Kesihatan | Health
#GempakSpot: Lemang Periuk Kera Tak Sesuailah... Itu Tempat Kelawar & Tupai 'Melepas'
Pengguna Twitter @ZoologiMY sekali lagi berkongsi mengapa Periuk Kera tidak sesuai digunakan untuk memasak lemang di dalamnya.
Disebabkan Aidilfitri bakal menjelang, kami ingin berkongsi bahawa Lemang Periuk Kera bukanlah pilihan yang bijak untuk perayaan nanti.
Selain daripada Periuk Kera merupakan spesies tumbuhan yang terancam atau berfungsi penting untuk ekosistem kita, kami ingin berkongsi satu lagi rahsia dengan anda.
Periuk kera atau spesies Nepenthes diketahui memberikan faedah antara tumbuhan dan beberapa jenis haiwan.
Dalam kes Periuk Kera, ianya bermanfaat untuk kelawar, tikus, tupai dan seumpamanya.
Dalam satu kajian yang dijalankan oleh sekumpulan ahli sains dari UBD, ia mendapati spesis tumbuhan carnivorous ini hidup selalunya daripada najis kelawar.
Kelawar kecil jenis Hardwicke Wooly atau Kerivoula Hardwickii seperti di dalam gambar menjaga keselamatan diri dengan berada di dalam Periuk Kera. Pokok ini yang turut memerangkap serangga, juga mendapat nutrisi penting daripada najis kelawar ini.
Pokok yang didatangi kelawar mempunyai lebih banyak nitrogen di dalam daunnya berbanding tumbuhan lainnya. Bermakna, najis kelawar menyumbang sekurang-kurangnya 34 peratus keperluan nutrisi tumbuhan tersebut.
Jika dilihat pada gambar di bawah sejenis tupai iaitu Tupaia Montana turut menjadikan Periuk Kera sebagai 'tandas' mereka.
Hubungan ini memberikan faedah kepada kedua-dua pihak dan sebagai manusia, tidak sepatutnya kita mengganggu ekosistem sedia ada.
Tidak sepatutnya kita menggunakan pokok tersebut sebagai 'bekas' untuk makanan kita. Apa kata kita makan lemang buluh seperti biasa, boleh kan?
Kredit Gambar: Google / @ZoologiMY
Kisah ini dikongsi oleh pengguna Twitter menggunakan akaun Twitter @ZoologiMY dan mendapat lebih 17,000 Retweet. Beberapa ejaan, perkataan dan ayat mungkin diubah suai untuk memudahkan pembaca.
Pandangan dan pendapat penulis adalah hasil karya asli penulis dan tidak mewakili serta tidak mencerminkan pandangan dan pendapat dari Gempak. Gempak tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kesalahan kandungan artikel ini.
Kepada anda yang berminat untuk menyumbang, hantarkan karya anda ke hello@gempak.com
Must-Watch Video