Artis Korea
WHO Jemput BTS Persembahkan 'Dynamite' Di Perhimpunan Kesihatan Sedunia
Kumpulan K-Pop terkena BTS dijemput untuk mengadakan persembahan di Perhimpunan Kesihatan Sedunia (WHA).
Lebih manis lagi lagi, Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus sendiri yang menjemput BTS.
Menerusi satu ciapan di laman Twitter peribadinya, Dr Tedros menjemput septet tersebut untuk mempersembahkan lagu hit terbaharu mereka berjudul Dynamite di perhimpunan tahunan berkenaan.
“Saya tahu ada ARMY (fandom BTS) yang meluahkan hasrat untuk melihat lebih banyak penglibatan BTS bersama perkara-perkara yang melibatkan kesihatan awam.
“Dengan ini saya berbesar hati ingin menjemput BTS untuk membawa Dynamite ke WHA yang seterusnya,” coretnya.
Dalam pada itu, beliau juga mengucapkan mengucapkan tahniah kepada BTS kerana memecah rekod YouTube dengan mendapat jumlah tontonan sebanyak 100 juta dalam masa satu hari menerusi video muzik Dynamite.I hear you and all the other #BTSARMY saying they want to see more ‘crossover’ between public health & #BTS. I am delighted to invite @BTS_twt to take #BTS_Dynamite to the next @WHO World Health Assembly. And congratulations for #Dynamite100MViewsIn24Hrs!https://t.co/9FjVmrwIYq— Tedros Adhanom Ghebreyesus (@DrTedros) August 23, 2020
Bagaimanapun buat masa ini BTS masih belum memberikan maklum balas berkenaan dengan jemputan tersebut.
Terdahulu, ini bukannya kali pertama Dr Tedros mempelawa BTS untuk bergabung tenaga dengan pertubuhan antarabangsa tersebut.
Sebelum ini, beliau mencalonkan BTS untuk menyertai kempen “Safe Hands Challenge” sekitar Mac lalu.
Kempen tersebut bertujuan menyarankan orang ramai untuk cuci tangan dengan kerap bagi memutuskan rantaian COVID-19.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai K-Drama dan dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU
Must-Watch Video