,
Kesihatan | Health

#GempakSpot: "DASS Adalah Ujian Saringan Bertulis, Bukan Diagnosis"

Gempak Spot
14/09/2020
03:01 MYT
Perkongsian ini oleh seorang pengguna Twitter yang menggunakan akaun Twitter @AimanPsikologi mengenai ujian Depression Axiety Stress Scale atau DASS serta proses yang berlaku sepanjang ujian tersebut.
Depression Anxiety Stress Scale, atau DASS ialah ujian saringan bertulis untuk kenal pasti tahap kemurungan, kerisauan dan stres seseorang.
Tetapi DASS bukan diagnosis.
Ini ialah thread mengenai ujian DASS dan apa proses yang berlaku sepanjang buat ujian tu. DASS berguna untuk keep track kita punya mood, stres, emosi, semangat/tenaga, tidur dll lagi yang melibatkan Depression, Anxiety dan Stress.
Standard DASS ada 21 soalan. 7 soalan untuk setiap subtopik Depression, Anxiety dan Stress. Ada juga DASS 42. Lagi detail dan spesifik. DASS ialah panduan untuk kita kenalpasti simptom dan sebagai indicator awal sama ada kita perlukan rawatan kesihatan mental atau tak.
DASS BUKAN DIAGNOSIS.
Ramai yang buat DASS, terus self-diagnosed. Don’t! Tak fair la 21 soalan dah tentukan diagnosis mental kita kan? Okay proses dia:
1. Google for DASS test. Buat dengan jawab ikut situasi kita dalam 2 minggu ini.
Kalau lupa, take your time untuk recall balik mood, energy etc dalam 2 minggu itu. Sebabnya? Kondisi mental kita selama 2 minggu, berkait rapat dengan simptom Depression.
2. Dapat result, bacaan skala setiap subtopik.
- Depression - Anxiety - Stress
Kalau normal, alhamdulillah. Kalau mild, berjaga-jaga. Kalau moderate, better pergi treatment.Kalau severe, pergi treatment ASAP! Kalau extremely severe, STOP EVERYTHING, JUST GO TO HOSPITAL!
Result yang anda dapat tu BUKAN DIAGNOSIS, tetapi panduan dan indikator awal status kesihatan mental kita. Elakkan self-diagnosed.
Would you really want just 21 questions to define your health status? Without any further test from the professionals?
3. Dah dapat result dan kalau perlu rawatan, print dan bawa ke Klinik Kesihatan terdekat. Aku galakkan ke Klinik Kesihatan instead of terus ke hospital sebab hospital banyak kes emergency nak handle. Doktor pun tak sempat nak bagi perhatian penuh kat hospital. Kalau Klinik Kesihatan, lebih menyeluruh.
Doktor di Klinik Kesihatan, setakat pengalaman aku, ada basic knowledge pasal mental health. Isu kesihatan mental mula dititikberat oleh doktor Klinik Kesihatan, especially untuk ibu mengandung, remaja/belia yang sakit kepala/nafas dan lain-lain. Kalau nak terus ke Klinik Kesihatan pun boleh, sana nanti dia suruh buat DASS juga.
4. Lepas sesi di KK, kalau perlu, doktor KK akan rujuk kita ke hospital terdekat, untuk rawatan selanjutnya. Ingat ya, MO atau GP (doktor biasa kat KK/hospital) tak ada kepakaran dan tauliah untuk beri diagnosis. Hanya Psikiatris atau Psikologis saja yang berhak bagi diagnosis.
5. Waktu ke hospital pula, jangan expect untuk terus dapat jumpa Psikiatris/Psikologis. Jumlah dorang sangat sikit kat hospital awam. Psikiatris pun banyak handle kes yang severe saja. Kita masih ada kaunselor, Social worker, Family Medicine Specialist etc, sebelum Psikiatris.
6. Lepas dah dapat diagnosis, jangan terlalu ralit dengan tu. Yes, boleh bersedih, kecewa, marah etc. Itu normal. Diagnosis tu cuma pintu awal untuk kita kenal diri, bukan something define kita. Fokus on what kind of treatment instead, after you have deal with the diagnosis.
7. Kalau diberi ubat untuk makan, jangan tinggal / berenti makan, walaupun ubat bagi kesan sampingan kat diri. Berat badan naik, diri jadi tak bermaya, penat sangat, hilang tenaga etc. Don’t stop eating your medicine. Tell your doctors instead of the side effect, so dia tahu.
Ubat untuk mental disorder macam ini biasanya kuat dan boleh jadi addicted kalau tak dijaga. Untuk berhenti makan, tak boleh stop tiba-tiba. Doktor biasanya akan slowly an gradually kurangkan dos supaya diri kita tak terkejut, supaya tak relapse pula nanti.
8. If possible, usahakan dapatkan rawatan melalui psikoterapi oleh Psikologis Klinikal, atau terapi kaunseling melalui kaunselor. Bukan semua mental disorder itu rawatannya melalui perubatan. Sometimes, psychotherapy works far better for mild and moderate case.
9. Which kind of treatment works the best? There’s no such thing. It depends entirely on individual case. But research has proven the combination of both psychotherapy and medicine works better for healing processes.
10. Boleh ke nak dapatkan rawatan alternatif (perubatan Islam, Darussyifa’, bomoh etc) ?
Boleh. Asalkan:
- Tak bertentangan dengan Quran dan Sunnah
- Tak mengganggu proses rawatan di hospital (makan pelik-pelik sampai ganggu biologi badan)
- Tak tinggal rawatan di hospital
Jangan harapkan rawatan semata-mata. Jangan expect doktor atau Psikologis untuk jadikan kita sihat.
Kita sendiri perlu usaha untuk lawan. Jadi pejuang!
- Buat task from Psikologis (kalau ada diberi)
- Increase social interaction with family & friends
- Learn coping mechanism
In the end, we cannot help people who doesn’t want to be helped. Therefore, we need to pick ourselves up, hadiri sesi rawatan, usaha untuk sembuh dan jangan stay dalam loop of depression/anxiety. Work your way to get out from that. Your Psychologist can help with this.
So nampak tak macam mana DASS ini jadi pintu awal, first indicator dalam usaha untuk kita dapatkan rawatan kesihatan mental kita?
DASS bukan diagnosis, tetapi panduan untuk kita kenalpasti masalah diri, sebelum proceed ke proses penyembuhan. That’s all about DASS Smiling face with smiling eyes
Sekian.
Kredit Gambar: Daniel Reche
Perkongsian ini dikongsi oleh pengguna Twitter @AimanPsikologi dan mendapat hampir 4,000 Retweet dan lebih 3,000 Likes. Beberapa perkataan dan ayat mungkin diubah suai untuk memudahkan pembaca.
Pandangan dan pendapat penulis adalah hasil karya asli penulis dan tidak mewakili serta tidak mencerminkan pandangan dan pendapat dari Gempak. Gempak tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kesalahan kandungan artikel ini.
Kepada anda yang berminat untuk menyertai peraduan GempakSpot X Althea, hantarkan karya anda sekarang sebelum tarikh tutup peraduan pada 25 Oktober 2020 ke GempakSpot
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Saya Sanggup Sujud & Minta Maaf Janji Korang Tak Ganggu Mental Mereka” - Abang Tesla

gempak
02/09/2024
23:55 MYT
Enggan memanjangkan isu, pempengaruh Abang Tesla merayu kepada orang ramai agar berhenti ‘menyerang’ kedua-dua isterinya dengan kata-kata negatif.
Berita

Remaja Merajuk Lari Masuk Hutan Ditemui Selamat

gempak
30/08/2024
15:30 MYT
​Seorang remaja yang dilaporkan lari ke dalam hutan berhampiran Taman Belimbing Harmoni, Alor Gajah pada malam Khamis ditemukan selamat.
Hiburan

Isu Kongsi Video Sembang 'Adik Naik' Azal, Zarina Zainuddin; "Lepas Ni Saya Post Video Kerja Sajalah"

gempak
28/08/2024
08:30 MYT
Pelakon Zarina Zainuddin mengakui berdepan tekanan perasaan gara-gara kecaman diterima akibat berkongsi video perbualan 'adik naik' anak lelakinya, Azal Azrai minggu lalu.
Hiburan

Amir Jahari Anggap Media Sosial Punca Banyak Kes Masalah Kesihatan Mental Libatkan Orang Muda - “Jika Rasa Pelik Dengan Diri Sendiri, Tolong Cari Bantuan”

gempak
22/08/2024
01:55 MYT
Penyanyi Amir Jahari menyifatkan media sosial adalah platform yang menjadi punca sesetengah individu mengalami masalah kesihatan mental sehingga berdepan tekanan perasaan.
Berita

Tersalah Diagnos Sebagai Autisme, Lelaki Alami Gangguan Kesihatan Mental Tikam Ibu 30 Kali

gempak
09/07/2024
13:45 MYT
Seorang lelaki berusia 23 tahun menikam sehingga mati ibunya dengan menggunakan pisau selepas mengalami masalah gangguan mental yang sebelum ini disahkan sebagai autism.