Education | Pendidikan
#GempakSpot: Kisah Di Sebalik Kenapa Orang Suka Dengan Bau Bayi
Kisah ini dikongsikan oleh seorang doktor, Dr Redza Zainol menggunakan akaun Twitter @DrRedzaZainol tentang sebab kenapa ibu bapa dan orang-orang lain suka dengan bau bayi.
“Sukanya bau baby.”
Selalu sangat saya dengar jururawat, doktor dan ibu-ibu cakap macam ni di wad.
Setiap kali mereka dukung bayi yang baru lahir, perkara pertama yang dibuat ialah menghidu kepala bayi.
Sampai berkali-kali mereka hidu, pun masih rasa tak puas.
Rasa gembira. Rasa tenang.
1) Bila wanita terutamanya ibu menghidu kepala bayi, neuro hormon bernama dopamine akan dirembes dari beberapa bahagian otak.
2) Dopamine ialah hormon yang buatkan kita rasa bagus dan seronok. Dopamine juga terhasil bila kita bermain video game, makan sedap-sedap dan ketika leka bermain gajet.
3) Maksudnya, setiap kali menghidu bayi, ibu akan dapat hadiah dalam bentuk dopamine. Makin banyak dopamine terhasil, makin seronok ibu tu rasa.
4) Bau bayi ni juga penting sebagai cara untuk ibu kenal dan jadi rapat dengan anak mereka dalam masa yang singkat.
5) Bayi yang lahir semuanya tak mampu bertutur. Jadi ada 2 cara saja untuk mereka minta ibu ayah lindungi mereka.
Pertama, dengan cara menangis.
Kedua, dengan mengeluarkan bau badan yang buat ibu ayah rasa gembira.
6) Sebab tu penat macam mana pun, ibu tetap akan dukung bayi. Bila ibu belai, cium dan dukung bayi, paras hormon oxytocin ibu dan bayi pula meningkat. Oxytocin ni hormon bahagia.
Sebab tu lagi banyak kita peluk dan sentuh anak, kita rasa lagi bahagia.
Masa bayi tengah kecil ni, nikmatilah bau bayi nisepuas-puasnya. Sebab bila usia makin meningkat, bau bayi ni akan semakin hilang.
Kita akan terindu-rindu bau mereka bila mereka besar nanti. Kan?
Kredit Gambar: Anna Shvets
Nota: Gambar utama adalah sekadar hiasan semata-mata.
Kisah ini dikongsi oleh seorang Seorang doktor, Dr Redza Zainol menggunakan akaun Twitter @DrRedzaZainol dan mendapat lebih 19,000 Retweet serta lebih 32,000 Likes. Beberapa ejaan, perkataan dan ayat mungkin diubah suai untuk memudahkan pembaca.
Pandangan dan pendapat penulis adalah karya asli penulis dan tidak mewakili serta tidak mencerminkan pandangan dan pendapat dari Gempak. Gempak tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kesalahan kandungan artikel ini.
Kepada anda yang berminat untuk menyumbang, hantarkan karya anda ke GempakSpot.
Must-Watch Video