Innovathon Musim 2
INNOVATHON 2: Cipta Mesin Yang Bantu Bomba Lakukan Siasatan Awal Sewaktu Bencana, Serai Generation 1 (SG1) Juara Minggu Kedua
Produk Serai Generation 1 (SG1) telah diumumkan sebagai pemenang pada minggu kedua program INNOVATHON 2 yang disiarkan pada malam Sabtu lalu.
Menerusi pembentangan, Tuan Suhairi Bin Jumu’ri telah mempersembahkan Serai Generation 1 (SG1)yang mampu membantu mengurangkan risiko keselamatan anggota bomba.
Mesin ini akan lakukan siasatan awal bagi tragedi/ bencana yang berlaku.
Harga lebih murah dari luar
Mesin ini juga dihasilkan menggunakan barang buatan Malaysia iaitu berharga hanya RM35,000 berbanding luar negara RM350 ribu dengan fungsi yang sama.
Kumpulan Serai In Tech ini terdiri daripada anggota bomba yang bertugas di Balai Bomba Bagan Serai, Perak.
ARTIKEL BERKAITAN: INNOVATHON 2: Mampu Besarkan Populasi & Saiz Udang Jantan, Mono-Sex Giant Freshwater Prawn Juara Minggu Pertama
ARTIKEL BERKAITAN: INNOVATHON 2 Tawar Dana Sokongan Pembangunan Perniagaan Dengan Nilai Terkumpul Sehingga RM1,000,000 Untuk Inovasi Paling Kreatif
Untuk info, INNOVATHON musim kedua menampilkan gandingan dua Menteri Kabinet Malaysia, Menteri Ekonomi, YB Mohd Rafizi Ramli dan juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Chang Lih Kang sebagai juri tetap serta gandingan bersama juri selebriti Erra Fazira.
Datuk Aznil Hj. Nawawi selaku Mentor Persembahan INNOVATHON sekali lagi akan membimbing dan memberi motivasi kepada semua peserta program ini, manakala Awal Ashari pula akan bergandingan bersama Amelia Handerson sebagai hos.
INNOVATHON merupakan sebuah program realiti tv berteraskan sains, teknologi dan inovasi sebagai platform untuk mengangkat Kemahiran dan idea inovatif dalam kalangan rakyat Malaysia bagi mencari penyelesaian dan juga penambahbaikkan terhadap isu sosioekonomi semasa.
Telah dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Content Asia 2024 dalam kategori program realiti original dan/atau Pertandingan Terbaik, INNOVATHON musim 1 telah membuktikan bahawa program seumpama ini mendapat sambutan yang memberangsangkan.
Pencapaian ini menggambarkan dedikasi Astro dalam menghasilkan program yang ilmiah dan pelbagai yang bukan sahaja menepati citarasa para penonton di Malaysia, tetapi juga di seluruh Asia.
Lebih Istimewa, INNOVATHON pada musim ini turut membabit kerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia dan juga Kementerian Pengajian Tinggi sebagai usaha mempopularkan sains dan teknologi dalam kalangan pelajar di peringkat sekolah dan juga peringkat Universiti.
Program ini juga turut menarik perhatian Asia School Of Business (ASB) untuk menjadi rakan strategik bagi musim kali ini.
Seramai 56 orang peserta telah dipilih menerusi sesi ujibakat, dan bakal bersaing di pentas INNOVATHON dengan memberikan persembahan idea-idea menarik berteraskan sains dan inovasi menerusi siaran selama 8 episod.
Setiap episod bakal menyaksikan kesemua peserta memberikan pembentangan terbaik dalam usaha memenangi hati panel juri dan juga rakyat Malaysia.
Idea terbaik dari setiap episod akan terpilih untuk mara ke peringkat akhir, dan mereka akan bersaing bagi memenangi Dana Sokongan Pembangunan Perniagaan dengan nilai terkumpul sehingga RM1 juta.
INNOVATHON Musim 2 bakal bermula pada 30 November 2024, setiap Sabtu, jam 9 malam, di Astro Ria (saluran 104) dan RTM saluran TV1 bermula 1 Disember 2024, Ahad.
INNOVATHON Musim 2 juga bakal bersiaran Astro Vaan
Must-Watch Video