,
Artis Korea

Song Joong Ki Tamat Zaman Duda! Umum Akhirnya Dah Kahwin, Isteri Kini Hamil

Mya Amri
30/01/2023
06:43 MYT
Pelakon terkenal Korea, Song Joong Ki mengumumkan telah berkahwin dengan wanita pilihan hatinya iaitu Katie Louise Sauders.
Berita gembira itu dimaklumkan sendiri oleh Joong Ki menerusi laman web kelab peminatnya (fan cafe) hari ini.
“Saya ingin berkongsi tentang perkara penting dan janji yang bahagia dalam hidup saya dengan anda semua.
“Saya telah berjanji kepada Katy Louise Saunders yang sentiasa berada di sisi dan menyokong saya untuk menghabiskan sisa hidup saya bersamanya.
“Dia memiliki hati yang baik, merupakan seorang wanita yang bijak, hebat yang amat saya kagumi. Terima kasih kepadanya kerana dia, saya menjadi orang yang lebih baik,” jelasnya.
Dalam masa yang sama, Joong Ki juga memaklumkan bahawa keluarga kecil mereka bakal dimeriahkan dengan kehadiran cahaya mata tidak lama lagi.
“Sememangnya, kami bermimpi untuk mewujudkan keluarga bahagia bersama. Kami telah meletakkan banyak usaha untuk memenuhi janji masing-masing. Kami juga sangat bersyukur kerana satu kehidupan baru telah hadir dalam hidup kami.
“Hari ini, berdasarkan kepercayaan dan kasih sayang yang mendalam antara satu sama lain, kami dalam perjalanan pulang dari mendaftarkan perkahwinan untuk memulakan kehidupan sebagai pasangan suami isteri.
“Saya sangat berterima kasih kepada semua peminat yang sentiasa menghargai saya walau apa pun terutamanya Ki Aile (kelab peminat Song Joong Ki) yang memberikan kekuatan terbesar kepada saya sepanjang kerjaya lakonan saya.
“Saya akan berusaha untuk terbang lebih tinggi sebagai seorang pelakon dan individu dengan tanggungjawab dan semangat yang lebih besar,” coretnya.
Terdahulu, Disember lalu Joong Ki telah mengesahkan hubungan cintanya dengan Katy Louise Saunders.
Untuk rekod, Joong Ki mendirikan rumah tangga dengan aktres popular Korea iaitu Song Hye Kyo pada 31 Oktober 2017.
Bagaimanapun pasangan ini mengambil keputusan untuk bercerai selepas hampir dua tahun berkahwin.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Song Joong Ki Dedah Gambar Jari Anak, Netizen Pula Puji Bentuk Kuku Bayinya Yang Cantik

gempak
15/06/2023
07:50 MYT
Memang cantik!
Laman Utama

Song Joong Ki Sakit Hati Isteri Difitnah: “Semuanya Tidak Masuk Akal!”

gempak
24/02/2023
13:53 MYT
Perasaan sakit hati itu diluahkan aktor tersebut sewaktu menjadi wajah sampul majalah GQ edisi terkini.
Artis Korea

Song Joong Ki Kini Bercinta, Wanita British Jadi Pilihan Hati

gempak
26/12/2022
06:43 MYT
Sama cantik sama padan lah, congrats Song Joong Ki.
Artis Korea

#OhDaebak: Tak Guna Translator, Pakai Sneakers & Makan Chili Crab, Ini Antara Momen Menarik Song Joong Ki Di Singapore!

gempak
11/12/2022
16:00 MYT
Patutlah ramai yang suka Song Joong Ki ni, sangat humble orangnya.
Artis Korea

Memang Power! Reborn Rich Kini Siri Mini Paling Banyak Ditonton Tahun 2022, Tinggalkan Extraordinary Attorney Woo

gempak
07/12/2022
12:30 MYT
Love Reborn Rich.