,
Artis Korea

Park Shin Hye, Choi Tae Joon Dah Mula Edar Kad Kahwin! Ramai Puji Simple Tapi Penuh Makna

Mya Amri
11/01/2022
10:46 MYT
Tidak lama lagi pasangan pelakon Korea, Park Shin Hye dan Choi Tae Joon bakal melangsungkan perkahwinan mereka.
Sebelum menantikan hari bahagia mereka, pasangan ini juga sudah mula mengedarkan kad jemputan perkahwinan mereka kepada tetamu.
Malah hari ini, penata gaya Kim Woo Ri juga mendedahkan bahawa Tae Joon sendiri telah hadir bertemu dengannya untuk memberikan kad tersebut secara personal.
Menurut Woo Ri, dia juga seperti tidak percaya bahawa pelakon muda berbakat ini bakal menamatkan zaman bujangnya tidak lama lagi.
“Dia hadir dan malu-malu memberikan kad undangannya kepada saya dan berkata, abang saya bakal berkahwin! Abang akan mengucapkan tahniah kepada saya kan?
“Tae Joon kami, seorang adik juga dianggap seperti anak sendiri mempunyai personaliti yang baik sejak kecil lagi. Semoga pasangan ini bahagia hingga ke akhir hayat,” tulisnya di akaun Instagram.
Sebelum ini kad perkahwinan Tae Joon dan Shin Hye tular dan mendapat perhatian netizen.
Foto eksklusif itu menunjukkan sebuah kad berwarna putih emas dan hanya dilengkapi dengan tulisan serta undangan perkahwinan mereka sahaja.
Walaupun nampak ringkas namun netizen memuji dan berpendapat kad tersebut mempunyai makna yang lebih mendalam untuk kedua-dua pengantin. Tae Joon dan Shin Hye dijangka bakal melangsungkan perkahwinan mereka pada 22 Januari di sebuah gereja terletak di Gangdong-gu, Seoul dan pelakon wanita itu juga kini hamil anak pertama mereka.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Gara-Gara Naik Skuter Elektrik Ketika Mabuk, BTS Suga Dapat ‘Masalah’

gempak
25/08/2024
17:00 MYT
Bukan memandu kenderaan sebaliknya hanya menaiki skuter elektrik dan terjatuh kerana mabuk, BTS Suga kini berdepan tindakan tidak bertanggungjawab itu.
Hiburan

Kim Sung Kyu Tak Lupa Malaysia! Siap Adakan Konsert Dua Malam, Ini Harga Tiket & Tawaran Eksklusif Yang Diberikan

gempak
27/07/2024
03:58 MYT
Sejak berita mengenai ketua kumpulan K-pop Infinite, Kim Sung Kyu akan berkunjung ke Malaysia pada Ogos depan, ternyata peminat sudah mula meluahkan rasa gembira.
Hiburan

Oppa Handsome Lee Joon Gi Nak Datang Malaysia 22 September Depan! Ini Harga Tiket Serta Tawaran Eksklusif Yang Diberikan

gempak
21/07/2024
05:50 MYT
Pelakon popular Korea Lee Joon Gi bakal mengadakan pertemuan pertamanya bersama peminat di Malaysia pada September depan.
Hiburan

Lee Hyori Serik Buat Prosedur Kecantikan: “Botox Buat Saya Tidak Boleh Senyum”

gempak
05/07/2024
14:55 MYT
Bukan satu hal yang asing buat para selebriti Korea Selatan melakukan pembedahan plastik. Malah ramai dalam kalangan mereka yang mengaku pernah mencuba sekurang-kurangnya melakukan Botox.
Hiburan

BTS Jin Jadi Pembawa Obor Wakili Korea Selatan Di Olimpik 2024

gempak
02/07/2024
13:23 MYT
Populariti Jin BTS bukan hanya untuk industri hiburan K Pop tetapi juga digunakan dengan baik oleh Korea Selatan apabila dilaporkan bakal menjadi pembawa obor di temasya Olimpik 2024.