,
gaya hidup

10 Cara Manjakan Suami – Amalkan Selalu Pasti Suami TUNDUK Sayang. Potongkan Kuku, Suapkan, dan....

Afiza Kamarulzaman
14/01/2020
13:59 MYT
Potongkan Kuku Ambil berkat setiap hari Jumaat untuk memotong kuku tangan dan kakinya. Cara ini membuatkan dia rasa begitu dijagai terutamanya bab kebersihan dirinya. Kuku suami yang panjang dan kotor melambangkan ketidak prihatinan seorang isteri terhadap suami dan rumah tangga.
Kredit Foto: Google
Suapkan Makan Bukan selalu. Sesekali apabila makan berdua atau bersama anak-anak di meja makan, suaplah suami itu menggunakan tanganmu sendiri. Sentuhan dari hujung jari terus ke mulutnya pasti melahirkan rasa sayang dan syahdu. Anak-anak yang melihat pun pasti merasai nikmat kasih-sayang ayah dan ibunya.
Kredit Foto: Google
Cucikan Rambut Tidak perlu suami mahu ke salun untuk menyuruh ‘amoi-amoi’ kedai mencuci rambutnya jika isteri sendiri mampu melakukannya di rumah. Sekali dalam dua minggu memadai untuk buat suami rasa bagaikan di syurga apabila isteri mencuci dan mengurut-urut kepalanya.
Kredit Foto: Google
Buat Facial di Rumah Ala, bukan susah! Temgok sahaja DIY facial yang diajar menerusi Youtube. Tidak perlu produk yang mahal-mahal, cukup ada yang asas seperti pencuci, penyegar dan krim muka. Bukan produk itu yang penting tetapi usaha isteri untuk sentiasa dekat dengan suami dan memanjakannya.
Kredit Foto: Google
Urut-urut Badan Elakkan suami mengunjungi spa atau rumah urut dan meminta orang lain ‘menyegarkan’ badannya. Isteri boleh melakukannya mengikut kemampuan. Setakat gosok-gosokkan minyak panas dan picit-picit seluruh tubuhnya tidak perlu untuk belajar secara profesional pun.
Kredit Foto: Google
Kemaskan Kumisnya Walaupun kebanyakan lelaki suka bercukur sendiri, namun tidak salah sesekali isteri menawarkan diri untuk melakukannya. Jika suami sudah melakukannya sendiri, bantulah untuk mengemasinya agar terukir lebih sempurna. Cabutkan bulu ketiak suami pun ‘sesuatu’ yang wow tau!
Kredit Foto: Google
Pakaikan Stokin Ikatkan tali leher itu sudah biasa. Apa kata buat kejutan ketika dia mahu keluar bekerja, kamu pakaikan stokin untuknya. Siapkan kasutnya di hadapan pintu. Pasti dia rasa bagaikan raja yang begitu mudah rutin kehidupanya dengan bantuan isteri yang solehah.
Kredit Foto: Google
Segarkan Bilik Tidur Bililk tidur adalah bahagian intim di rumah yang seharusnya diberi perhatian lebih. Di situlah lokasi terpencil untuk suami dan isteri memadu asmara dan meluah rasa. Maka, hiasinya sebaik mungkin. Sesekali, taburilah kelopak bunga di atas katil dan nyalakan lilin aromaterapi untuk nuansa romantis.
Kredit Foto: Google
Buatkan Rendaman Air Mandi Rendaman air panas yang dititiskan minyak pati aromaterapi untuk siraman suami pasti buat dia rasa begitu nyaman dan tenang. Kalau mahu, berendamlah bersamanya. Tiada bath tub di rumah? Errr...mungkin cukup dengan menyediakan air rendaman kaki untuk suami yang baru pulang penat seharian bekerja di luar.
Kredit Foto: Google
Pangku Tidurnya Sambil menonton televisyen atau membaca buku, rebahkan kepala suami ke pehamu. Atau, sebelum tidur biarkan suami berbaring di atas lenganmu. Sekeras mana pun sikap suami itu pasti suka saat dia dimanjakan oleh isterinya seperti anak kecil. Cubalah!
Kredit Foto: Google
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

#FromKawanToKahwin Nina Ismail Sabri Sah Jadi Isteri Hafiz Osman

gempak
24/11/2024
13:02 MYT
Kakak kepada penyanyi, Dafi iaitu Nina Ismail Sabri Che Puan selamat bernikah dengan pilihan hatianya yang dikenali sebagai  Hafiz Osman dengan sekali lafaz hari ini.
Hiburan

Ummi Nazeera Sibuk Di Set ‘Andai Tiada Dia’, Hargai Suami Ambil Alih Tugas Jaga Anak Selama 3 Bulan – “It Makes Me So Happy”

gempak
22/11/2024
15:50 MYT
Pelakon Ummi Nazeera mencuri tumpuan warga maya apabila menzahirkan rasa terima kasih buat suami tercinta Dr Izzar Anwari.
Hiburan

Babak Haikal Paksa Suri Rujuk Tular Di TikTok, Netizen Tanya Sah Atau Tak? Ini Penjelasan Dr Zulkifli Al-Bakri

gempak
22/11/2024
08:50 MYT
Tular di media sosial kini babak drama hits Andai Tiada Dia yang memaparkan Haikal lakonan Hisyam Hamid memaksa isterinya untuk rujuk semula dengannya secara paksaan.
Hiburan

Isteri Pelakon Harun Hashim Meninggal Dunia

gempak
21/11/2024
05:50 MYT
Selepas hampir seminggu ditidurkan, isteri kepada aktor veteran Harun Hashim iaitu Sakinah Ganjali, 48, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Al-Sultan Abdullah, UiTM Puncak Alam jam 9.45 pagi Khamis.
Hiburan

Fedi Nuril Pegang Watak Poligami Lagi, Peminat Harap Tak Jadi Dalam Dunia Nyata - “Satu Isteri Sudah Sangat Cukup”

gempak
20/11/2024
15:50 MYT
Aktor popular Indonesia, Fedi Nuril mencuri tumpuan apabila bakal tampil dalam naskah filem terbaharunya tidak lama lagi.
Unitar