,
GOLDMovie

#Gold: Cheah Liek Hou Imbas Kenangan Bersama Mendiang Bapa, Hempas Pulas Demi Beli Sepasang Kasut Sukan! - "Saya Tak Mampu Balas Balik..."

Firdaus
11/07/2024
09:25 MYT
Pemenang pingat emas Paralimpik Tokyo 2021, Cheah Liek Hou meletakkan harapan tinggi agar filem Gold yang diinspirasikan daripada kisah kejayaannya menjadi pembakar semangat kepada orang ramai terutamanya golongan muda.
Jelas Liek Hou, Gold menyampaikan interpretasi baharu kepada orang ramai untuk mengejar cita-cita yang dihajati.
“Bagi saya, mungkin filem ini mampu memberikan satu mesej yang baru terhadap ibu dan bapa diluar sana dan juga memberi inspirasi kepada anak muda. Kita harus berusaha sedaya upaya untuk mencapai cita-cita.
"Kalau kita tidak berusaha untuk mencapai cita-cita, agak susah untuk kita mencapainya. Sebenarnya, dalam dunia ini tidak ada yang mustahil.
"Contohnya, dulu saya bekerja sebagai seorang jurujual tapi saya juga boleh kembali sebagai seorang pemenang pingat emas selepas sukan Paralimpik umum sukan badminton ini boleh bermain di temasya sukan Paralimpik di Tokyo. Sebab itulah saya boleh menang,” ujarnya.

Beli kasut, bayar latihan badminton

Mengimbas semula kisah peritnya sebelum bergelar juara pingat emas Paralimpik, Liek Hou memberitahu mendiang bapanya, Daniel Cheah berhempas pulas mencari wang demi membelikannya sepasang kasut sukan.

"Dorongan ibu bapa saya tidak dapat dibalas walaupun ianya sudah lebih 20 tahun...​

"Saya masih ingat ayah saya pernah habiskan duit sebanyak RM400 ke RM500 untuk belikan kasut sukan yang terbaik untuk saya walaupun waktu itu bukan mudah untuk dapatkan kasut sukan. Mereka belikan kasut itu disebabkan mereka tidak mahu saya mengalami kecederaan teruk ketika melakukan latihan badminton.
"Dorongan ibu bapa saya tidak dapat dibalas walaupun ianya sudah lebih 20 tahun. Bila dikenangkan balik, masa itu saya masih lagi budak sekolah. Jadi, merekalah yang membantu mengantar saya pergi dan balik dari latihan badminton.
"Lagipun, keluarga saya bukanlah orang senang untuk membayar latihan badminton. Tanpa pengorbanan mereka, mungkin saya tidak dapat bermain badminton," tambahnya.

BERITA TRENDING: #Gold: “Sangat Menyentuh Hati” - Hannah Yeoh Sebak Tonton Gold, Sifatkan Filem Lokal Yang Wajib Ditonton Tahun Ini!

BERITA TRENDING: #Gold: Terpilih Jayakan Watak Rashid Sidek, Farid Kamil Akui Rasa Bangga - “Saya Sangat Bersyukur Apabila Dipilih”

​BERITA TRENDING: #GOLD: Sering Bawa Lagu Pembakar Semangat, Kaka Azraff Nak Teruskan Legasi Ella Dalam Bidang Nyanyian

BERITA TRENDING: Pertama Kali Berlakon Bersama Isteri, Farid Kamil Akui Kekok! - "Mula-Mula Teruja, Ingatkan Mudah... "

Gold, kisah yang diinspirasikan daripada pemenang pingat emas pertama badminton paralimpik dunia dalam Sukan Paralimpik Tokyo 2020 iaitu Cheah Liek Hou. Gold akan ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 11 Julai ini.

Di samping mempunyai sinematografi menarik, kekuatan filem Gold juga adalah menampilkan babak aksi yang mampu meninggalkan kesan, baik dari segi emosi mahupun mesej yang ingin diketengahkan.
Setiap babak digerakkan dengan baik oleh pelakon-pelakon hebat tanah air seperti Farid Kamil sebagai Rashid Sidek, pelakon yang menyinar di Taiwan menerusi filem Abang Adik iaitu Jack Tan sebagai Cheah Liek Hou, Wan Raja sebagai Misbun Sidek, Fabian Loo sebagai Guan Ting, penyanyi popular sekitar 1990an Freddie Ng, Josiah Hogan, Daniel Cheah, Yasmin Hani, Lynn Lim, Meeki Ng, serta penampilan istimewa Tony Eusoff, Nafiez Zaidi dan Ikhram Juhari.
Gold mengisahkan perjalanan hidup jaguh badminton para negara, Cheah Liek Hou sejak kecil. Ketika dia berusaha untuk menempatkan namanya dalam arena sukan nasional, beliau didapati menghidap penyakit saraf yang dikenali sebagai Erb’s Palsy.
Kehilangan ayah sebagai penyokong kuatnya juga membuatkan Liek Hou hilang arah. Namun, apabila acara Paralimpik dunia mengiktiraf badminton sebagai sukan yang akan dipertandingkan di Tokyo, Liek Hou bangkit semula dengan bantuan jurulatih dan pemain legenda Malaysia, Rashid Sidek.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Sukan

Terbuka China: Wei Chong-Kai Wun Tumbangkan Juara Dunia Dari Korea Selatan

gempak
19/09/2024
10:25 MYT
Beregu lelaki negara Man Wei Chong-Tee Kai Wun melakar kejutan apabila menumbangkan juara dunia dari Korea Selatan Kang Min Hyuk-Seo Seung Jae di pusingan kedua Terbuka China 2024 pada Khamis.
Filem

Paling Seram Dan Mendebarkan, Ini Filem-Filem Berkisarkan Dukun Yang Pernah Menghantui Penonton

gempak
18/09/2024
18:55 MYT
Tidak dinafikan filem genre seram seperti syirik menarik untuk ditonton kerana sering memaparkan babak-bakak di luar kotak.
Filem

Baik Punya Ah Long: Chew Kin Wah Syukur Ditawarkan ‘Job’ Sewaktu Pandemik - “Shoot Filem Ini Bukan Mudah..”

gempak
18/09/2024
12:25 MYT
Umum mengetahui, sewaktu pandemik, para pemain industri seni hiburan tempatan tidak kira sama ada pelakon, penyanyi, pengarah sehinggalah kru belakang tabir ‘diharamkan’ bekerja mencari rezeki.
Hiburan

Yayan Ruhian Tak Kejar Bayaran Tinggi, Akui Selesa Bekerja Di Malaysia Sebab Beto Kusyairy - "Persahabatan Lebih Besar Daripada Nilai Wang"

gempak
18/09/2024
09:55 MYT
Pelakon dan jaguh persilatan kelahiran Indonesia, Yayan Ruhian menjelaskan bahawa dirinya sanggup bekerja di Malaysia sekiranya disuruh bergandingan bersama Beto Kusyairy.
Hollywood

Drama Epik Sejarah Jepun Shogun Julang 18 Trofi Anugerah Emmy Ke-76!

gempak
16/09/2024
09:26 MYT
Drama epik sejarah Jepun, Shogun melakar rekod baharu apabila menang 18 trofi di acara berprestij Anugerah Emmy ke-76 yang berlangsung di Peacock Theater, Los Angeles, Amerika Syarikat.