,
Kesihatan | Health

#GempakSpot: "Betul Ke Orang Kata Khasiat Madu Hilang Kalau Guna Sudu Besi?"

Gempak Spot
08/08/2020
23:00 MYT
Penjelasan ini dikongsikan oleh Dr Che Puteh Osman, seorang ahli kimia terutamanya tumbuhan di Twitter miliknya menggunakan akaun Twitter @drcheputeh tentang penggunaan sudu besi dan sudu kayu apabila mengambil madu di dalam bekas simpanannya.
Benarkah khasiat madu akan hilang jika guna sudu besi? Sebelum itu apa itu khasiat? Khasiat merujuk kepada nutrisi, iaitu gula, mineral, asid organik dan prebiotics yang ada di dalam madu. Adakah bahan-bahan ini akan hilang jika guna sudu besi? Jawapannya tidak.
Sudu besi adalah sejenis konduktor. Ia mengalirkan elektrik. Namun ia tidak akan mengalirkan bahan dalam madu. Madu tinggi gula dan sangat kurang air. Mineral dalam madu seperti kalium tidak akan mengalir melalui sudu besi.
Ini kerana mineral dalam bentuk elektrolit sahaja boleh mengalirkan elektrik. Untuk sesuatu sebatian itu menjadi elektrolit, ia mesti dicairkan dalam air atau dipanaskan sehingga lebur. Kedua-dua keadaan ini tiada dalam madu.
Walaupun madu sedikit berasid disebabkan oleh kehadiran asid organik yang lemah seperti asid maleik, asid sitrik dan asid suksinik, asid ini tidak cukup kuat untuk mengakis permukaan sudu. Namun, disebabkan kehadiran asid ini, madu tidak sesuai disimpan dalam bekas besi.
Kandungan gula yang tinggi dan air yang sangat rendah menyebabkan madu berpotensi sebagai agen antibakteria. Bakteria kehilangan air disebabkan proses osmosis dan mati.
Mengapa seringkali gambar menunjukkan madu dimakan menggunakan sudu kayu? Mungkin lebih cantik secara artistiknya. Untuk penjelasan penuh dan senarai rujukan, sila lawati www.drcheputeh.com
Kredit Gambar: Google
Kisah ini dikongsi pengguna menggunakan Twitter Dr Che Puteh Osman menggunakan akaun Twitter @drcheputeh dan mendapat hampir 7,000 Retweet dan hampir 8,000 Likes. Beberapa ejaan, perkataan dan ayat mungkin diubah suai untuk memudahkan pembaca.
Pandangan dan pendapat penulis adalah hasil karya asli penulis dan tidak mewakili serta tidak mencerminkan pandangan dan pendapat dari Gempak. Gempak tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kesalahan kandungan artikel ini.
Kepada anda yang berminat untuk menyumbang, hantarkan karya anda ke GempakSpot
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Netizen Tak Tenang Aslam Buat Live Bersama Umisya, Empunya Badan Respons: “Korang Jangan Gaduh, Aslam Ada Giliran Dia”

gempak
28/08/2024
08:55 MYT
Umisya Mazlan yang juga madu kepada anak selebriti Norman Hakim dan Abby Abadi iaitu Marissa Dania mencuri perhatian warganet.
Hiburan

Netizen Kurang Senang Umisya Mazlan Berbaik Dengan Marissa Dania, Ini Respons Empunya Badan

gempak
25/08/2024
03:30 MYT
Umisya Mazlan yang juga madu kepada anak selebriti Norman Hakim dan Abby Abadi iaitu Marissa Dania, tampil bersuara mengenai sikap netizen yang kurang senang dengan hubungannya bersama Marissa.
Hiburan

Umisya Mazlan Urus Jenazah Bayi Marissa Dania, Turut Sedih - Kakak

gempak
25/08/2024
01:23 MYT
Baru-baru ini kecoh mengenai berita anak kepada pelakon Abby Abadi dan Norman Hakim iaitu Marissa Dania Hakim telah kehilangan cahaya mata pertama akibat pramatang.
Hiburan

Datang Nak Bergambar, Sempat ‘Offer’ Mek Yun Jadi Madu - “Nak Jadi Bini Nombor Dua Suami Saya Tak?”

gempak
06/08/2024
08:55 MYT
Pempengaruh media sosial yang juga pelakon Mek Yun mendedahkan dia ditawarkan untuk menjadi isteri kedua kepada seorang wanita yang secara tiba-tiba datang untuk bergambar dengannya.
Hiburan

Umisya Kongsi Hikmah Disebalik Berpoligami

gempak
15/05/2024
02:55 MYT
Umisya Mazlan yang juga madu kepada anak selebriti, Norman Hakim dan Abby Abadi iaitu Marissa Danial Hakim berkongsi hikmah disebalik pahit manis berpoligami.