Personal Experience | Pengalaman Sendiri
#GempakSpot: "Aku Nampak Kereta Warna Kuning Hempap Badan Mereka..."
Tragedi yang hampir meragut nyawanya ini dikongsi oleh pengguna Twitter yang mengunakan akaun Twitter @Cikatennazlan1 tentang kejadian yang pernah berlaku di KB Mall.
Aku pernah hampir meninggal dunia disebabkan kejadian kereta jatuh di KB Mall pada tahun 2009. Kejadian inilah yang buat aku hidup dalam trauma dengan kereta sehingga sekarang aku takut nak belajar memandu kereta, ambil lesen kereta.
Aku masih ingat lagi tahun 2009, ketika ini aku berusia 18 tahun, pada cuti sekolah akhir tahun (STPM) aku bekerja di sebuah kedai aksesori wanita, KB Mall.
Kisahnya begini,
Aku dan rakan sekerja dalam perjalanan mahu makan di food court pada tingkat atas. Di hadapan aku ada 4-5 orang pelajar kolej kejururawatan Masterskill. Mereka betul-betul berada di hadapan aku dalam 3 meter sahaja.
Aku nampak mereka bergelak-gelak sesama mereka. Dalam hati aku berkata seronoknya kalau aku dapat belajar di kolej sementara aku pula masih ke sekolah, sambung STPM. Aku berangan-angan ketika ini.
Kemudian mereka melangkahkan kaki naik eskalator. Satu eskalator dengan aku. Dalam beberapa anak tangga, dumm! Kereta terjatuh dari tingkat parking atas bumbung, kawan aku sempat menarik lengan aku. Laju kawan aku tarik lengan aku.
Gedegang!
Demi Allah, dengan mata aku sendiri, aku menyaksikan sekumpulan pelajar Masterskill dihempap kereta berwarna kuning sehingga badan mereka jadi bengkok lalu mereka semua tercampak dari eskalator jatuh ke tingkat bawah bersama kereta.
Aku menjerit, Allahhhhhhhhhhh! Aku meracau-racau seperti orang gila ketika itu. Aku takut, sangat-sangat takut sebab kereta kuning itu betul-betul jatuh di hadapan aku. Sipi-sipi hampir mengena pada aku, nasib baik sempat ditarik dari eskalator.
Suasana jadi kelam kabut bagai kiamat sudah tiba. Orang ramai mula lari bertempiaran bila ada yang menjerit “KB Mall runtuh, KB Mall runtuh!!” Mereka syak KB Mall runtuh.
Aku, pengunjung dan pekerja KB Mall lari bertempiaran menyelamatkan diri sehingga kami berlanggar sesama sendiri. Takut ada lagi kereta-kereta lain bakal jatuh dari atas.
Sebelum aku keluar dari KB Mall, aku nampak orang awam cuba beri bantuan pernafasan pada mereka, tapi sempat aku dengar ada yang berkata “mati doh”. Aku cukup terkilan, sangat sedih sebab beberapa minit yang lepas mereka masih hidup dan ada di hadapan aku sedang bergelak.
Kemudian, aku pinjam phone orang awam untuk hubungi ma ayoh ambil aku di KB Mall sambil menangis meraung. Selepas kejadian, hampir 2 minggu aku tak keluar dari bilik, aku hanya mampu menangis mengenang kejadian ngeri yang hampir meragut nyawa aku.
Syukur alhamdulilah Allah lindungi aku, Allah panjangkan usia aku. Terima kasih Allah.
Tambahan:
Semalam, perempuan yang dalam kereta kuning call aku. Dia kata nak saman malu aku. Aku rasa aku tak memalukan dia pun. Aku hanya cerita berdasarkan pengalaman aku bagi pihak aku. Aku tak sentuh pun mengenai dia. Aku tak hina dia, aku tak kecam dia pun.
Kredit Gambar: @Cikatennazlan1
Kisah ini dikongsi pengguna Twitter menggunakan akaun Twitter @Cikatennazlan1 dan mendapat lebih 7,000 Retweet dan hampir 8,000 Likes. Beberapa ejaan, perkataan dan ayat mungkin diubah suai untuk memudahkan pembaca.
Pandangan dan pendapat penulis adalah hasil karya asli penulis dan tidak mewakili serta tidak mencerminkan pandangan dan pendapat dari Gempak. Gempak tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kesalahan kandungan artikel ini.
Kepada anda yang berminat untuk menyumbang, hantarkan karya anda ke GempakSpot
Must-Watch Video