,
Personal Experience | Pengalaman Sendiri

#GempakSpot: Habiskan Cuti Tahun Baru Cina Bantu Indahkan Kelas Di Sekolah

Gempak Spot
28/01/2020
06:13 MYT
Perkongsian seorang pengguna Twitter Akhi Fairuz Al-Jengkawi menggunakan akaun Twitter @akhifairuz_ tentang dia dan isteri membantu membaik pulih sebuah kelas di sekolah anak mereka.
"Sayang, kita kena buat sesuatu ni. Kesian betul tengok kelas anak."
Isteri terus setuju. Terus kami nyatakan hasrat kepada guru kelas untuk cantikkan kelas. Beliau teruja dan bersetuju.
Maka, bermulalah projek pembersihan serta mencantikkan kelas anak kami ni.
Ok, jom kita mula!
Dalam masa yang sama, dok fikir jugak macam mana aku nak settlekan semua ni.
Dinding ada yang terkopak, tingkap penuh dengan benda bergantung, almari belakang terkopak sana sini.
Banyak juga ni nak kemas, kata aku di dalam hati.
Ok, dinding terkopak depan tu kami tutup pakai wallpaper.
Segala yang terlekat di dinding dan tingkap kami cabut. Settle!
Cat pulak kami pilih warna hijau gini. Nak kasi ceria sikit. Kelas budak darjah 1 kan.
Sekarang timbul satu lagi masalah. Macam mana kami nak settlekan benda ni pulak.
Rasa nak buang keluar je, beli je yang baru. Tapi nanti bertambah lagi kos.
Dan akhirnya kami dapat idea. Pack je segala tok nenek yang ada di almari dan lepas tu kita cat dia.
Tadaaaa. Dah macam set IKEA.
Meja pulak kami pasang kertas bewarna dan plastikkan dia.
Then, kita pasangkan skirt pada meja tadi. Yeayy!
Then pasang pulak langsir. Beli Selasa minggu lepas kat JAKEL, hari ni baru dapat siap, sekali dengan skirt meja. Lega!
Yeayyy! Dah siap!
Inilah dia kisah Tahun Baru Cina kami.
Orang lain pakat balik kampung dan bercuti, tapi kami bercuti di sekolah je.
Semoga kisah ini memberi inspirasi kepada banyak pihak.
Bab pendidikan anak-anak, usahlah kedekut. Kita hulur je selagi mampu, Insya-Allah.
Oh ya lupa nak habaq, ni di SK Taman Uda, Alor Setar.
Anak saya bersekolah di sini. Baru darjah 1.
Kami berazam akan cantikkan juga kelasnya bila masuk darjah 2, 3, 4, 5 dan 6.
Oh lupa nak habaq, kami makeover ni bukan sehari je, tapi seminggu.
Buat sikit-sikit. Kedah time ni panaih lit-lit.
Hari kedua ada seorang ayah pelajar bantu lepas saya update di Facebook. Lepas tu, kami ada upah seorang pelajar UPSI mai bantu mengecat.
Anak kami bantu juga. Bantu sepahkan semula.
Kredit Gambar: Twitter @akhifairuz_
Kisah ini dikongsi oleh pengguna Twitter Akhi Fairuz Al-Jengkawi menggunakan akaun Twitter @akhifairuz_ dan mendapat lebih 7,000 Retweet. Beberapa ejaan, perkataan dan ayat mungkin diubah suai untuk memudahkan pembaca.
Pandangan dan pendapat penulis adalah hasil karya asli penulis dan tidak mewakili serta tidak mencerminkan pandangan dan pendapat dari Gempak. Gempak tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kesalahan kandungan artikel ini.
Kepada anda yang berminat untuk menyumbang, hantarkan karya anda ke hello@gempak.com
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
rancangan

#GempakSpot: Dilahirkan Ibu Buta Yang Dianggap Pengemis, Perkongsian Wanita Ini Undang Empati & Jadi Inspirasi

gempak
12/09/2021
13:51 MYT
Perkongsian tersebut diluahkan menerusi platform media sosial
Semua | All

#GempakSpot: Dari Bermotif Dendam Hingga Delusi, Ini 3 Kisah Pembunuhan Tragis Individu Popular Dunia

gempak
29/08/2021
12:45 MYT
Jangan sesekali mengikut aksi tidak bermoral ini
Semua | All

#GempakSpot: Beraksi Di Final Olimpik Tokyo 2020, Kenali Sisi Lain Penerjun Nur Dhabitah Sabri

gempak
01/08/2021
01:50 MYT
Dhabitah terkenal sebagai seorang yang murah senyuman
Laman Utama

#GempakSpot: Cabaran Belanja Dengan RM100, Apa Yang Isi Rumah Dapat Saat Sukar Berdepan Pandemik?

gempak
12/07/2021
13:50 MYT
Nilai wang bergantung kepada keperluan seseorang
Semua | All

#GempakSpot; Tolonglah Saat Ini, Semuanya Sensitif Dari Makan Durian Sehingga Tarbiah Mengaibkan

gempak
05/07/2021
14:20 MYT
semoga Allah sayang kita semua
Unitar