,
Artis Korea

[VIDEO] Happy Birthday Lee Min Ho! Peminat Usik Panggil Ayang & Suami, Siap Beri Hadiah Penuh Satu Bilik

Mya Amri
23/06/2023
03:45 MYT
Pelakon terkenal Korea, Lee Min Ho baru sahaja menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke 36 semalam.
Min Ho menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya berkongsi kegembiraan sambutan hari jadi dengan memuat naik video pendek beserta beberapa foto yang merakamkan hadiah yang diterimanya.
Lebih istimewa lagi hadiah-hadiah diterima Min Ho yang hampir memenuhi ruangan rumahnya itu merupakan pemberian peminat tersayang.
“Hari ini menjadi hari yang lebih istimewa, terima kasih kepada anda semua,” tulisnya beserta emoji love.
Tidak hanya hadiah yang diberikan, para peminatnya juga turut mengusik pelakon kesayangan mereka ini dengan menggelarkannya dengan panggilan ayang dan juga suami di ruangan komen.
Komen-komen lucu yang ditulis oleh peminat dari seluruh dunia itu ternyata sangat menghiburkan.
Antara komen yang diterima adalah:
“Selamat ulang tahun cinta pertama aku,”
“Banyak sangat hadiah tu ayang, boleh lah kalau kita unboxing sama-sama kan, jangan kedekut tau,”
“Sini bang kita bantu bukakan hadianya, kalau ada yang best pas dekan sini jugak ek,”
“Happy birthday calon suami, semoga panjang umur dan sihat selalu,”
“Banyak sungguh hadiah suamiku, terima kasih banyak kepada anda yang berikan hadiah,”
Terdahulu, Min Ho sebelum ini terkenal dengan naskhah Boys Over Flowers (2009), The Heir (2013), The Legend of The Blue Sea (2016), The King: Eternal Monarch (2020) dan Pachinko (2022).
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai K-Drama dan dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Video Ucapan Birthday Anak Fattah & Fazura Buat Netizen Emosi, Ramai Doa Supaya Kembali Bersama

gempak
14/09/2024
11:55 MYT
Video ucapan istimewa anak kepada pasangan selebriti popular, Fattah Amin dan Nur Fazura iaitu Nur Fatima Aisya sempena ulang tahun kelahiran bapanya yang ke-34 mencuri tumpuan netizen.
Hiburan

Sharnaaz Ahmad Ucap Birthday Noor Nabila - “I Doakan You Happy Dan Bahagia Dunia Akhirat”

gempak
04/09/2024
02:25 MYT
Perkongsian aktor Sharnaaz Ahmad menjadi perhatian apabila membuat ucapan hari ulang tahun kelahiran kepada bekas isterinya, Noor Nabila, pada Rabu.
Hiburan

Gara-Gara Naik Skuter Elektrik Ketika Mabuk, BTS Suga Dapat ‘Masalah’

gempak
25/08/2024
17:00 MYT
Bukan memandu kenderaan sebaliknya hanya menaiki skuter elektrik dan terjatuh kerana mabuk, BTS Suga kini berdepan tindakan tidak bertanggungjawab itu.
Hiburan

M Nasir Sambut Hari Lahir PMX Di Konsert - “Saya Bukan Bagi Kek,Tapi Pulut Kuning”

gempak
10/08/2024
15:07 MYT
Penyanyi lagenda, Datuk M Nasir membuat kejutan dengan menyambut ulang tahun kelahiran Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim di konsert Dato’ M N45ir Cipta sebentar tadi.
Hiburan

Kim Sung Kyu Tak Lupa Malaysia! Siap Adakan Konsert Dua Malam, Ini Harga Tiket & Tawaran Eksklusif Yang Diberikan

gempak
27/07/2024
03:58 MYT
Sejak berita mengenai ketua kumpulan K-pop Infinite, Kim Sung Kyu akan berkunjung ke Malaysia pada Ogos depan, ternyata peminat sudah mula meluahkan rasa gembira.