,
Artis Korea

[VIDEO] “Sebaknya Tengok… Patut Ramai Sayang” - Song Ji Hyo Guna Bahasa Isyarat, Layan Peminat OKU Dengan Ikhlas

Mya Amri
19/03/2023
12:41 MYT
Pelakon dan juga anggota Running Man, Song Ji Hyo menjadi perhatian netizen apabila satu video tular merakamkan dirinya melayan peminat golongan orang kurang upaya (OKU) pendengaran.
Lebih istimewa lagi, Ji Hyo bukan sahaja tersenyum malah menggunakan bahasa isyarat bagi menyantuni peminat itu dengan ramah.
Difahamkan momen manis itu berlaku sewaktu kunjungan Ji Hyo ke Malaysia sebagai duta produk kecantikan Glutanex bagi sesi bertemu peminat yang berlangsung selama dua hari bermula Jumaat lalu.
Video itu juga turut merakamkan Ji Hyo bangun daripada kerusi untuk mengambil gambar kenangan bersama keluarga wanita itu sebelum mendukung salah seorang anak peminat itu dengan membawanya ke tempat duduk mereka.
Tindakan Ji Hyo itu ternyata mengundang rasa terharu netizen yang rata-ratanya memuji keperibadian bintang terkenal Korea itu.
“Memang sangat terharu, kenapa aku yang rasa sebak bila tengok ni? Ji Hyo belajar bahasa isyarat untuk berkomunikasi dengan peminat OKU, sweetnya,” luah seorang netizen.
“Dah kenapa aku yang menangis pula ni… Patutlah ramai yang sayang dan minat Ji Hyo, memang tak sombong langsung,” puji seorang lagi netizen.
“Inilah antara sebabnya kenapa kami minat dengan Ji Hyo, selebriri kelas A yang tak sombong, ada humanity dan sangat ikhlas melayan peminat,” tulis seorang lagi.
Terdahulu, Ji Hyo merupakan antara artis Korea yang sangat dikenali dengan sikap berbudi bahasa dan juga merendah diri.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Presiden Kelab Keluang Man Yakin Kemampuan Nas Muammar - "Dia Adiwira Tiada Kuasa Ajaib Tapi Kejujuran Yang Tinggi"

gempak
19/09/2024
04:55 MYT
Generasi yang lahir sekitar era 90-an pasti mengenali watak dalam siri animasi televisyen adiwira kanak-kanak, Keluang Man.
Hiburan

Kumpul Button Badge, Tercongok Depan TV Antara Memori Terindah Zaman Animasi Keluang Man! Pengarah; "Inilah Candu Nostalgia"

gempak
16/09/2024
04:55 MYT
Dua dekad menjadi fenomena dalam kalangan peminat animasi tempatan, siri animasi popular Keluang Man yang akan diadaptasi dalam format filem kian dinantikan peminat tempatan.
Keluang Man

Berarak Dari LRT Dang Wangi, 100 Keluang Man Edar Wonda Kopi Kepada Peserta Keretapi Sarong 2024

gempak
15/09/2024
07:41 MYT
Meskipun sudah melabuhkan tirai untuk edisi ke-8, kemeriahan acara Keretapi Sarong 2024 masih lagi terasa.
Terkini

Bapa OKU Kudung Tangan dan Kaki Kendong Anak Naik Kerusi Roda Buat Netizen Luluh hati

gempak
13/09/2024
12:55 MYT
Kisah bapa yang kudung kedua-dua belah tangan dan kaki menggendong anak perempuannya sambil menaiki kerusi roda mengundang sebak netizen.
Hiburan

Gara-Gara Naik Skuter Elektrik Ketika Mabuk, BTS Suga Dapat ‘Masalah’

gempak
25/08/2024
17:00 MYT
Bukan memandu kenderaan sebaliknya hanya menaiki skuter elektrik dan terjatuh kerana mabuk, BTS Suga kini berdepan tindakan tidak bertanggungjawab itu.