,
gaya hidup

“15 Tahun Saya Duduk Dalam Industri, Yang Ini Paling Susah” – Remy Ishak, Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik FFM31

Huda Hussain
11/12/2021
02:56 MYT
Malam tadi berlangsung Festival Filem Malaysia (FFM) ke-31 yang diadakan di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Pastinya ramai maklum FFM menjadi pentas mengangkat dan memartabatkan para karyawan juga penggiat industri perfileman tanah air pada kelas tersendiri.
Setelah berhempas pulas, bertungkus lumus demi menyempurnakan naskhah yang harapnya menepati cita rasa penonton; selain menyelitkan elemen-elemen yang dekat dengan masyarakat menjadi antara intipati setiap filem yang dihasilkan. Bukan kemenangan yang dicari tetapi memberi satu dimensi pemikiran dan mendidik para penonton untuk menilai sesuatu perspektif kehidupan.
Kredit Foto: IG Zul Ariffin
Dan demi merealisasikan itu semua, pastinya bukan satu tempoh yang singkat apatah lagi perlu melalui pelbagai ujian. Pahit dan getir, susah dan senang hanya mereka sahaja yang rasai. Begitu jua yang dikongsikan pemenang trofi Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik FFM-31, Remy Ishak atau nama sebenarnya Mohammad Zalimei Bin Ishak.
Ucapnya kala naik ke pentas sambil memegang erat trofi kemenangan, “Syukur Alhamdulillah. Ini je… Yang ini. 15 tahun saya duduk dalam industri, yang ini paling susah,” sambil merakamkan kesyukuran dan penghargaan kepada individu yang terlibat disebalik pembikinan filem Sangkar. Bukan itu sahaja, kongsi Remy lagi di laman instagramnya:
Kredit Foto: IG Remy Ishak
Berikut merupakan senarai pemenang bagi 22 kategori termasuk enam anugerah khas iaitu Anugerah Karyawan Sepanjang Zaman, Anugerah Penggiat Belakang Tabir, Anugerah Khas Juri 1, Anugerah Khas Juri 2, Anugerah Juri 3 dan Anugerah Box Office.
1. Sinematografi Terbaik – Low Soon Keong (Fly By Night) 2. Pelakon Kanak-Kanak Terbaik – Putri Qaseh (Roh) 3. Lagu Tema Terbaik – Ayuhlah (Suatu Ketika) 4. Penyunting Terbaik – Heng Yin Chau (Fly By Night) 5. Pelakon Wanita Harapan – Fify Azmi (Wira) 6. Pelakon Lelaki Harapan – Anding Indrawani (Headhunter) 7. Pengarah Harapan – Zahir Omar (Fly By Night) 8. Cerita Asal Terbaik – Tan Twan Eng ( The Garden Of Evening Mists) 9. Lakon Layar Terbaik – Emir Ezwan (Roh) 10. Anugerah Khas Penggiat Belakang Tabir – Datuk Seri Dr. Ahmad Nawab 11. Anugerah Karyawan Sepanjang Zaman – Hajah Fauziah Nawi 12. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik – Junainah M. Lojong (Roh) 13. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik – Remy Ishak (Sangkar) 14. Film Box-Office – Ejen Ali The Movie 15. Poster Terbaik – Christopher Chua Eng Hui (Walk With Me) 16. Kesan Khas Visual Terbaik – VHQ Post (The Garden Of Evening Mists) 17. Tatarias Terbaik – Ella Sandera (Sangkar) 18. Rekaan Busana Terbaik – Tengku Syahmi (Roh) 19. Skor Muzik Terbaik – Reinchez Ng (Roh) 20. Penataan Seni Terbaik – Nazrul Asraff Mahzan (Sangkar) 21. Penataan Bunyi Terbaik – Fadhli Abu Shafian, Hakim Kamal & Shafiq Isa (Ejen Ali The Movie) 22. Anugerah Khas Juri 1 – Suatu Ketika 23. Anugerah Khas Juri 2 – Geran 24. Anugerah Khas Juri 3 – Headhunter 25. Pelakon Wanita Terbaik – Sinje Lee ( The Garden Of Evening Mists) 26. Pelakon Lelaki Terbaik – Zul Ariffin (Sangkar) 27. Pengarah Terbaik – Kabir Bhatia (Sangkar) 28. Filem Terbaik – Roh
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Remy Ishak Dapat Datuk, Ashraf Muslim Terima Pingat

gempak
25/08/2024
11:21 MYT
Pelakon Remy Ishak bergelar Datuk selepas menerima darjah kebesaran Pangkuan Seri Melaka (DPSM) dalam istiadat pengurniaan darjah kebesaran telah dijalankan di Balai Istiadat Seri Negeri, Ayer Keroh pada Sabtu.
Viral

Kisah Menarik Disebalik Lima Cincin Termahal Yang Menjadi Idaman Ramai, #5 Tu Tengah Jadi Rebutan Sekarang!

gempak
11/06/2024
06:55 MYT
Sudah pasti ramai dalam kalangan wanita yang minat memakai perhiasan seperti barang kemas dan cincin berlian.
Hiburan

Digandingkan Sebagai Abang & Adik Dalam Filem ‘The Experts’, Aaron Aziz Dedah Sisi Lain Syafiq Kyle - “Dia Seorang Yang…”

gempak
09/06/2024
07:55 MYT
Pertama kali bergandingan dalam filem aksi The Experts, pelakon Datuk Aaron Aziz memuji cara kerja dan personaliti aktor Syafiq Kyle.
Filem

Bergaduh Gara-Gara Tak Puas Hati Dengan The Experts, Zhafvlog 'Bersemuka' Dengan Abang Riak! - “Kenapa Kau Bagi Filem Ni Level Popcorn?”

gempak
08/06/2024
04:50 MYT
Pengulas filem bebas, Zhafvlog akhirnya bersemuka dengan seorang individu dikenali sebagai Abang Riak yang mengkritik ulasannya mengenai filem heist pilihan ramai ketika ini iaitu The Experts.
Filem

The Experts: Dikelilingi Enam Kamera, Kena Menari Tango Depan Lebih 100 Orang, Remy Ishak Kongsi Kisah Sebenar Berlaku Behind The Scene

gempak
08/06/2024
03:34 MYT
Lakonan hero malaya menerusi filem aksi heist nombor satu pilihan ramai ketika ini iaitu The Experts, ternyata membuatkan ramai yang terpegun kelainan dibawakan oleh Remy Ishak.