,
Gimme The Mic

#GimmeTheMicMY: Syaffiq Sahli Raih Markah Tertinggi, Mofanora Tersingkir.. Jom Semak Markah Penuh Minggu Keempat Semua Peserta

Khairil Khusyairi
18/08/2024
21:55 MYT
Peserta Syaffiq Sahli unggul apabila berada di kedudukan teratas pada minggu keempat Gimme The Mic Malaysia yang berlangsung di Pusat Konvensyen CIDB, Cheras pada Ahad.

Syaffiq Sahli Posisi Pertama

Dengan tema 360, minggu keempat Gimme The Mic Malaysia menyaksikan Syaffiq Sahli dengan nyanyian Fantastic Baby berjaya mengungguli kesemua 14 peserta dengan markah 73.20%.
Manakala, tempat kedua diikuti Bulan Asyraff yang mendendangkan lagu Melompat Lebih Tinggi dengan markah sebanyak 68.14%.
Sementara itu, persembahan memukau Syaffiq Sahli turut berjaya mendapat anugerah Terpaling FYP Freedom Unleashed sekali gus membawa pulang wang tunai sebanyak RM1,000.

Minggu keempat menyaksikan peserta Syaffiq Sahli, Bulan Asyraff, Junlloyd Egano, Ameerais, Shazreen Shaharum dan Syamel Amzah menghuni kerusi The Six dan terselamat dari penyingkiran.

1 Peserta Tersingkir

Langkah juga terhenti buat Mofanora apabila tersingkir pada minggu keempat.
13 peserta bakal bersaing pada minggu kelima dengan tema Pilihan ERA.

Markah Penuh Peserta

Jom kita semak markah penuh peserta untuk konsert minggu keempat Gimme The Mic Malaysia.
NO PESERTA MARKAH
1 SYAFFIQ SAHLI 73.20%
2 BULAN ASYRAFF 68.14%
3 JUNLLOYD EGANO 64.52%
4 AMEERAIS 64.27%
5 SHAZREEN SHAHARUM 62.98%
6 SYAMEL AMZAH 62.28%
7 FARHAN MUSTAPHA 61.80%
8 RAES 61.38%
9 JELLY BELLY 60.80%
10 HAZREEN AMREENA 58.64%
11 CHONG HAN 52.33%
12 EPET 50.67%
13 DANHUANGGE 46.32%
14 MOFANORA 38.54%
‘TikTok LIVE X Astro Gimme The Mic Malaysia’ dibarisi panel juri yang pernah menggegarkan industri muzik tanah air serta antarabangsa.
Bangku juri dihiasi oleh penyanyi dan komposer yang berbakat seperti Ajai, Yuna, Bunga Citra Lestari dan Hael Husaini.
Program ini turut memperkenalkan gandingan Sherry Alhadad dan Sean Lee sebagai hos, serta Ceddy Ang dan Daniel Cheang sebagai hos Live+.
‘TikTok LIVE X Astro Gimme The Mic Malaysia’ bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen CIDB, Cheras, Kuala Lumpur selama lapan (8) minggu bermula 21 Julai 2024, pada setiap hari Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104), On Demand, Astro GO dan sooka.
Juara serta peserta di kedudukan enam teratas ‘TikTok LIVE X Astro Gimme The Mic Malaysia’ akan mara ke peringkat antarabangsa mewakili Malaysia untuk berentap dengan juara-juara ‘Gimme The Mic’ dari negara-negara lain.
Juara ‘TikTok LIVE X Astro Gimme The Mic Malaysia’ akan membawa pulang wang tunai bernilai RM10,000 daripada Astro, beserta $2,000 USD (dua ribu dolar AS) daripada TikTok, dan penerbitan sebuah album single tajaan Astro & Rocketfuel.
Ikuti info dan klip-klip menarik menerusi akaun TikTok, Instagram, Facebook, X dan Astro Gempak dengan menggunakan tanda pagar #GimmeTheMicMY.
Dapatkan Pek Astro sekarang dengan diskaun 30%* dan pemasangan percuma dari hanya RM41.99/sebulan. Raikan saat-saat bersama dengan #AstroBaharu – Hiburan kini lebih mantap untuk seisi keluarga. Layari astro.com.my untuk maklumat lanjut.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Hiburan

Ajai Kongsi Video Hafiz Suip Bukan Sebab Nak Raih Perhatian - “Saya Tak Nampak Dia Nak Tinggalkan…”

gempak
17/09/2024
11:55 MYT
Penyanyi dan komposer terkenal, Ajai menjelaskan perkongsian video penyanyi Hafiz Suip sebelum ini bukanlah untuk meraih perhatian netizen.
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: Ajai Ulas Kemenangan Farhan Mustapha - “Pada Awal Saya Tak Nampak Lagi Kekuatan Dia, Ia Betul-Betul Nampak Bila…”

gempak
16/09/2024
08:25 MYT
Juri Gimme The Mic Malaysia Ajai mengakui bukan mudah untuk menilai setiap peserta dan finalis yang bertanding.
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: 10 Peserta Ke Pentas Akhir, Langkah 2 Peserta Terhenti… Jom Semak Markah Penuh Minggu Separuh Akhir

gempak
08/09/2024
20:55 MYT
Peserta Farhan Mustapha unggul apabila berada di kedudukan teratas pada minggu Separuh Akhir Gimme The Mic Malaysia yang berlangsung di Pusat Konvensyen CIDB, Cheras pada Ahad.
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: 12 Peserta Melangkah Ke Separuh Akhir, Dua Tugasan Menanti… Jom Semak Markah Penuh Minggu Keenam Semua Peserta

gempak
01/09/2024
20:55 MYT
Peserta Shazreen Shaharum unggul apabila berada di kedudukan teratas pada minggu keenam Gimme The Mic Malaysia yang berlangsung di Pusat Konvensyen CIDB, Cheras pada Ahad.