,
Education | Pendidikan

#GempakSpot: "Anak Ini Lama Sudah Diperlakukan Begitu" - Dr Ana

Gempak Spot
09/12/2020
02:53 MYT
Kisah ini dikongsi oleh seorang Pakar Pediatrik, Dr Ana menggunakan akaun Twitter @anayasminazmi tentang betapa pentingnya untuk ibu bapa memahami isu seksualiti untuk dikongsikan dengan anak-anak.
Tersiat hati ni bila tengok pesakit sorang ni meraung-raung di katil. Usia baru 8 tahun. Lelaki.
Dia meraung, sakit sangat katanya. Berguling-guling. Ubat tahan sakit kami beri yang lebih kuat. Bila diperiksa, adoii ngiluuu.
Sakit. Sakit sebab bahagian duburnya koyak dikerjakan pedofilia gila. Koyak duburnya banyak tempat, kanan, kiri, atas bawah.
Allah, tiba-tiba teringat arwah Nurin Jazlin yang disumbat timun. Allah. Sakitnya. Manusia hati binatang!
Anak ini lelaki diliwatnya berkali-kali. Geram rasa di hati, anak ni lama sudah diperlakukan begitu, cuma dia tak tahu mana nak mengadu.
Yang meliwat adalah bapa saudaranya, yang tinggal sebumbung. Bayangkan perasaan seorang anak kecil.
"Ini pakcik aku.. Mak Ayah aku pun layan dia dengan baik. Maknanya apa dia buat tu tak salah!!"
Dia mesti keliru tak tahu apa nak buat. Syukur, akhirnya dia bersuara tetapi itupun dia seolah tak pasti apa perlu dia buat!
Saya sangat-sangat terpanggil untuk menyeru semua ibu ayah cakna isu seksualiti. Ajarkan anak bagaimana nak tahu hak mereka!
Bila Akhi Fairuz Al-Jengkawi mesej saya, beritahu ada hasilkan ebook dan video untuk bantu ibu ayah. Saya memang suggest ebook ni MESTI MILIK oleh ibu ayah! Siap ada video.
Boleh dapatkan 2ebook dan 5 videos beliau di link ni:
akhifairuz
Nak buku kanak-kanak tulisan saya di auladreadplay
#drana
Kredit Gambar: Twitter @anayasminazmi
Kisah ini dikongsi Pakar Pediatrik, Dr Ana menggunakan akaun Twitter @anayasminazmi dan mendapat hampir 1,500 Retweet dan lebih 2,200 Likes. Beberapa ejaan, perkataan dan ayat mungkin diubah suai untuk memudahkan pembaca.
Pandangan dan pendapat penulis adalah hasil karya asli penulis dan tidak mewakili serta tidak mencerminkan pandangan dan pendapat dari Gempak. Gempak tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kesalahan kandungan artikel ini.
Kepada anda yang berminat untuk menyumbang, hantarkan karya anda ke GempakSpot
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Nak Kutuk Ke, Cakap Saya Terpaling Tahu Ke, Silakan” - Teruk Dikecam Bersuara Isu Abang Bas, Uyaina Arshad Tetap Mahu Sebar Kesedaran Tentang Pedofilia

gempak
12/09/2024
03:55 MYT
Uyaina Arshad mengakui dirinya teruk dikecam netizen hanya kerana kelantangannya menyuarakan pendapat tentang isu Abang Bas.
Hiburan

Tiz Zaqyah Bengang Ada Individu Backup Abang Bas, Kongsi Pengalaman Rakan Sendiri Kena Gangguan Seksual

gempak
08/09/2024
06:55 MYT
Pelakon Tiz Zaqyah membidas tindakan sesetengah warganet yang bertindak mempertahankan isu Abang Bas yang tular baru-baru ini.
Hiburan

Beri Pandangan Tentang Isu Abang Bas, Uyaina Arshad Dilabel Penunggang Oleh Netizen

gempak
08/09/2024
04:03 MYT
Susulan kelantangannya bersuara tentang isu Abang Bas, pelakon dan pengacara Uyaina Arshad menerima pelbagai kecaman daripada warganet.
Berita

Polis Siasat Motif Penculikan Albertine Leo Mungkin Berunsurkan Pedofilia

gempak
06/08/2024
11:25 MYT
Polis sedang menyiasat motif penculikan kanak-kanak perempuan berusia enam tahun Albertine Leo Jia Hui, termasuk kemungkinan suspek lelaki yang ditahan semula dalam kes itu merupakan seorang pedofilia.
Viral

Trauma Suami Pedofilia, Wanita Ini Ambil Keputusan Gugurkan Anak Dalam Kandungan

gempak
15/05/2024
09:25 MYT
Seorang pendengar Radio Zayan baru-baru ini berkongsi kisah traumatik dan menyedihkan dalam hidupnya di mana wanita itu mendakwa bahawa suaminya merupakan seorang pedofilia.  Menurut wanita yang juga merupakan ibu kepada dua orang anak itu, dirinya mengetahui tentang sifat keji suaminya selepas anak pertamanya mengadu tentang perbuatan terkutuk ya