kekurangan tetap mempunyai hati bersih, suka menghulur sedekah walau hidup sendiri cukup-cukup makan. Maka, banyak yang kita ada belum tentu banyak yang mampu kita beri.
Kisah yang ingin penulis kongsikan ini sangat menarik. Rasanya bukan berlaku kepada kawan penulis ini saja. Memang banyak di mana-mana syarikat atau pejabat, akan ada seorang dua pekerja bergaji rendah seperti tukang cuci atau tea lady yang suka berkongsi rezeki dengan kawan-kawan tempat kerjanya.
Kadang-kadang terasa malu pula apabila kakak cleaner atau kawan yang gajinya jauh lebih rendah daripada kita masih mampu belanja makan dan menghulur itu ini, sedangkan kita yang gaji jauh lebih besar hanya mampu terima tanpa pernah memberi. Jadikan pedoman.
Kredit Foto: Google
Kak Seri Akan Jamu Makan Setiap Jumaat
Kak Seri tukang cuci pejabat berasal dari Acheh, Indonesia. Berhijrah ke Kuala Lumpur untuk mencari rezeki menanggung ibu dan adik-beradiknya di kampung. Walaupun ramai yang selalu memandang serong kepada pendatang asing, berbeza dengan karekter Kak Seri yang sangat disenangi semua.
Kebaikannya bukan dibuat-buat. Sudah lebih tiga tahun bekerja di pejabat swasta itu, Kak Seri sangat disenangi semua orang. Apabila dia bekerja keras dan memberi sepenuh komitmen trhadap kerjanya, ia bukan drama, ia memang sikap sebenarnya.
Kak Seri bukan saja dipuji dari segi pencapaian cemerlangnya dalam menjalankan tugasan, malah sifat peribadinya yang menjadi contoh pekerja-pekerja di situ. Dia seorang yang jujur, berbudi-bahasa dan yang paling mengagumkan sikap suka bersedekahnya.
Walaupun gaji tak banyak mana, namun kemampuannya bersedekah mengalahkan pengurus mahupun CEO di syarikat itu sendiri. “Bos kami pun tak prnah belanja kami makan, melainkan annual dinner, itu pun guna duit syarikat,” Ujar kawan penulis ini.
Ya, dibandingkan gaji Kak Seri dengan CEO ini pastilah umpama langit dengan bumi. Namun, menjadi tabiat Kak Seri akan menjamu makan kepada staf di situ setiap hari Jumaat. Katanya, dia mahu mencuri barakah hari Jumaat dengan banyak bersedekah. Dia mahu pahala yang besar. Dia mahu syurga, katanya. Allahu.
Kadang-kadang Kak Seri akan masak dsendiri. Pernah dijamu pulut dan rendang, bihun goreng, bakso dan kuih-muih. Kalau tidak sempat, Kak Seri akan beli nasi lemak seringgit di tepi jalan dan diletakkan sebungkus di setiap meja pekerja termasuk meja bos mereka.
“Memang jaranglah meja kami kosong pada setiap pagi Jumaat. Semua orang pun dah tahu, kalau pagi Jumaat je mesti ada ‘surprise’ daripada Kak Seri. Kadang-kadang, excited nak datang pagi Jumaat sebab itulah. Paling tidak pun Kak Seri akan letak sebungkus biskut. Pasti ada,” Kongsinya lagi.
Alhamdulillah, tabiat Kak Sari ini juga memberi pengajaran yang baik kepada pekera di situ. Ada juga yang mengikut cara Kak Sari ini. Kalau tidak hari Jumaat, ada saja hari-hari lainnya, orang lain akan belanja itu ini, walau hanya sebiji kuih.
Kredit Foto: Google
Kehidupan Kak Sari Jauh Lebih Tenang Berbanding Kami Yang Berduit
Apabila ditanya apa yang dapat dirumuskan menerusi kehidupan Kak Sari itu? Pasti ada sesuatu yang istimewa hasil daripada perbuatan baiknya yang konsisten itu? Kawan penulis itu mengangguk sambil merenung jauh.
“Aku taklah rapat sangat dia sebab kami hanya berjumpa di tempat kerja saja. Tapi, apa yang aku nampak dari mata kasar, kehidupan Kak Sari memang tenang. Tak pernah sekali tengok dia bermasam muka. Senyuman tak pernah lekang. Bos pun tak pernah marah dia. Selalu dengar dia call keluarganya di kampung bertanya khabar dan hujung ayat pasti ditanya,’cukup duit ngak?’.
Paling penting, masanya sentiasa ada untuk beribadat. Walau sibuk urusan kerja, Kak Sari masih sempat solat dhuha, mulutnya sentiasa basah dengan zikir. Solat lima waktu usah cakaplah, sentiasa ‘on time’. Bukan macam kita yang hujung waktu baru nak terkejar. Inilah yang paling aku jealous dengan Kak Sari. Tuhan beri dia rezeki kelapangan masa untuk beribadat tepat waktu dan bersedekah dengan keikhlasan,” Ujar kawan penulis ini sebak.
Kredit Foto: Google
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Tukang Cuci Warga Bangladesh Kerja 27 Tahun Tanpa Ambil Cuti

gempak
23/10/2024
13:50 MYT
Seorang tukang cuci dilaporkan bekerja selama 27 tahun tanpa mengambil cuti demi menyara keluarganya.
Hiburan

Rujuk Riena Diana Hal Agama, Keith Foo Seronok Bersedekah & Dengar Ceramah Untuk Ilmu Baharu - “Saya Tanya Dia Apa Yang…”

gempak
11/10/2024
21:55 MYT
Pelakon Keith Foo mengakui dia sering mendengar ceramah agama untuk menambahkan ilmu baharu sejak menjalinkan hubungan cinta dengan aktres Riena Diana.
Viral

Disangka OKU, Lelaki Sanggup Berlakon Kurang Upaya Untuk Raih Simpati Bila Berniaga

gempak
01/10/2024
15:25 MYT
Isu penipuan dalam kalangan peminta sedekah bukanlah sesuatu yang asing lagi di Malaysia.
Hiburan

Wonda Coffee Keluang Man Of The Month: Sedekahkan Makanan Untuk Gelandangan, Abbe Hae Dipilih Juara Edisi Ogos! - "Semuanya Kerana Allah"

gempak
08/09/2024
16:00 MYT
Aktivis terkenal, Abbe Hae tidak menyangka dirinya diundi sebagai pemenang utama Wonda Coffee Keluang Man Of The Month edisi Ogos.
Viral

Pasangan Jutawan Beri Harta, RM20 Juta Kepada Orang Awam Untuk Jadi Sami

gempak
20/04/2024
13:50 MYT
Pasangan usahawan yang juga jutawan terkenal dari Gujarat, India sanggup melepaskan kehidupan mewah demi menjadi sami
Unitar