,
Gimme The Mic

#GimmeTheMicMY: Menang Anugerah Mingguan Sebanyak 3 Kali, Syaffiq Sahli Salur Kepada Anak Yatim – “Saya Cuma Ambil Saja”

Khairil Khusyairi
19/08/2024
06:55 MYT
Peserta Syaffiq Sahli bersyukur apabila berjaya menduduki posisi pertama menerusi lagu Fantastic Baby pada minggu keempat Gimme The Mic Malaysia yang berlangsung pada Ahad.

Stress Nyanyi Lagu Korea

Menurut Syaffiq, dia akui stress apabila sukar untuk menghafal lirik pada awalnya namun bersyukur mendapat bantuan daripada guru bahasa Korea.
“Saya bukan layan kpop tapi lagu Fantastic Baby ini saya bawa sebab saya pernah dengar.

“Rezeki saya dapat lagu ini, walaupun saya stress sampai nak keluar air mata sebab nak hafal lirik itu bukan senang.

“Alhamdulillah saya ada guru bahasa Korea yang ajar, kalau saya tiada dia, saya memang tak boleh buat,” ujarnya kepada Gempak usai konsert minggu keempat.

Beri Usaha 100%

Memulakan persembahan dengan tergantung di atas, Syaffiq turut akui dia seorang yang gayat namun berjaya mengatasi masalah tersebut kerana mahu memberikan yang terbaik.
“Alhamdulillah sangat bebaloi. Saya seorang yang gayat yang teruk tapi saya buat ini sebab saya sukakan cabaran.

“Saya suka bagi tekanan, ini adalah pentas yang besar dan ia hanya datang sekali saja dalam seumur hidup.

“Jadi saya beri semua usaha saya untuk Gimme The Mic ini,” kongsinya lagi.

3 Kali Menang Anugerah Terpaling FYP

Menjadi peserta yang paling banyak meraih anugerah Terpaling FYP iaitu selama tiga minggu, Syaffiq mendedahkan dia menggunakan wang tersebut dengan menginfaqkan kepada anak-anak yatim.

“Selama tiga minggu itu saya infaqkan kepada anak yatim yang selalu saya infaqkan. Terus kepada mereka.

“Saya cuma ambil saja,” ujarnya.
Dengan tema 360, minggu keempat Gimme The Mic Malaysia menyaksikan Syaffiq Sahli dengan nyanyian Fantastic Baby berjaya mengungguli kesemua 14 peserta dengan markah 73.20%.

ARTIKEL BERKAITAN: #GimmeTheMicMY: Syaffiq Sahli Raih Markah Tertinggi, Mofanora Tersingkir.. Jom Semak Markah Penuh Minggu Keempat Semua Peserta

‘TikTok LIVE X Astro Gimme The Mic Malaysia’ dibarisi panel juri yang pernah menggegarkan industri muzik tanah air serta antarabangsa.
Bangku juri dihiasi oleh penyanyi dan komposer yang berbakat seperti Ajai, Yuna, Bunga Citra Lestari dan Hael Husaini.
Program ini turut memperkenalkan gandingan Sherry Alhadad dan Sean Lee sebagai hos, serta Ceddy Ang dan Daniel Cheang sebagai hos Live+.
‘TikTok LIVE X Astro Gimme The Mic Malaysia’ bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen CIDB, Cheras, Kuala Lumpur selama lapan (8) minggu bermula 21 Julai 2024, pada setiap hari Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104), On Demand, Astro GO dan sooka.
Juara serta peserta di kedudukan enam teratas ‘TikTok LIVE X Astro Gimme The Mic Malaysia’ akan mara ke peringkat antarabangsa mewakili Malaysia untuk berentap dengan juara-juara ‘Gimme The Mic’ dari negara-negara lain.
Juara ‘TikTok LIVE X Astro Gimme The Mic Malaysia’ akan membawa pulang wang tunai bernilai RM10,000 daripada Astro, beserta $2,000 USD (dua ribu dolar AS) daripada TikTok, dan penerbitan sebuah album single tajaan Astro & Rocketfuel.
Ikuti info dan klip-klip menarik menerusi akaun TikTok, Instagram, Facebook, X dan Astro Gempak dengan menggunakan tanda pagar #GimmeTheMicMY.
Dapatkan Pek Astro sekarang dengan diskaun 30%* dan pemasangan percuma dari hanya RM41.99/sebulan. Raikan saat-saat bersama dengan #AstroBaharu – Hiburan kini lebih mantap untuk seisi keluarga. Layari astro.com.my untuk maklumat lanjut.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: Ameerais Bangga, Anggap Pencapaian Paling Jauh Sepanjang 14 Tahun Dalam Karier Nyanyian – “Saya Tunjuk Pada Semua Saya Boleh Menyanyi”

gempak
17/09/2024
02:55 MYT
Penyanyi Ameerais menyifatkan perjalanannya di Gimme The Mic Malaysia adalah pencapaian tertinggi dalam kariernya sepanjang 14 tahun dalam industri seni.
Hiburan

Beto Kusyairi Titip Nasihat Buat Pelakon Baharu Yang Idamkan Trofi Oscar - "Kita Kena Sedar Diri Kita .

gempak
17/09/2024
01:55 MYT
“Kita kena sedar diri kita,” itulah reaksi pelakon Beto Kusyairi apabila ditanyakan sama ada dirinya pernah memburu untuk memperolehi trofi Oscar.
Hollywood

Drama Epik Sejarah Jepun Shogun Julang 18 Trofi Anugerah Emmy Ke-76!

gempak
16/09/2024
09:26 MYT
Drama epik sejarah Jepun, Shogun melakar rekod baharu apabila menang 18 trofi di acara berprestij Anugerah Emmy ke-76 yang berlangsung di Peacock Theater, Los Angeles, Amerika Syarikat.
Viral

Uncle Mike Terima Anugerah Maulidur Rasul - "Sukar Untuk Saya Gambarkan Perasaan Ini"

gempak
16/09/2024
09:14 MYT
Tidak penah terlintas untuk menjadi bapa kepada tiga anak lelaki berlainan bangsa dan agama, namun takdir telah mengubah hidup Michael Tong Wai Siong, 55.
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: Ajai Ulas Kemenangan Farhan Mustapha - “Pada Awal Saya Tak Nampak Lagi Kekuatan Dia, Ia Betul-Betul Nampak Bila…”

gempak
16/09/2024
08:25 MYT
Juri Gimme The Mic Malaysia Ajai mengakui bukan mudah untuk menilai setiap peserta dan finalis yang bertanding.