,
Artis Korea

Pandai Berbahasa Melayu, Cha Eun Woo Siap Panggil Sayang! Buat Peminat Makin Jatuh Hati

Mya Amri
25/02/2024
05:55 MYT
Kehadiran penyanyi dan pelakon Korea, Cha Eun Woo ke Malaysia ternyata meninggalkan kenangan manis buat peminatnya.
Buktinya, hanya dengan selafaz perkataan ‘sayang’ sudah mampu membuatkan 4,000 peminat yang hadir ke konsert Just One 10 Minute Mystery Elevator di Stadium Malawati Shah Alam, pada Sabtu bersorak kegembiraan.
Paling menarik, peminat bintang idola yang popular dengan drama True Beauty itu hadir mengikut tema warna iaitu ungu.
Memulakan konsert pada tepat jam 8 malam, Eun Woo membuka tirai dengan menyanyikan lagu popularnya iaitu 10 Minutes, F*cking Great Time dan Stay.
Selepas membuat persembahan, Eun Woo juga tidak ketinggalan menghiburkan peminat dengan gelagatnya dalam segmen soal jawab.
Konsert jelajah ini memperlihatkan Eun Woo membawa peminat lebih mendekati dan mengenali dirinya.
Malah kata Eun Woo dia membuatkan penonton jatuh cinta kepadanya dalam masa 10 minit.
Konsert yang dibawa khas oleh perkhidmatan penstriman, Viu itu berakhir pada jam 10.10 malam.
Sebelum berakhir, Eun Woo turut menyampaikan lagu yang dipopularkan oleh kumpulan Backstreet Boys, As Long As you Love Me serta lagu First Love, You Blow, Knock, Candy Sugar Pop, Jealousy, Alone With You, Sailing, Memories, You're The Best dan Love So Fine.
Selain sesi nyanyian dan soal jawab, Eun Woo yang juga salah seorang anggota kumpulan Astro itu mengabadikan kenangan bersama peminatnya dengan bergambar.
Terdahulu, sebelum memulakan konsertnya, peminat yang membeli tiket VVIP berkesempatan menyaksikan sesi ‘soundcheck’ bersama Eun Woo.
Sesi selama 15 minit pada jam 5 petang itu menyaksikan Eun Woo menyanyikan lagu Jealousy dan dalam sesi itu juga dia berkesempatan berkongsi perasaannya bersama peminat.
“Saya berada di sini bulan lalu di mana saya berjumpa anda semua di TRX, dan saya gembira dapat kembali. Terima kasih atas sokongan anda,” ujarnya.
Selain True Beauty, Eun Woo juga popular dengan drama My ID is Gangnam Beauty.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Peraduan

GMW Giveaway: ADA Afgan & Lyodra Live in Kuala Lumpur

gempak
18/09/2024
09:40 MYT
Siapa nak pergi ke GMW Giveaway: ADA Afgan & Lyodra Live in Kuala Lumpur Secara Percuma? Memang best!
Hiburan

7 Tahun Bela Rambut, Mawi Reda Botakkan Kepala Live Demi Konsert Tsumawi! - "Masa Tengok Anak Sedih, Saya Pun ..."

gempak
17/09/2024
09:30 MYT
Penyanyi, Mawi sanggup membotakkan kepalanya secara langsung ketika majlis sidang media Konsert Tsumawi 20th Mawi World Live in KL di Hotel Tenera, Bangi pada Selasa.
Hiburan

30 Tahun Dalam Industri Muzik, Nora Ariffin Syukur Impian Adakan Konsert Solo Tercapai - “Hampir Mengalah…”

gempak
14/09/2024
15:55 MYT
Penyanyi, Datuk Nora Ariffin menzahirkan rasa syukur apabila impiannya untuk menjalankan konsert tercapai setelah 30 tahun berada dalam industri muzik tanah air.
Hiburan

“Tak Mahu Lakukan, Malas Nak Rasa Kecewa Lagi Tapi…” – Aina Abdul Akui Hampir Mengalah! Demi Peminat, Tetap Bangkit Anjurkan Konsert Imaji Tour

gempak
14/09/2024
13:55 MYT
Bagaimanapun kata Aina, semangat yang diberikan oleh orang sekeliling membuatkan dirinya bangkit untuk memastikan impiannya menganjurkan konsert berkenaan terlaksana.
Hiburan

Alan Walker Tunaikan Janji, Gegarkan KL Base 8 Nov Ini

gempak
14/09/2024
04:55 MYT
Menurut Alan, keputusan untuk membatalkan konsertnya sebelum ini adalah disebabkan faktor keselamatan dan juga isu penyalahurusan.