Innovathon Musim 2
INNOVATHON 2: Cipta Bahan Pembinaan Penebat Daripada Bahan Alam Semula Jadi, Juara Minggu Kelima Milik Bio Polyol
Bio Polylol telah diumumkan sebagai pemenang pada minggu kelima program INNOVATHON 2 yang disiarkan pada malam Sabtu lalu.
Menerusi pembentangan, Prof Madya Khairiah Haji Badri telah mempersembahkan proses untuk persediaan oil-based polyurethane polyol secara natural.
Dengan proses penghasilan yang singkat, Bio Polyol mempunyai kebolehulangan yang tinggi (konsisten) dan sifar sisa serta tiada pembebasan gas bertoksik.
Sumber alami
Bio poliol berasaskan sumber alami seperti minyak dan lemak samada daripada tumbuhan atau haiwan dihasilkan melalui tindak balas satu langkah transesterifikasi.
Sekadar info, Prof Madya Khairiah Haji Badri Pensyarah Universiti Kebangsan Malaysia dengan jurusan double degree (Kimia & Kejuruteraan Kimia Dan Pemprosesan Petroleum). Beliau juga mendapat tajaan JPA ke Colorado School of Mines, US.
Untuk info, INNOVATHON musim kedua menampilkan gandingan dua Menteri Kabinet Malaysia, Menteri Ekonomi, YB Mohd Rafizi Ramli dan juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Chang Lih Kang sebagai juri tetap serta gandingan bersama juri selebriti Erra Fazira.
Datuk Aznil Hj. Nawawi selaku Mentor Persembahan INNOVATHON sekali lagi akan membimbing dan memberi motivasi kepada semua peserta program ini, manakala Awal Ashari pula akan bergandingan bersama Amelia Handerson sebagai hos.
INNOVATHON merupakan sebuah program realiti tv berteraskan sains, teknologi dan inovasi sebagai platform untuk mengangkat Kemahiran dan idea inovatif dalam kalangan rakyat Malaysia bagi mencari penyelesaian dan juga penambahbaikkan terhadap isu sosioekonomi semasa.
Telah dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Content Asia 2024 dalam kategori program realiti original dan/atau Pertandingan Terbaik, INNOVATHON musim 1 telah membuktikan bahawa program seumpama ini mendapat sambutan yang memberangsangkan.
Pencapaian ini menggambarkan dedikasi Astro dalam menghasilkan program yang ilmiah dan pelbagai yang bukan sahaja menepati citarasa para penonton di Malaysia, tetapi juga di seluruh Asia.
Lebih Istimewa, INNOVATHON pada musim ini turut membabit kerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia dan juga Kementerian Pengajian Tinggi sebagai usaha mempopularkan sains dan teknologi dalam kalangan pelajar di peringkat sekolah dan juga peringkat Universiti.
Program ini juga turut menarik perhatian Asia School Of Business (ASB) untuk menjadi rakan strategik bagi musim kali ini.
Seramai 56 orang peserta telah dipilih menerusi sesi ujibakat, dan bakal bersaing di pentas INNOVATHON dengan memberikan persembahan idea-idea menarik berteraskan sains dan inovasi menerusi siaran selama 8 episod.
Setiap episod bakal menyaksikan kesemua peserta memberikan pembentangan terbaik dalam usaha memenangi hati panel juri dan juga rakyat Malaysia.
Idea terbaik dari setiap episod akan terpilih untuk mara ke peringkat akhir, dan mereka akan bersaing bagi memenangi Dana Sokongan Pembangunan Perniagaan dengan nilai terkumpul sehingga RM1 juta.
BERITA TRENDING: INNOVATHON 2: Hasilkan Tayar ‘Sembuh Sendiri’ & Kalis Pancit, Puncture Proof Self Healing Tyre Juara Minggu Keempat
Must-Watch Video