Highlights
25 Apps Untuk Kesihatan Mental! — Legakan Depresi Tapi Bukan Pengganti Terapi
Kecanggihan teknologi seharusnya digali kepada yang positif. Mengapa tidak digunakan jika boleh mendatangkan kebaikan? Bagi pesakit mental yang berdepan masalah depresi, tekanan atau stres melampau, lebih elok sekiranya anda memuat turun Aplikasi ini daripada leka melayari media sosial yang akan lebih memberikan tekanan dan berfikir yang bukan-bukan (jika tidak mampu dikawal).
Walaupun Aplikasi ini bukanlah jalan penyelesaian utama kepada pesakit mental, namun ia boleh dijadikan sebagai ‘suplemen’, medium sokongan kepada individu untuk mengenali apa itu penyakit mental, juga membantu pesakit mental yang tidak mampu untuk berjumpa pakar terapi.
Ada juga sesetengah pesakit masih belum selesa untuk berkongsi dengan sesiapa, jadi Apps ini sedikit sebanyak membantu melegakan segala kemusyikalan dan tekanan dalam ruang mereka sendiri.
Kenyataan ini disokong oleh Pakar Psikologi dan Director of Clinical Services di Ambrosia Dr. Raichbach. Menurut beliau, "Aplikasi juga membolehkan pesakit untuk memperoleh privasi dan satu ruang yang selamat kepada mereka yang mungkin sangat malu untuk mengakui isu kesihatan mental ini.
Mereka bimbang jika berkongsi dengan orang lain, mekeka akan dikecam atau dilabel secara negatif.”
Manakala, menurut Pakar Psikologi, Tanisha Ranger yang turut menggunakan beberapa Aplikasi untuk sesi rawatan bersama pesakitnya memberitahu, “Saya melihat aplikasi kesihatan mental ini sebagai sesuatu yang berguna kepada individu yang tidak boleh menghadiri sesi terapi sekerap yang mereka mahu, tetapi saya tidak melihat ia sebagai pengganti kepada sesi terapi.”
Jom tengok apakah 25 Aplikasi yang disarankan oleh website Psycom.net:
1. notOK – Satu aplikasi bebas untuk remaja yang menampilkan satu butang merah besar yang boleh diaktifkan bagi membolehkan anda memaklumkan kepada rakan-rakan rapat atau keluarga bahawa anda perlukan bantuan.
Apabila anda menekan butang panik digital itu, satu pesanan bersama dengan lokasi GPS anda akan dihantar kepada individu terbabit. Mesej yang akan tertera; “Hey, I’m not OK! Please call, text, or come find me.”
2. What’s up – aplikasi percuma yang menggunakan kaedah Cognitive Behavioral Therapy (CBT) dan Acceptance Commitment Therapy (ACT) untuk membantu mengatasi depresi, kegelisahan, stres dan sebagainya.
3. MoodKit – menggunakan badan Cognitive Behavioral Therapy (CBT) dan menawarkan lebih 200 aktiviti berlainan dalam meningkatkan mood. Diasaskan oleh dua pakar psikologi klinikal, MoodKit membantu anda tentang bagaimana mengubah cara berfikir dan membangunkan kesedaran dalam diri juga kesihatan pemikiran.
4. Twenty-Four Hours a Day – menggunakan judul buku terlaris, aplikasi ini menawarkan 366 meditasi daripada buku tersebut untuk mengatasi dilema ketagihan supaya lebih fokus.
6. Mind Shift – sesuai untuk remaja dan dewasa di awal usia menangani masalah kebimbangan melampau.
7. Self-Help for Anxiety Management (SAM) – bagus untuk individu yang berminat dengan self-help dan bukan meditasi. Anda akan diminta untuk membina sendiri 24-hour anxiety toolkit yang membolehkan anda mengesan kebimbangan dan tingkah laku sepanjang masa. Dan kemudiannya, belajar tentang 25 teknik self-help berbeza.
8. CBT Thought Record Diary – Terapi Kelakuan Kognitif mengubah emosi anda dengan mengenal pasti corak pemikiran yang negatif dan tersasar. Anda boleh menggunakan Aplikasi ini untuk mendokumenkan emosi negatif, analisis kecacatan dalam cara anda berfikir dan menilai semula pemikiran anda itu.
9. ImoodJournal - boleh digunakan untuk mencatat pelbagai perkara daripada mood, gejala, tidur, ubat dan kitaran tenaga. Dengan mengenalpasti faktor ini, anda mampu mengetahui tahap jatuh bangun tekanan anda.
10. eMoods – dicipta khusus untuk mereka yang mengalami bipolar disorder. Pengguna boleh mengesan gejala psikotik dan tekanan, angin yang baik juga kerengsaan sepanjang hari. Ia memberi satu petunjuk tentang tahap keterukan gejala-gejala itu.
11. Talkspace Online Therapy – memerlukan seseorang untuk bercakap? Tetapi tidak mampu untuk melantik terapi? Hanya dengan $65 seminggu, anda boleh mengirimkan teks dan menerima balasannya sekerap yang anda inginkan. Turut menyediakan khidmat untuk pasangan.
12. Happify – dengan program latihan mood yang diluluskan oleh pakar psikologi, aplikasi ini menjadi fast-track untuk anda mencapai mood baik. Cubalah variasi permainan, aktiviti, gratitude prompts dan banyak lagi yang melatih minda anda daripada elemen negatif.
13. MoodTools – membantu pengguna yang mengalami depresi klinikal menerusi kaedah pemulihan. Dengan paparan video yang membantu meningkatkan mood dan tabiat yang baik menggunakan prinsip Cognitive Behavioral Therapy (CBT).
14. Recovery Record – aplikasi yang membantu merekodkan tentang pemakanan anda dan menjawab segala persoalan tentang tabiat dan disiplin pemakanan yang membantu merangsang mood yang baik.
15. Rise Up + Recover – aplikasi unik yang tidak hanya membolehkan anda mengenalpasti apa yang anda makan tetapi juga anda boleh menyalin semula progress anda kepada PDF untuk disalin cetak.
16. Lifesum – satu sumber lebih luas untuk kehidupan sihat. Anda boleh menetapkan sasaran peribadi; daripada pemakanan sihat, bagaimana membina lebih banyak otot dan dan lain-lainnya saban hari. Anda juga boleh memasukkan data peribadi anda sedan membenarkan Lifesum menjana satu "Life Score" untuk mendapatkan satu peta peribadi berkaitan kesihatan anda.
17. nOCD – telah direka dengan bantuan pakar-pakar dan para pesakit OCD yang menggabungkan dua rawatan: keprihatinan dan Exposure Response Prevention Treatment. Anda boleh menerima bimbingan yang disokong secara klinikal.
18. Worry Watch – aplikasi ini mensasarkan pengguna untuk mengenal pasti punca mereka untuk masa depan.
19. GGOCD – membantu memulihkan gejala-gejala OCD dengan menambahkan kesedaran pemikiran negatif pengguna dan melatih minda ke arah yang lebih positif.
20. PTSD Coach – dicipta oleh VA’s National Center untuk Post-Traumatic Stress Disorder (PTSD), PTSD Coach menawarkan segalanya daripada penilaian kendiri untuk PTSD, sehinggalah kepada peluang untuk mendapatkan sokongan, positive self-talk, dan pengurusan kemarahan.
21. Breathe2Relax - direka oleh National Center demiTelehealth and Technology. Aplikasi ini adalah alat pengurusan stres yang mengajar pengguna skil yang dipanggil diaphragmatic breathing.
22. UCSF PRIME - Aplikasi PRIME, dicipta oleh profesor psikiatri Danielle Shlosser, menghubungkan pesakit skizofrenia kepada orang ramai menerusi hubungan rangkaian sosial.
23. Headspace – aplikasi yang mencipta meditasi ringkas. Belajar skil keprihatinan dan meditasi menggunakan aplikasi ini untuk hanya beberapa minit setiap hari. Anda mendapat akses kepada ratusan meditasi daripada stres, kebimbangan untuk tidur dan fokus.
24. Calm – dinamakan oleh Apple sebagai 2017 iPhone App of the Year, Calm diangkat sebagai salah satu aplikasi kesihatan mental terbaik. Calm menawarkan pengguna panduan meditasi mengatasi stres dan kebimbangan.
25. Ten Percent Happier – mahu tidur yang lena, ketenangan dan menjadi lebih prihatin dan bahagia? Inilah aplikasi untuk anda. Ten Percent Happier memiliki lebih 500 simpanan panduan meditasi pelbagai topik berkaitan.
Must-Watch Video