,
GOLDMovie

#Gold: Jack Tan Akui Susah Mainkan Watak Liek Hou, Ambil Masa Enam Bulan Untuk Latihan Badminton

Firdaus
11/07/2024
08:25 MYT
Memainkan watak Cheah Liek Hou, pelakon meningkat naik, Jack Tan menceritakan persiapannya dalam menjayakan karakter tersebut menerusi filem Gold.

Watak Yang Mencabar

Menurut Jack Tan, 33, menyatakan dirinya mengambil masa selama enam bulan untuk melatih diri bermain badminton selain terpaksa meningkatkan berat badan untuk watak berkenaan.

"Watak ini sebenarnya agak mencabar untuk saya, tapi bila Adrian (pengarah) kongsikan cerita tentang Liek Hou saya terus rasa bersemangat.

"Saya ambil masa enam bulan, di Malaysia sebenarnya agak jarang untuk filem ambil masa selama itu untuk disiapkan. Tapi enam bulan tu saya berlatih main badminton selain naikkan berat badan.
"Tapi bukan senang untuk mainkan watak Liek Hou, dia seorang juara. Jadi saya sentiasa beritahu diri saya sendiri untuk bekerja keras. Nasib baik ada Liek Hou sendiri yang bagi saya keyakinan untuk berlakon sebagai dirinya," katanya.
Sekadar info, filem aksi sukan, Gold menampilkan barisan pelakon terkenal tanah air seperti Farid Kamil, Wan Raja dan Yasmin Hani selain penampilan muka baharu antaranya Jack Tan dan Lynn Lim sebagai teraju utama.
Sinopsis Gold:
Gold mengisahkan perjalanan hidup jaguh badminton paralimpik negara, Cheah Liek Hou sejak kecil.
Ketika dia berusaha untuk menempatkan namanya dalam arena sukan nasional, beliau didapati menghidap penyakit saraf yang dikenali sebagai Erb's Palsy.

BERITA TRENDING: #Gold: “Sangat Menyentuh Hati” - Hannah Yeoh Sebak Tonton Gold, Sifatkan Filem Lokal Yang Wajib Ditonton Tahun Ini!

BERITA TRENDING: #Gold: Terpilih Jayakan Watak Rashid Sidek, Farid Kamil Akui Rasa Bangga - “Saya Sangat Bersyukur Apabila Dipilih”

BERITA TRENDING: #GOLD: Sering Bawa Lagu Pembakar Semangat, Kaka Azraff Nak Teruskan Legasi Ella Dalam Bidang Nyanyian

BERITA TRENDING:#Gold: Baru Sahaja Keluar Trailer, Ramai Tak Sabar Nak Tengok - "Abang Teh Punya Filem Mesti Kena Tengok!"

Kehilangan ayah sebagai penyokong kuatnya juga membuatkan Liek Hou hilang arah.
Namun, apabila acara Paralimpik dunia mengiktiraf badminton sebagai sukan yang akan dipertandingkan di Tokyo, Liek Hou bangkit semula dengan bantuan jurulatih dan pemain legenda Malaysia, Rashid Sidek.
Saksikan filem Gold terbitan Astro Shaw dan Act 2 Pictures dengan kerjasama Clover Films & One Cool Entertainment di pawagam 11 Julai seluruh Malaysia.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Filem

Membanggakan! Abang Adik Dinobat Filem Terbaik 10th Asian World Film Festival Di LA

gempak
22/11/2024
11:13 MYT
Filem Abang Adik memenangi Filem Terbaik di 10th Asian World Film Festival 2024 yang berlangsung di Los Angeles, Amerika Syarikat.
Hiburan

Fedi Nuril Pegang Watak Poligami Lagi, Peminat Harap Tak Jadi Dalam Dunia Nyata - “Satu Isteri Sudah Sangat Cukup”

gempak
20/11/2024
15:50 MYT
Aktor popular Indonesia, Fedi Nuril mencuri tumpuan apabila bakal tampil dalam naskah filem terbaharunya tidak lama lagi.
Hiburan

Sering Terima Watak Aksi, Fad Anuar Pasang Impian Mahu Bawa Watak Komedi Pula - “Saya Minat Tapi Tak Ada Rezeki Lagi”

gempak
20/11/2024
06:50 MYT
Pelakon Fad Anuar mengakui mahu keluar dari zon karya aksi dalam setiap naskah yang dibintanginya.
Peraduan

Gempak Movie Night Out: Tiket Malam Gala Filem Kahar: Kapla High Council

gempak
18/11/2024
12:49 MYT
Siapa nak menang hadiah ke Gempak Movie Night Out: Tiket Malam Gala Filem Kahar: Kapla High Council
Filem

Terus ‘Mendunia’ Di Pawagam, Don Dukun Raih RM5 Juta Kutipan

gempak
18/11/2024
05:22 MYT
Filem seram komedi Don Dukun terus sukses dengan meraih kutipan terkini iaitu sebanyak RM5 juta.
Unitar