Artis Korea
“Paksa Buat Squats 50 Kali Untuk Lupakan Komen Orang” - Watak Tae Oh Beri Kesan Pada Park Hae Joon
Pelakon drama popular The World Of The Married, Park Hae Joon akui watak sebagai Lee Tae Oh benar-benar meninggalkan kesan buat dirinya.
Menurut Hae Joon, disebabkan watak sebagai lelaki curang itu juga membuatkan dirinya tidak mahu membaca komen-komen yang ditinggalkan netizen di media sosial.
“Saya minta maaf kerana menimbulkan kebimbangan. Saya masih tidak percaya dengan populariti drama ini.
“Ramai orang menyukainya dan saya mendapat begitu banyak panggilan telefon untuk mengucapkan tahniah.
“Namun saaya tidak pasti apa yang mereka ucapkan tahniah kepada saya kerana melalui drama itu saya mendapat banyak kritikan disebabkan Tae Oh.
“Saya minta maaf untuk mengatakan perkara ini tetapi saya memang tidak membaca komen-komen yang diberikan selepas episod pertama bersiaran.
“Saya rasa komen-komen itu mungkin akan mengganggu konsentrasi dan saya memilih lebih baik untuk tidak membaca.
“Ada ketikanya saya tak dapat nak elakkan perkara itu apabila ada orang menghantarkan komen-komen secara peribadi kepada saya.
“Namun saya lupakan perkara itu dengan cara tidak mengambil peduli dan melakukan squats sebanyak 50 kali,” jelasnya.
Jangan lupa saksikan The World Of The Married bermula malam ini, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 10:30 malam di Hello (saluran 702).
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai K-Drama dan dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU
Must-Watch Video