,
Artis Korea

[VIDEO]: Lee Pil Mo & Seo Soo Yeon Dapat Baby Boy, Tak Kisah Dedah Wajah Anak Kedua

Mya Amri
16/08/2022
12:00 MYT
Pelakon Korea, Lee Pil Mo dan isterinya, Seo Soo Yeon selamat menyambut kelahiran cahaya mata kedua mereka.
Berita gembira itu dikongsi Pil Mo menerusi hantaran video terbaharu di akaun Instagram miliknya.
“Tunggu sedikit masa sahaja lagi. Saya akan memperkenalkan awak kepada abang awak yang hebat. Soo Yeon, awak telah melakukan kerja yang hebat selama sepuluh bulan yang lalu. Apa pun, mari berehat dengan baik,” tulisnya.
Bagaimanapun, Pil Mo tidak menunggu lama untuk mendedahkan wajah anak lelaki kesayangannya.
Video pendek itu merakamkan wajah comel dan juga reaksi anaknya selepas dibedung.
Dalam pada itu ruangan komen juga dihujani dengan ucapan tahniah dan juga pujian terhadap kecomelan wajah anaknya.
Terdahulu, pasangan ini bertemu jodoh selepas sama-sama terlibat dalam program realiti berjudul Taste of Dating sekitar tahun 2018.
Pil Mo dan Soo Yeon kemudiannya berkahwin dan dikurniakan cahaya mata pertama pada tahun 2019.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Dr Say Triggered Lelaki Cetek Akal Ugut Kahwin Lain Sebab Bersalin Ceaser - “Hang Patut Bersyukur Isteri & Anak Hang Masih Hidup Bro, Dungu"

gempak
29/08/2024
02:50 MYT
Doktor selebriti dan personaliti media sosial, Dr Say meluahkan rasa kesal dengan kisah tular seorang lelaki yang bertindak mengugut untuk berkahwin lain hanya kerana isterinya memilih untuk bersalin menggunakan kaedah pembedahan (czer).
Viral

Bersalin Cara Czer, Suami Ugut Isteri Nak Kahwin Lain - "Tak Nak I Dapat Wife Rosak"

gempak
27/08/2024
11:55 MYT
Tidak semua suami mampu menghargai pengorbanan seorang isteri.
Viral

Dah Ada 44 Orang Anak, Wanita Ini Disarankan Terus Bersalin Lagi Jika Tidak ...

gempak
18/08/2024
14:55 MYT
Mariam, wanita berasal dari Uganda yang kini sedang mencuri perhatian warganet seluruh dunia.
Hiburan

Dua Kali Bersalin Secara Ceaser, Shila Amzah Tak Mungkin Hamil Lagi – “Ia Agak Berisiko, Usia Saya Juga Akan Mencecah…”

gempak
07/08/2024
21:55 MYT
“Cukup lah, dah sepasang” demikian kata penyanyi Shila Amzah apabila ditanya mengapa berhasrat untuk tidak mahu menambah cahaya mata lagi.
Hiburan

Syahrini Selamat Bersalin Pada Usia 44, Kongsi Tarikh Lahir Sama Dengan Anak

gempak
02/08/2024
03:55 MYT
Penyanyi Syahrini sedang berbahagia memegang status ibu selepas selamat melahirkan anak sulung hasil perkahwinan dengan Reino Barrack.